Kalau anda sering menghadapi masalah resdung hidung, cuba 8 petua hilangkan resdung hidung ini. Setakat ini, maklum balas yang kami terima sangat positif. 8 cara hilangkan resdung ini tidak memerlukan kos yang tinggi.
Petua Untuk Menghilangkan Resdung dan Hidung Tersumbat
Sebenarnya penggunaan ubat resdung tidak diperlukan kerana kira-kira 60% pesakit resdung. Sebab resdung ini disebabkan oleh virus dan akan sembuh sendiri dalam masa dua hingga tiga minggu.
Cuma bagi resdung yang kronik, ubat penahan sakit dan dekongestan boleh membantu meredakan gejala.
Pun begitu, sekiranya resdung anda bertambah teruk dan semakin tidak terkawal, terus ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Kami kongsikan ini 8 petua untuk hilangakn resdung cara tradisional.
Petua 1: Minum Air Yang Cukup
Minum air yang cukup dapat membantu melancarkan pengeluaran lendir. Elakkan minuman beralkohol, kafein, atau manis serta jangan merokok kerana ini dapat menyebabkan lendir menjadi pekat dan menyumbat saluran pernafasan.
Petua 2: Inhalasi Wap Air Hangat
Menghirup wap dari air yang telah dicampur dengan sedikit garam dapat membantu. Tutup kepala dengan tuala sambil menghirup wap untuk hasil yang lebih efektif. Lakukan ini selama 15 minit, tiga kali sehari.
Petua 3: Kompres Air Hangat pada Wajah
Sekiranya menghirup wap terasa terlalu kuat, anda boleh menggunakan kompres air hangat pada kawasan pipi untuk membantu mengeluarkan lendir.
Petua 4: Lidah Buaya
Lidah buaya memiliki sifat antiseptik boleh digunakan untuk mengurangkan gejala resdung. Aplikasikan gel lidah buaya pada hidung dan minum rebusan lidah buaya secara berkala dan konsisten.
Petua 5: Limau Nipis dan Daun Pandan
Campurkan air perahan limau nipis dengan daun pandan yang telah diremas. Kemudian gunakan sebagai pembasuh muka untuk mengurangi resdung. Ulangi aplikasi ini setiap 3 jam untuk hasil yang lebih baik.
Petua 6: Kunyit dan Halia
Kedua rempah ini memiliki sifat anti-inflamasi dan apabila dibuat minuman hangat dapat membantu mengurangi pembengkakan akibat sinus.
Petua 7: Cuka Epal dan Madu
Mengonsumsi campuran cuka epal, madu, limau, dan air hangat tiga kali sehari boleh membantu menghilangkan resdung.
Petua 8: Neti Pot
Penggunaan neti pot dengan larutan garam hangat boleh efektif, tetapi perlukan bimbingan dari orang yang berpengalaman kerana ada risiko jika digunakan dengan tidak betul.
Sekiranya tidak ada perubahan atau kondisi semakin memburuk, anda perlu mendapatkan rawatan lanjut di hospital berhampiran.