Kali ini kita lihat pula 10 Tempat Menarik di Jerantut untuk tahun 2020. Kata nya Jerantut juga tidak kurang hebat dengan tempat menariknya tersendiri. Walaupun agak jauh dari pekan namun masih menarik perhatian pelancong untuk datang ke sini.
1. Lata Meraung
Lata Meraung yang terletak kira-kira 12km dari bandar Jerantut ini pasti memberikan anda pengalaman yang tidak boleh dilupakn. Pemandangan yang cantik dan air yang bersih membuatkan pengunjung sering ke sini untuk bermandi-manda. Namun, ingin di ingatkan jika musim hujan elakkan mandi disini kerana air laju dan keadaan mungkin tidak mengizinkan untuk pengunjung mandi. Berkelah disini bersama keluarga atau rakan-rakan pasti menyeronokkan. Sepanjang laluan ke Lata Meraung ini , terdapat perkampungan orang asli.
2. Lata Berkoh
3. Kuala Gandah Pusat Pemuliharaan Gajah
Ingin melihat gajah dengan lebih dekat. Jika anda ke zoo anda mungkin tidak boleh sedekat ini namun di Kuala Gandah ini memberikan anda peluang untuk mandi sekali dengan gajah. Jangan anda risau kerana gajah disini jinak dan sudah terbiasa dengan kehadiran manusia. Anda juga boleh tunggang mereka ! Bunyi macam seronok.
4. I-City Jerantut
Wahhh di Jerantut pun ada ye I-City. Betul di Jerantut juga ada I-City seperti di Shah Alam itu namun taman tema tidak ada disini. Pengunjung sering ke I-City Jerantut ini untuk bergambar dan bersantai bersama keluarga. I-City Jerantut ini sering dikunjungi pengunjung lebih-lebih lagi pada waktu hujung minggu.
5. Taman Negara Malaysia
Jangan anda tidak tahu Taman Negara Pahang terletak di Jerantut. Sudah pasti lah kerana Jerantut mempunyai pelbagai tarikan flora dan fauna. Jika anda ke sini, anda di kenakan sedikit bayaran namun mereka menjanjikan pemandangan yang pasti anda tidak boleh lupakan. Berjalan di atas Canopy Walk sambil melohat burung-burung dan tumbuh-tumbuhan yang pelbagai jenis.
6. Gunung Tahan
Bagi hikers kental, Gunung Tahan merupakan salah satu tempat pendakian kegemaran mereka kerana trek disini boleh tahan lasak. Namun jika sudah berada di puncak, anda mungkin akan melupakan penat lelah anda mendaki tadi. Sungguh mempersonakan lebih lebih lagi jika anda bertuah melihat matahari terbit dan awan karpet di atas sana.
7. Gua Kota Balai
Gua Kota Balai ini adalah satu satu gua yang terdalat di Jerantut. Pelbagai cerita misteri yang dikaitkan dengan Gua Kota Balai ini namun tiada siapa dapat mengesahkan kebenaran cerita tersebut. Walaupun begitu, masih ramai pengunjung yang ke gua ini kerana ingin melihat sendiri gua ini dengan lebih dekat. Anda pun jangan lupa singgah ke sini.
8. Tasik Bera
Tasek Bera merupakan tasik buatan manusia yang terdapat di Jerantut. Dengan pemandangan yang indah membuatkan tasik ini dikunjungi pengunjung untuk beriadah sperti jogging, berbasikal dan macam-macam lagi. Pemancing juga tidak kurang ramai nya disini bahkan ada yang sanggup untuk tidur disini kerana minat untuk memancing.
9. Gunung Senyum
Gunung Senyum merupakan salah satu gunung yang terdapat di Jerantut. Dinamakan Gunung Senyum kerana jika di amati betul-betul, gunung ini kelihatan seperti sedang tersenyum. Mungkin kerana itu lah ia dinamakan sedemikian. Disini tidak terlalu ramai pengunjung yang datang kerana disini agak sedikit sunyi.
10. Taman Warisan Gua Kota Gelanggi
Taman Warisan Gua Kota Gelanggi ini merupaka gua yang berada dekat dengan Gua Kota Balai. Mempunyai pelbagai cerita latarbelakang membuatkan para pengkaji tertarik untuk melihat sendiri gua disini. Jika anda masuk ke dalam gua ini, anda boleh lihat kesan-kesan yang telah berlaku sekitar 2000 tahun yang lalu.