Ayam Paprik Ala Thai sudah sudah menjadi kegemaran citarasa rakyat Malaysia kerana dimana di Semenanjung malaysia ini pasti akan ada masakan ini. Murah sedap dan mengenyangkan.
Klik sini untuk Resepi Masakan Daging Merah Ala Thai
Thai
Utama
Your Rating
Nutrition
Ingredients
Directions
20 minit
15 minit
35 minit
- Gaul hirisan ayam bersama serbuk kunyit dan sos ikan/sotong.
- Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng hirisan ayam sehingga masak. Tos dan ketepikan
- Tinggalkan sedikit minyak gorengan ayam di dalam kuali.
- Tumis bawang merah, bawang putih, dan halia hingga naik bau.
- Masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak/pecah minyak.
- Selepas itu masukkan sos cili thai, sos tomato, sos tiram, sos ikan/sotong, dan kicap manis, diikuti dengan isi ayam. Gaul rata.
- Tuangkan air secukupnya (untuk kuah). Masukkan serai, daun limau purut dan cili pagi. Biar mereneh di atas dapur. Perasakan dengan gula perang dan garam. Kacau rata.
- Akhir sekali masukkan bawang besar, cili benggala, dan sayur-sayuran.
- Tambahkan sedikit air sekiranya kuah pekat (bergantung kepada citarasa masing-masing).
- Masak sehingga kuah mendidih dan bolehlah ditutup api.
- Siap dihidangkan bersama nasi panas.
Disini kami kumpulkan resepi-resepi masakan ala thai yang menjadi kegemaran ramai. Mari lihat Resepi Ayam Paprik Ala Thai ini yang simple dan sedap. Kos pun murah. Selamat Mencuba !