fbpx

19 Cara Mendidik Anak Perempuan Dalam Islam

Bagaimanakah cara yang betul untuk mendidik anak perempuan? Supaya mereka cintakan Allah dan Rasulullah terlebih dahulu. Artikel ini mengupas 19 cara mendidik anak perempuan supaya mereka menjadi anak yang solehah.

1. Mengajar Ilmu Tauhid 

Islam menyeru agar semua umatnya menpelajari ilmu tauhid untuk mengagungi kekuasaan Allah. Cara untuk mengenal Allah. Ajarkan anak perempuan tentang kebesaran Allah dan semua di muka bumi ini milik Nya. Ajar mereka untuk selalu menyebut nama Allah dan berzikir. Pelbagai kan cara and seperti dibuat lagu agar anak tidak bosan dan menarik perhatian mereka. 

2. Adab Pergaulan Yang Baik

Anak perempuan harus diajar untuk tidak bergaul sembarangan dengan  bukan muhrim lebih -lebih lagi kaum lelaki. Bahkan Rasulullah Saw ada memberikan penjelasan tentang pentingnya perempuan untuk menjaga pandangannya, dan berpenampilan agar tidak menyerupai laki-laki. Dan bila sudah mencapai umur 5 tahun ke atas , haru dipisahkan bilik anak lelaki dan anak perempuan. 

3. Lemah Lembut Dengan Anak Perempuan

Rasulullah juga memberikan contoh kepada kita untuk bersikap lemah lembut kepada anak-anak perempuan. Tidak apa-apa membiarkan anak bermain boneka atau mainan lainnya di dalam rumah, selama itu tidak menyalahi syariat agama. Baginda SAW juga sering menggendong anak perempuannya, mengusap kepalanya, memanggilnya dengan lembut, dan mendoakan mereka. Janganlah berbuat kasar kepada anak perempuan, terlebih lagi memukulnya. Perbuatan tersebut hanya akan membuat anak semakin membangkak. Jika memang anak melakukan kesalahan sebaiknya berikan nasehat secara baik-baik.

4. Mengajarkan Doa-Doa Harian

Setelah menanamkan ilmu ketauhidan, anak juga perlu diajarkan tentang doa-doa harian. Misalnya doa sebelum dan sesudah makan. Doa tidur, doa bercermin, doa keluar rumah, masuk kamar mandi dan sebagainya. Ajarkan pula kalimat Bismillah kepada anak saat ia hendak melakukan sesuatu. Kemudian ketika urusan itu selesai, berikan contoh untuk mengucapkan Alhamdulillah. Tak lupa juga, ajari anak mengucapkan insyaAllah ketika hendak menjalin janji. Dengan demikian, anak akan terbiasa dan mempraktekkannya hingga dewasa.

5. Mengajarkan Akhlak Mulia

Untuk mengajar anak tentangakhlak yang mulia , harus kita amalkan dahulu dan tnjukkan kepada mereka. Dan mengajak mereka untuk lakukan Bersama contohnya masukkan sampah dalam tong sampah. Perilaku yang baik dengan makhluk dan manusia. 

6. Didik Menutup Aurat

Diriwayatkan dari Aisyah ra: bahwa Asma’ binti Abi Bakar menemui Rasulullah SAW dalam keadaan dia berpakaian pendek, maka berpalinglah Rasulullah SAW seraya berkata,
“Wahai Asma’, sesungguhnya wanita, apabila telah baligh, tidak pantas terlihat kecuali ini dan ini (beliau menunjuk wajah dan kedua telapak tangannya).”
(HR. Abu Daud)

Aurat perempuan wajib ditutp semua nya kecuali muka dan pergelangan tangan sahaja. JIka dilihat kaum perempuan kini jauh terpesong apatahlagi memakai pakaian menutup aurat. Mereka memandang remeh tentang aurat sedangkan di dalam neraka kelak , kaum perempuan lah yang ramai masuk neraka kerana tidak menutup aurat. 

7. Mengajarkan Ilmu Agama (Solat, Puasa, Mengaji)

Ketika Masih kecil inilah masa untuk mengajar mereka tentang solat , puasa dan membaca al-quran. Jika tidak di ajar masa kecil , maka sesat lah ketika dewasa kelak dan menjadi kekok. Harus di seimbangkan tentang agama dan akademik anak prempuan. Letakkan mereka di madrasah swasta untuk mempelajari ilmu asas agama. Anak prempuan kebiasaannya menjadi kan bapa mereka sebagai idola , maka tunjukkanlah contoh yang baik kepada anak-anak. 

8. Memberikan Pendidikan Umum dan Pemahaman Tentang Fiqh Wanita

Ibubapa perlu mengajar anak perempuan mereka tentang  fiqh wanita dan cara-cara mengatasi asalh mereka. 

9. Sopan & Berbakti Pada Orang Tua

Rasulullah SAW juga mengajarkan kepada anak-anaknya tentang tata cara berperilaku yang baik kepada kedua orang tua. Sebab hal itulah yang diperintahkan oleh Allah SWT. Bagaimana anak bersikap kepada bapak ibunya haruslah sopan, bertutur kata lembut, menunjukkan wajah ceria dan patuh kepada perintahnya. 

wanita solehah

10. Ajarkan Tentang Hal Wanita

Sebagai seorang ibu, jangan terlalu lengah untuk menerangkan tentang hal-hal wanita kepada anak. Antaranya perkara terawal yang perlu disentuh adalah bab berkaitan aurat. Jadikan ia sebagai sesuatu yang santai dan tidak memberatkan. Jangan sekadar melarang dan memberi amaran keras, tetapi mulalah dengan menceritakan kelebihannya.

Apabila anak sudah masuk usia sekitar 8-9 tahun, jangan kekok untuk bercerita kepada anak tentang haid, mandi wajib, serta hal-hal lain yang berkaitan agar mereka lebih bersedia menghadapi alam keremajaan. Ini bagi keselamatan anak perempuan anda. Dan ajarkan mereka untuk melarang sesiapa yangmerke tidak kenali menyentuh bahgian sensitif mereka.

11. Peranan Ayah Beri Impak Besar

Jika seorang anak perempuan mempunyai seorang lelaki dalam hidupnya yang membuatnya selesa untuk menjadi diri sendiri, bergurau, menunjukkan bakat, berkongsi perasaan, dan menyatakan pendapatnya, mereka tidak akan perlu mencari ‘lelaki lain’ untuk membuatnya berasa istimewa.

12. Galakkan Mereka Berdikari

Dalam hal ini, cara mendidik anak perempuan sebenarnya tidak banyak bezanya dengan anak lelaki. Galakkan mereka belajar menguruskan diri sendiri dan mempunyai sikap prihatin terhadap sesama ahli keluarga. Ini akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. 

13. Menjadi Pendengar Yang Setia

Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Dengan kata lain, ‘Be a good listener’. Jika mereka mempunyai pendapat yang salah , betulkan dengan cara yang lemah lembut. Jangan terlalu gopoh untuk mnghukum anak. 

14. Merima Anak Seadanya

Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibu bapa yang sempurna. Kadang-kadang tanpa sengaja, kita akan pukul anak dan menyesal kemudiannya. Tiada ibu-bapa yang sempurna. Tujuan kita disini ialah untuk belajar bersama-sama.

15. Ajar Seni Mempertahankan Diri

Hantar ke kelas-kelas karate, teakwando, memanah, menembak (kalau ada). Supaya anak boleh mempertahankan diri bila memerlukan. Ini bagi keselamatan anak anda jika berada diluar. Sekurang-kurangnya boleh melindungi diri sendiri dan melarikan diri dari penjahat di luar sana. Sekarang ini terlalu banyak kes jenayah yang berat berat melibatkan kanak-kanak. Selalu pantau anak-anak anda. 

16.  Alat Permainan

Anak perempuan lebih sesuai diberikan permainan seperti mainan masak-masak, set barang make-up dan lain-lain lagi. Jangan sesekali membelikan mainan anak lelaki seperti robot, pistol dan sebagainya. Biarpun ia tidaklah salah, namun biarlah pendedahan awal ini lebih kepada kecenderungan sifat wanita.

17. Mengajarkan Anak untuk Menjaga Kemaluannya

 Ajar anak anda untuk  menjaga kemaluannya, maksudnya adalah mereka yang tidak pernah mengumbar kecantikan hanya untuk diperlihatkan sembarang orang. Apalagi kecantikan itu hanya untuk mencari wang.

18. Mengajarkan Anak untuk Belajar Masak

Selain menjadi anak yang rajin. Untuk disayang oleh mertua salah satunya pandai memasak. Karena tidak jarang mertua yang menginginkan menantunya pandai memasak. Apalagi jika seorang anak perempuan pandai memasak pasti pasangannya kelak akan betah dirumah, apalagi jika masakannya enak dan lezat, pasangan pasti akan menantikan makanan dirumah dan selalu merindukan makanan rumah. 

19. Menjaga Penampilan

Anak perempuan harus menjaga keterampilan diri lebih lebih lagi bab kebersihan. Malu jikarupa cantik namun pengotor. Pakai pakaian yang mahal namun bilik sendiri pun berselerak. Pakaian juga harus bersih dan kemas. Bukan untuk menarik perjhatian lelaki namun untuk anak perempuan lebih yakin dengan keterampilan diri. 

Semoga tips untuk membentuk anak perempuan yang baik dalam Islam itu dapat memberi panduan kepada anda. Bak kata pepatah "melentur buluh biar dari rebungnya" maka begitu lah bila ingin membentuk anak-anak kita. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.