fbpx

Resepi Udang Masak Sweet Sour

Udang sweet sour memang menjadi kegemaran kerana ia sangat mudah dimasak dan mempunyai rasa yang sedp dan membuatkan kita ingin tambah lagi dan lagi. Mari lihat resepinya .

Resepi Udang Masak Sweet Sour
Rated 2.7 stars2.7
Serves
5
Cuisine
Thai
Course
Utama
  • Your Rating



Makanan laut memang sedap. Lebih-lebih lagi udang. Dibuat pula sweet sour. Fuhh memang sedap tak terkata. Jom kita lihat resepi Udang Sweet Sour.

Nutrition


72
3g

Ingredients


2 biji bawang besar
4 biji bawang putih
250g gula pasir
1/2 biji nenas
1/2 kg udang putih/galah (jangan guna udang harimau)
Garam, air dan minyak masak

Directions


Prep
5 minit
Cook
10 minit
Ready In
15 minit

  1. Bawang besar, bawang putih & nenas dipotong dadu.
  2. Siang udang, buang janggut.
  3. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar & putih sampai naik bau.
  4. Masukkan gula, kacau sampai cair dan keperangan.
  5. Masukkan nenas, kacau & tunggu sampai jus nenas keluar separuh (lebih kurang 10 minit dengan api sederhana). AWAS... Rasa dulu sebelum letak garam (sebab bahan-bahan yang tersebut biasanya sudah cukup dari segi rasa...cuma tambah sikit saja garam tu).
  6. Masukkan udang, gaul sebati & angkat lepas 7 minit.
  7. Letak daun ketumbar sebagai hiasan. Selamat mencuba.

Makanan laut memang sedap. Lebih-lebih lagi udang. Dibuat pula sweet sour. Fuhh memang sedap tak terkata. Jom kita lihat resepi Udang Sweet Sour.

Leave A Reply

Your email address will not be published.