fbpx

15 Resepi Nasi Goreng Terlajak Sedap Macam di Kedai !

Makan di luar sudah menjadi salah satu gaya hidup masyarakat zaman sekarang. Biasalah, makan di luar lebih cepat dan pantas penyediaanya berbanding masak sendiri. 

Tetapi pernahkah kita terfikir bahawa memasak makanan daripada air tangan sendiri merupakan cara terbaik bagi memastikan apa yang kita makan selamat dan bersih serta dapat memuaskan citarasa sendiri. 

Apa kata anda cuba resepi nasi goreng yang terlajak sedap sebiji macam kat kedai. Disini saya kumpulkan 15 resepi nasi goreng yang anda boleh mencuba dirumah, selain ianya mudah dan sedap, bahkan dapat menjimatkan kos !

1. Nasi Goreng Kampung

Resepi Nasi Goreng Terlajak Sedap Macam di Kedai !

Bahan-bahan:

  • 7 cawan nasi putih (4 orang makan)
  • 10 tangkai cili padi
  • 2 biji telur ayam
  • 4 sudu makan sos tiram
  • 2 biji bawang merah 
  • 8 ulas bawang putih
  • 2 cm belacan 
  • 4 sudu makan minyak masak
  • Sayur pilihan (kangkung lagi best )
  • 1 cawan ikan bilis (dikopek)
  • 1 mangkuk isi ayam (dipotong kecil)
  • Garam dan gula

Cara Penyediaan:

  1. Ikan bilis digoreng dahulu kemudian asingkan ketepi.
  2. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi dan belacan. Tumbuk hingga sebati.
  3. Masukkan sedikit minyak kemudian tumis bahan yang ditumbuk tadi. Tumis sehingga naik bau.
  4. Masukkan telur dan ayam yang dipotong kecil, kacau sampai rata.
  5. Masukkan nasi, gaul sampai rata kemudian masukkan garam, gula, dan sos tiram.
  6. Kacau 4-5 minit, kecilkan api kemudian masukkan sayur dan ikan bilis yang digoreng tadi.
  7. Masak sampai betul rata perasanya (*boleh tambah telur mata untuk jadikan lauk tambahan)

2. Nasi Goreng Ikan Masin

esepi Nasi Goreng Terlajak Sedap Macam di Kedai !

Bahan-bahan:

  • 3 cawan nasi
  • ½ labu bawang putih (diketuk)
  • Ikan tenggiri masin  (dipotong kecil)
  • 1 batang kacang panjang (dipotong kecil)
  • Minyak
  • 8 biji cili padi
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Karot (dipotong kecil)
  • 2 helai kailan
  • 2 biji telur
  • Garam

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan tumis ikan masin. Tumis sampai hancur dan nampak agak garing.
  2. Masukkan bawang putih dan cili padi. Tumis sampai naik bau.
  3. Letakkan sos ikan dan sos tiram. Kacau sampai rata.
  4. Masukkan kacang panjang, karot. Goreng sampai karot jadi lembut.
  5. Ketepikan rencah di tepi kuali dan masukkan telur kemudian masukkan nasi. Gaul sampai rata.
  6. Selepas itu, masukkan sedikit garam jika sos tiram rasa tidak masin
  7. Akhir sekali bila dah agak masak, letak daun kailan dan siap untuk dihidangkan.

3. Nasi Goreng Cina

Resepi Nasi Goreng Terlajak Sedap Macam di Kedai !

Bahan-bahan:

  • Minyak untuk menumis
  • 3 cawan nasi
  • 2 biji telur
  • sayur campur
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • ½ sudu teh serbuk perasa
  • Lada sulah secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Tumbuk bawang putih dan bawang merah. Kemudian tumis bahan tersebut.
  2. Masukkan sos tiram dan masukkan sayur campur. Kacau sehingga sayur agak lembut.
  3. Letak sedikit garam kemudian masukkan telur dan kacau.
  4. Masukkan nasi kemudian ratakan hingga sebati.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

4. Nasi Goreng Tomyam

Resepi Nasi Goreng Terlajak Sedap Macam di Kedai !

Bahan-bahan:

  • 3 mangkuk nasi
  • 1 kiub perencah tomyam
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Udang (dikopek)
  • Sotong (dipotong bulat)
  • Daun limau purut (2 helai)
  • Serai (1 batang)
  • Cili padi (ikut pedas)
  • Kubis bunga 
  • Lobak merah

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak kemudian tumis bawang merah, bawang putih hingga naik bau. 
  2. Masukkan perencah tom yam, daun limau purut, lobak merah, cili padi dan serai. Kacau hingga sebati.
  3. Letak sedikit air kemudian masukkan udang dan sotong. Biarkan sekejap
  4. Masukkan nasi. Gaul sampai rata. 
  5. Akhir sekali, masukkan sayur kubis dan kacau sampai semua bahan nampak sebati.

5. Nasi Goreng Biasa

Resepi Nasi Goreng Terlajak Sedap Macam di Kedai !

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk nasi (dimasak)
  • 2 helai daun sawi
  • Sedikit kubis (dipotong nipis)
  • 2 biji telur
  • 2 sudu cili kering (dikisar)
  • 1 sudu kicap lemak masin
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk perasa
  • Sedikit minyak masak

Bahan untuk ditumbuk:

  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 2 sudu besar ikan bilis

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan yang ditumbuk dan cili kering yang dikisar. Tumiskan sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan sedikit garam dan serbuk perasa. Kacau hingga rata
  3. Seterusnya, masukkan sayur kubis dan sawi yang dah dipotong. Kemudian gaul serata sehingga sayur tersebut menjadi agak layu.
  4. Masukkan nasi kemudian gaul serata.
  5. Masukkan sedikit kicap dan gaul sampai rata bersama bahan-bahan diatas.
  6. Ketepikan nasi ditepi kuali kemudian pecahkan telur. Kacau telur hingga hancur
  7. Gaulkan nasi bersama telur yang hancur tadi hingga rata.
  8. Perlahankan api kemudian gaul lagi semua bahan tersebut untuk 4-5 minit.
  9. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

6. Nasi Goreng Ayam Kunyit

Resepi Nasi Goreng Terlajak Sedap Macam di Kedai !

Bahan-bahan:

Bahan Ayam Kunyit:

  • 100 gm isi dada ayam (gaul dengan garam dan kunyit)
  • Sedikit hirisan kacang buncis
  • Sedikit hirisan lobak merah
  • ½ biji bawang besar (dihiris)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 ulas bawang merah
  • Sedikit hirisan cili padi 
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak

Bahan Nasi:

  • 1 mangkuk nasi putih
  • 1 biji telur ayam
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Sedikit minyak masak untuk menumis

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak, goreng isi ayam yang telah dilumur tadi hingga garing. Angkat ketepikan
  2. Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili hingga naik bau. 
  3. Masukkan bawang besar, lobak merah dan kacang buncis. Gaul sampai rata.
  4. Masukkan isi ayam yang telah digoreng tadi dan letakkan sedikit sos tiram, perasakan.
  5. Setelah agak masak, angkat dan asingkan.
  6. Untuk masak nasi, panaskan minyak kemudian pecahkan telur dan hancurkan.
  7. Masukkan nasi, letak sedikit sos tiram. Gaul sampai rata 
  8. Sedia untuk dihidangkan bersama ayam kunyit

7. Nasi Goreng Kerabu

Resepi Nasi Goreng Terlajak Sedap Macam di Kedai !

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk besar nasi putih
  • 1 kiub pati ikan bilis maggi
  • 4 batang kacang panjang
  • 1 ikat daun kesum
  • 1/2 kuntum bunga kantan (bersaiz besar)
  • 1 batang kacang botol
  • 1 papan petai (dihiris nipis)

Bahan untuk dikisar:

  • Sedikit ikan bilis 
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 tangkai cili padi
  • 3 tangkai ciki merah

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan uang dikisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan kiub pati ikan bilis dan kacau sampai rata.
  3. Masukkan nasi kemudian ratakan bersama bahan rencah tadi.
  4. Masukkan semua ulaman seperti kacang panjang, kacang botol, daun kesum dan bunga kantan. Gaulkan.
  5. Masukkan sedikit garam. Kacau rata dan siap untuk dihidangkan.

8. Nasi Goreng Belacan

Resepi Nasi Goreng Terlajak Sedap Macam di Kedai !

Bahan-bahan:

  • 3 cawan nasi
  • 4-5 ulas bawang merah
  • 2-3 ulas bawang putih
  • 6-7 tangkai cili padi (ikut kepedasan masing-masing)
  • Sedikit ikan bilis
  • 1 inci belacan keping 
  • 1 biji telur
  • Kacang panjang (@sayur lain)
  • Garam (jika perlu)
  • 1 sudu besar kicap cair
  • Serbuk belacan

Cara Penyediaan:

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi, ikan bilis dan belacan keping. 
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau dan garing.
  3. Pecahkan telur dan kacau.
  4. Masukkan kicap cair dan garam. Kacau rata.
  5. Masukkan nasi dan juga kacang panjang. Kacau rata dan tambahkan serbuk belacan secukup rasa. Goreng sehingga nasi sedikit garing.

9. Nasi Goreng Paprik

Resepi Nasi Goreng Terlajak Sedap Macam di Kedai !

Bahan-bahan:

  • 2biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 5 biji cili merah
  • 5 helai daun limau
  • Bunga kobis
  • Kacang panjang
  • Gula dan garam

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis sampai naik bau
  2. Masukkan ayam, sos cili, sos tiram, kicap manis. Kacau sampai sebati
  3. Masukkan sedikit air *jika mahu berkuah
  4. Letakkan sedikit garam dan gula secukup rasa. 
  5. Masukkan bunga kobis, kacang panjang. Kacau sampai rata
  6. Masukkan 1 sudu besar tepung jagung *jika hendak pekat
  7. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

10. Nasi Goreng Seafood

Resepi Nasi Goreng Terlajak Sedap Macam di Kedai !

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk
  • 1 sudu besar cili ciling
  • 2 pek perencah nasi goreng adabi
  • 3 biji cili padi (diketuk)
  • Ketam
  • Udang
  • Sotong
  • Serbuk pati ayam
  • Garam secukup rasa
  • Kicap sotong
  • Telur
  • Sawi @sayur pilihan

Cara Penyediaan:

  1. Tumis bawang besar, bawang putih goreng dan cili giling hingga garing dan naik bau
  2. Masukkan perencah nasi goreng adabi dan serbuk pati ayam kemudian kacau.
  3. Masukkan ketam, udang dan sotong. Kacau seketika dan masukkan sedikit garam.
  1. Ketepikan semua bahan tadi kemudian pecahkan telur dan kacau serata.
  2. Masukkan nasi kemudian gaul sampai sebati dan rata.
  3. Masukkan sawi @sayur pilihan, goreng sampai layu.
  4. Kacau lagi untuk beberapa minit kemudian tutup api dan renjis kan dengan  kicap Sotong, gaul sebati.
  5. Siap untuk dimakan !

11. Nasi Goreng Pattaya

Resepi Nasi Goreng Terlajak Sedap Macam di Kedai !

Bahan-bahan:

  • 2 cawan nasi putih
  • 1 cawan isi ayam dan udang (dicincang)
  • 1 biji telur
  • 3 sudu besar sayur campur
  • 3 tangkai cili padi (diketuk)
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil kicap
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • Garam @serbuk perasa

Bahan untuk dikisar/ ditumbuk:

½ labu bawang besar

3 ulas bawang putih

Bahan hiasan:

  • Bawang goreng
  • Sos tomato
  • Daun bawang

Telur Dadar: 2 biji telur + sedikit garam 

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan yang dikisar @ ditumbuk hingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam, udang. Kacau hingga masak.
  3. Tuang telur, kacau hingga rata.
  4. Masukkan sos tiram, sedikit kiub ayam, kicap, sos cili, garam dan gula secukup rasa.
  5. Masukkan sayur campur dan cili padi, kemudian masukkan nasi. Gaul serata.
  6. Taburkan serbuk lada hitam dan kicau hingga sebati.
  7. Goreng sehingga semua bahan itu masak kemudian angkat.
  8. Goreng telur dan pastikan telur yang digoreng rata dan menipis di dalam kuali.
  9. Masukkan nasi yang digoreng tadi ke bahagian tengah telur yang masih dalam kuali
  10. Lipat setiap penjuru telur berbentuk segiempat.
  11. Ambil pinggan kosong, tengkupkan di atas telur dan tebalikkan dan sambut nasi goreng yang berbungkus secara berhati-hati.
  12.  Taburkan kesemua bahan hiasan di atas nasi yang bersalut telur.

12. Nasi Goreng Thai

Resepi Nasi Goreng Terlajak Sedap Macam di Kedai !

Bahan-bahan:

  • 4 cawan nasi sejuk
  • 2 biji telur
  • 1/2 labu bawang besar (dipotong dadu)
  • 2 sudu kecil pes tomyam /1 kiub pati ayam
  • 1/4 cawan sayur campur 
  • Karot dan kacang panjang (dihiris halus)
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 8 biji cili padi (dipotong kecil)
  • 2 helai daun limau purut (dihiris halus)
  • 4 ulas bawang putih (diketuk)
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 batang serai (dihiris halus)
  • 1 sudu kecil lengkuas (hiris halus)
  • 10 ekor udang basah
  • Hirisan ayam
  • Garam dan gula (*boleh juga letak serbuk perasa)

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dengan api sederhana. Pecahkan telur dan goreng seperti telur hancur hingga masak.
  2. Masukkan bawang, serai, lengkuas, cili padi dan cili kisar. Goreng hingga naik bau.
  3. Masukkan ayam dan kacau. Masukkan pula udang dan pes tomyam.
  4. Masukkan sayuran, daun limau purut dan kacau rata.
  5. Masukkan nasi dan kacau balik hingga rata dan letak garam.
  6. Kacau hingga nasi berasap dan naik bau harum. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

13. Nasi Goreng Cili Padi

Resepi Nasi Goreng Terlajak Sedap Macam di Kedai !

Bahan-bahan:

  • 3 mangkuk nasi putih 
  • 5 tangkai kacang panjang (dipotong kecil-kecil)
  • Sedikit Ikan Bilis (dlm 20 ekor)
  • Minyak masak
  • Garam secukup rasa
  • 2 biji telur
  • 10 biji cili padi (ditumbuk)

Bahan untuk dikisar:

  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Belacan (agak-agak besar setengah ibu jari)
  • 1 Sudu kecil serbuk kunyit

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis 
  2. Asingkan ikan bilis kemudian masukkan bahan yang ditumbuk dan dikisar tadi tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan telur bersama ikan bilis tadi. Kacau sedikit dan terus masukkan nasi. Kacau hingga rata
  4. Letakkan garam secukup rasa dan masukkan kacang panjang. Gaul sampai serata dan siap untuk dihidangkan.

14. Nasi Goreng Udang

Resepi Nasi Goreng Terlajak Sedap Macam di Kedai !

Bahan-bahan:

  • 3 biji bawang putih - dicincang
  • 2 biji bawang besar - dicincang
  • 6 biji cili api- dihiris
  • 3 Sudu sos tiram
  • 2 biji telur
  • 2 sudu sos ikan
  • Secukupnya sayur campur (carrot, jagung, kcg peas)
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan perasa

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak ( hanya guna 2 sudu minyak) dalam kuali.
  2. Tumis bawang putih dan bawang merah.
  3. Masukkan sos tiram dan udang, apabila udang telah masak masukkan cili api.
  4. Masukkan 2 biji telur, dipukul terlebih dahulu.
  5. Masukkan nasi dan gaul rata. Masukkan sayur campur. 
  6. Masukkan sos ikan, garam dan perasa secukupnya dan gaul rata. 
  7. Hiaskan dengan hirisan daun sup dan potongan cili serta udang goreng.  Sedia untuk dihidangkan.

15. Nasi Goreng Ladna

Resepi Nasi Goreng Terlajak Sedap Macam di Kedai !

Bahan-bahan (untuk menggoreng nasi):

  • Nasi sejuk (3-4 mangkuk)
  • Sedikit minyak
  • Kicap secukupnya
  • Sedikit serbuk secukup rasa
  • 1 ulas bawang putih (dicingcang-Ida tambah, kalau nak biarkan nasi tu kosong pun tak pe)

Bahan-bahan (untuk ladna):

  • Sedikit udang, sotong, dan isi ayam (dipotong mengikut kesesuaian) 
  • Sayur campur - Sawi jepun, putik jagung, carrot, bunga kubis, cili merah (dipotong)
  • 2-3 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
  • Sedikit minyak (untuk menumis)
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit tepung jagung (mengikut kepekatan)
  • Sedikit air (untuk kuah ladna)
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

Cara-cara (menggoreng nasi):

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih yang dicincang sehingga naik bau.
  2. Masukkan kicap secukupnya dan tambahkan serbuk secukup rasa.
  3. Kemudian gaul dan kacau sekata dengan nasi yang telah dileraikan.
  4. Matikan api dan ketepikan.

Cara-cara (membuat ladna):

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan udang, sotong, dan isi ayam. Tambahkan air secukupnya.
  3. Masukkan sos tiram, serbuk lada hitam. Biarkan mendidih seketika. 
  4. Masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air sejuk. Kacau sehingga kuah pekat-pekat sedikit.
  5. Masukkan sayur campur. Biarkan masak seketika. 
  6. Tambah gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.
  7. Siap. Sedia dihidangkan bersama nasi goreng tadi
Leave A Reply

Your email address will not be published.