fbpx

10 Tempat Awesome Di Kundasang Bah !

Siapa yang tidak kenal dengan 10 Tempat Menarik Di Kundasang dimana disini seakan-akan anda berada di New Zealand mahupun Switzerland. Boleh dikatakan New Zealand Malaysia laaa kan ? Dengan udara yang sejuk dan persekitaran semula jadi yang sanagt mengagumkan membuatkan anda merasa tenang ketika disini.

Maragang Hill

Maragang Hill

Maragang Hill merupakan salah satu gunung kegemaran pasukan hiker dimana trek disini agak mencabar dan memerlukan stamnina yang tinggi. Seringgi 2232M cukup membuatkan anda merasa penat dan kehausan. Namun, jika anda sudah sampai ke puncak. Sudah pasti anda akan terpegun akan kecantikan disini. Kebiasaannya hiker disini akan bermalam disini sambil menikmati cuaca segar disini. 

Sungai Moroli Ikan Tagal Kg Luanti

Sungai Moroli Ikan Tagal Kg Luanti

Kundasang sememang nya emnjadi tumpuan pelancong asibg yang sukakan alam semula jadi. Di Sungai Moroli  ini pula memberi peluang untuk anda supaya lebih dekat dengan ikan-ikan disini. Mungkin anda akan sedikit takut dan kegelian tapi pengalaman seperti ini tidak patit dilepaskan. 

Mesilou Highland Strawberry Farm

Mesilou Highland Strawberry Farm

Di Sabah juga ada ladang strawberry ye. Ini kerana untuk menanam strawberi anda perlukan cuaca yang sejuk dan Kundasang adalah tempat nya. Pelancong luar memang tidak melepaskan peluang untuk mengutip sendiri buah strawberi ini. Lebih-lebih lagi strawberi segar dicicah dengan coklat cair. Wahh sedap nya. 

Kinabalu Pine Resort

Kinabalu Pine Resort

Anda tidak perlu melancong jauh ke eripah semata untuk melihat pokok Pine. Di Malaysia juga ada iaitu Kinabalu Pine Resort. Disini membuatkan anda tidak terasa berada di Malaysia kerana resort ini dikelilingi oleh pokok Pine yang besar-besar. Anda boleh menginap disini dengan harga yang berpatutan dan menikmati udara yang segar disini. Best nya Kundasang ini kan ? Semua ada. 

Marakau Cabin Lodge

Marakau Cabin Lodge

Bagi yang inginkan kelainan untuk anda menginap, datang lah ke Marakau Cabin Lodge dimana struktur resort ini berbeza dari tenpat yang lain. Berlatar belakangkan Gunung Kinabalu membuatkan anda merasa berada ditempat yang sanagt menyamankan. Datang bersama rakan-rakan sambil membuat campfire disini agak menyeronokkan. 

Pasar Kraftangan Pekan Nabalu

Pasar Kraftangan Pekan Nabalu

Setelah penat menerokai bumi Kundasang, masa untuk anda membeli belah buah tangan untuk diri sendiri dan ahli keluarga. Di pasar Kraftangan Pekan Nabalu ini, anda boleh dapat pelbagai makanan tradisional orang sabah, baju-baju, beg yang dibuat dengan sulaman tangan dan macam-macam lagi. Pasti akan membuatkan anda keliru dan rambang mata. Jika pandai tawar menawar, anda akan dapat dengan harga yang lebih murah. 

Mongolian Yurt Wind Paradise Lodge

Mongolian Yurt Wind Paradise Lodge

Lodge ini pula bertemakan seperti di Mongolia dimana resort ini dibina dilereng bukit dan bercuaca sejuk. Jadi sesuai lah tema ini di buat disini kan ? Anda akan merasai perbezaan resort-resort ini dengan harga yang berptutan. Saya cadangkan anda bermalam di tempat yang berbeza setiap malam untuk merasai semua lodge ini. 

Taman Negara Kinabalu, Kundasang

Taman Negara Kinabalu, Kundasang
Gunung Kinabalu adalah gunung yang paling tinggi di Malaysia dimana jika anda ingin mendakinya, pastikan anda mempunyai stamina yang cukup dan pergi bersama yanv pakar tentang trek ini sahaja. Hal ini untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku dek kerana trek yang mencabar, cuaca dan faktor-faktor keselamatan yang lain. Nak sampau ke puncak boleh mencecah ke 6-7 jam. Bukan 3-4 jam seperti gunung yang lain. 

Little Hut Kampung Mesilou

Little Hut Kampung Mesilou

Banyak betul tempat penginapan yang menarik di Kundasang ini. Cantik pula tu. Memang terasa nak menginap di semua tempat. Little Hut Kampung Mesilou ini pula menawarkan anda penginapan dilereng bukit yang sangat cantik. Sesuai dengan nama nya yang unik, anda boleh melihat keadaan sekeliling dengan sangat jelas. 

Desa Cattle Dairy Farm

Desa Cattle Dairy Farm

Inilah yang dikatakan New Zealand Malaysia kerana kawasan ini persis dengan ladang lembu yang terdapat di New Zealand dengan berlatarbelakangkan Gunung Kota Kinabalu. Selain itu, cuaca disini juga sangat sejuk dan sesuai untuk tanaman yang memerlukan cuaca sejuk. Kebiasaan yang datang melancong ke Kundasang memang berniat untuk singgah ke sini sambil menikmati susu lembu yang segar dari ladang. Selain itu, disini juga terdapat resort yang anda boleh menginap. Pelbagai lagi tarikan yang anda boleh dapati disini. 

Pasti dengan 10 Tempat Menarik di Kundasang ini membuatkan anda ingin melancong kesana dengan segera kan ? Saya faham sebab saya pun mengalami yang sama. Selamat bercuti !

Leave A Reply

Your email address will not be published.