fbpx

10 Tempat Makan Menarik Di Bangi

Kali ini mari kita lihat 10 Tempat Makan Menarik di Bangi. Kebiasaannya kawasan ini dipenuhi anak anak muda seperti pekerja dan pelajar universiti. Jadi setiap malam restoran restoran disini akan dipenuhi pengunjung.

1. Sup Urat Keting

Sup Urat Keting

Bagi penggemar sup, ini tempat yang sesuai untuk anda cuba sup urat keting mereka. Mungkin sudah bosan dengan makanan western. Hidangan sup panas bersama dengan nasi kosong dan daging bakar sungguh membangkitkan selera. 

2. Salt & Pepper

Salt & Pepper

Bagi penggemar makanan western pula rugi jika anda tidak mencuba makanan western disini terutamanya burger bersama daging special nya. Lihat melalui gambar sahaja sudah dapat meneka tentang keenakannya. Kebiasaannya tempat ini dibanjiri dengan anak anak muda yang ingin bersantai bersama kawan kawan mereka. 

3. Warung Dusun Sup Gear Box

Warung Dusun Sup Gear Box

Sup gearbox memang sedap tapi tak elok diamalkan selalu. Boleh tingkatkan kolesterol anda dan meningkat risiko sakit jantung. Tapi jika ingin mencuba, patut datang ke sini. Kebanyakan tempat makan di Bangi, selain sedap disini juga harga sangat murah. 

4. Roti Canai Restoran D’Bukit

Roti Canai Restoran D’Bukit

Ingin makan sarapan yang pelbagai ? Disini tempat nya. Yela mana kan tidak disini terdapat menu seperti roti canai, soto ayam dan nasi lemak. Bukan sahaja murah malah enak sekali. Orang melayu memang tak boleh lari dengan sarapan nasi lemak dan roti canai. Kalau tak ada memang tak sah. 

5. Restoran Belauk

Restoran Belauk

Bagi orang Kelantan dan penggemar makanan Kelantan, disini adalah tempat yang tepat untuk anda nikmati kerana disini tedapat pelbagai makanan Kelantan dan kueh mueh tradisional yang susah didapati di Kuala Lumpur. Terdapat nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang dan macam-macam lagi. Jika anda ke sini pasti anda rambang mata nak makan apa. 

6. Pavillion Steak & Grill Bangi

Pavillion Steak & Grill Bangi

Ramai tak penggemar steak disini ? Haa moh lerr datang ke sini kerana disini steak yang mereka sediakan dibakar dengan sempurna. Daging yang sangat lembut sangat membangkitkan selera bersama sos lada hitam istimewa mereka. Selain itu, terdapat juga menu makanan barat lain seperti spagetti aglio Olio, pizza dan macam macam lagi. 

7. Paramount Coffee House

Paramount Coffee House

Siapa di Malaysia yang tidak kenal dengan Ustaz Ebit Lew yang terkenal dengan sifat pemurah dan baik hati nya. Jangan tak tahu Paramount Cafe ini adalah milik nya. Tidak dinafikan lagi cafe ini menghidangkan makanan yang istimewa dan sedap. Harganya juga sangat berpatutan. Jangan lupa singgah ke sini ye. 

8. Restoran Jepun Miyagi Bangi

Restoran Jepun Miyagi Bangi

Kali ini khas untuk penggemar makanan Jepun pula. Seperti biasa disini dihidangkan sushi dan hirisan daging lembut untuk direbus. Bersama nasi yang dimasak dnegan cara Jepun. Mungkin yang tidak biasa akan merasa sedikit kekok dengan makanan sebegini namun bila anda sudah mencuba pasti akan terpaut. 

9.Restoran Ana Ikan Bakar Petai

Restoran Ana Ikan Bakar Petai

Haa ini menjadi tempat favourite saya apabila singgah ke Bangi. Ikan Bakar, Sotong Bakar dan macam macam lagi. Disediakan juga dengan pencicah istimewa. Makan nasi sampai tak sedar dah tambah 2 pinggan. Dengan harga yang murah, anda patut cuba menu disini terutamanya Ikan Talapia Bakar mereka. 

10. Me’nate Steak Hub (Bangi)

Me’nate Steak Hub (Bangi)

Me'Nate Steak memang terkenal dengan kelembutan dan keenakan steak mereka dan berbaloi dengan harga. Mereka juga ada membuka cawangan di Bangi. Kebiasaannya pengunjung akan selalu singgah ke sini lagi lagi bila awal bulan. Dapat gaji kan mestilah bawa keluarga untuk makan sedap sekali sekala. 

Bagi anda yang tinggal di Bangi jangan lupa singgah ke 10 Tempat Makan Menarik di Bangi ini ye. Tapi pengunjung di luar Bangi juga sering ke sini untuk menikmati makanan di Bangi yang mempunyai pelbagai pilihan dan murah murah belaka. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.