fbpx

10 Tempat Menarik di Sandakan (2020)

Merancang ke Sabah ? Tapi dimana ? Mari lihat 10 Tempat Awesome di Sandakan yang berbaloi untuk anda menghabiskan masa cuti anda. 

1. Borneo Sun Bear Conservation Centre

Borneo Sun Bear Conservation Centre
Ingin melihat beruang matahari dengan lebih dekat ? Borneo Sunbear Conservation Centre memberi peliang untuk anda melihat beruang matahri dengan lebih dekat dan juga memberi mereka makan dengan pantauan pihak BSCC. Pengunjung boleh melihat sendiri habitat ini dan jangan terkejut jika ada banyak beruang matahari. Ini kerana mereka tahu manusia yang datang ke sini tidak mempunyai niat buruk seperti memburu mereka malah memberi makan kepada mereka. Jadi mereka sudah terbiasa dengan kehadiran manusia. 

2. Sandakan Crocodile Farm

Sandakan Crocodile Farm

Selain beruang matahari, anda juga boleh melihat pertunjukan buaya di Sandakan Crocodile Farm. Buaya disini sangat jinak dengan penjaga mereka sehingga dapat bermain dan membuat oertunjukan bersama. Buaya disini sanagt besar bahkan boleh mencecah sehingga 9 kaki dan seberat 300kg. Makan banyak mana la kan boleh seberat itu. 

3. Labuk Bay Proboscis Monkey Santuary

Labuk Bay Proboscis Monkey Santuary

Masih berminat dengan haiwan ? Anda boleh singgah ke Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary pula. Monyet ini sangat unik kerana mempunyai hidung yang besar. Di semenanjung mana ada habitat ini kan? Bahkan mereka tidak dikurung, malah masih hidup bebas seperti hidupan yang lain. Namun mereka sudah arif tentang jadual makan mereka kerana kebiasaaan nya pengunjung akan datang membawa makanan untuk mereka. 

4. Pulau Lankayan

Pulau Lankayan

Selain di Semporna, di Sandakan juga punya pantai dan pulau yang sangat cantik. Cantik yang boleh memukau pengunjung. Di pulau Lankayan, mereka menawarkan ppengunjung untuk snorkelling dan mekihat hidupan marin dengan mata anda sendiri. Selain itu, anda juga berpeluang untuk meronda mengelilingi pulau dengan menaiki bot. Mungkin pakej ini termasuk dengan harga resort disini. Air yangjernih biru kehijauan ini pasti membuatkan anda tidak mahu pulang. Tidak perlu ke Maldives la kan jika di Malaysia pun sudah mempunyai Pantai yang sebegini indah. 

5. Scout Nature Park

Scout Nature Park

Ingin lakukan aktiviti berkhemah ? Anda boleh menginap di Scout Nature Park dimana disini sering diadakan perkhemahan buat pengakap dari prlbagai sekolah. Ini bagi mengajar anak-anak ini bagaimana mahu survive jika didalam hutan. Sememangnya menggunakan 90% dari alam semula jadi dari membuat tempat tinggal, tempat makan dan macam-macam lagi. Ini sangat digalakkan buat minda kanak-kanak selain hanya terdedah pada gajet sahaja. 

6. Kampung Nelayan Sandakan

Kampung Nelayan Sandakan

Ingin melihat penduduk setempat dan cara hidup mereka ? Anda boleh mengunjungi Kampung Nelayan Sandakan dimana disini terdapat perkampungan nelayan setempat. Kebanyakan dan hampir semua rumah mereka dibina diatas air laut. Nampak begitu menyeronokkan dan mereka bebas mandi manda disini. Anda juga berpluang untuk menikmati makanan setempat kerana disini juga terdapat kedai makan di atas air. 

7. Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre

Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre

Selain monyet Prohobiscus,beruang matahari dan buaya, Sandakan juga terkenal dengan habitat Orang Utan. Anda boleh memberi makan kepada mereka kerana Oranv Utan disini tidak merbahaya bahkan sangat jinak. Ini kerana mungkin sudah terbiasa dnegan kehadiran manusia. Sesetengah habitat Orang Utan ini kita boleh lihat sangat bijak kerana mereka mampu memahami apa yang manusia cakap. Menarik kan. Kebiasaan nya memang anda akan dikenakan bayaran untuk masuk ke sini. 

8. Deramakot Forest Reserve

Deramakot Forest Reserve

Deramakot Forest Reserved ini adalah hutan simpan yang terletak di dalam Sandakan. Terdapat pelbagai jenis binatang yang tinggal disini dan tumbuh-tumbuhan yang beribu jenis. Jika anda ingin melihat bunga terbesar didunia iaitu bunga Raflesia , anda boleh lah singgah ke sini dan penunjuk jalan akan membawa anda. Jika nasib anda bertuah, anda juga boleh melihat burung Enggang yang terbang di sekitar hutan. Sangat mempesonakan dan agak besar daripada kita lihat di kaca tv.

9. Pulau Selingan

Pulau Selingan

Selain Pulau Layakan, Sandakan juga mempunyai Pulau Selingan yang tidak kurang cantiknya. Anda boleh mandi dan melihat sendiri hidupan marin disini seoerti ikan nemo, penyu, batu karang, kuda laut dan macam-macam lagi. 

10. Rainforest Discovery Centre

Rainforest Discovery Centre

Berjalan menyelusuri Canopy Walk sepanjang Rainforest Discovery Centre pasti memberikan anda pengalaman yang tidak boleh anda lupakan. Keindahan hutan hujan ini membuatkan nafas anda sangat menyegarkan dan lupa tentang kesibukan kota. Kadang-kadand melihat tumbuhan hijau juga mampu menghilangkan rasa stress kan. Disini terdapat berbagai tumbuh-tumbuhan dan binatang liar yang ada. 

Semoga 10 Tempat di Sandakan iti dapat memberi manfaat dan manjadi cadangan yang bagus buat anda jika singgah ke Sandakan. Sokonglah percutian didalam negara kita. Cuti-cuti Malaysia. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.