fbpx

9 Aktiviti Menarik Untuk Kanak-Kanak Sewaktu Cuti Sekolah

Dah rancang aktiviti menarik untuk anak-anak sewaktu cuti sekolah ?

Setiap tahun pasti pening fikir aktiviti apa yang menarik sepanjang cuti persekolahan  untuk anak-anak.

Sebagai ibu bapa kita pasti mahu berikan yang terbaik untuk anak-anak supaya mereka gembira selalu.

Saya kongsi di sini 9 aktiviti menarik untuk anak-anak lakukan supaya mereka kelihatan gembira selalu dan tidak lagi merungut bosan untuk berada di rumah

Aktiviti ini sangat bagus dalam membantu perkembangan anak-anak serta menambah ilmu pengetahuan.

1. Menonton wayang

Aktiviti Menarik Sewaktu Cuti Sekolah

Menonton wayang adalah aktiviti yang terbaik untuk ditonton bersama keluarga terutamanya pada waktu cuti sekolah.

Jadi tiada alasan untuk meluangkan masa dengan yang tersayang dengan aktiviti sebegini untuk menggembirakan hati mereka.

Filem animasi paling selamat kerana mampu melatih anak-anak untuk berfikir lebih kritikal.

Sebelum itu, survey dahulu filem animasi apa yang best bulan disember ini.

Ada 4 filem animasi yang bakal ditayangkan pada disember ini iaitu Frozen 2 (21 November, Ejen Ali The Movie (28 November), Shaun The Sheep Movie 2 Farmageddon (12 Disember), Spies In Disguise (25 Disember).

2. Berbasikal

Aktiviti Menarik Sewaktu Cuti Sekolah

Berbasikal merupakan aktiviti yang terbaik dan menyenangkan untuk kanak-kanak.

Banyak manfaat dengan berbasikal kepada kesihatan kanak-kanak, seperti membina kekuatan otot. 

Dalam jangka masa panjang, secara tidak langsung anak-anak juga membesar dengan tabiat suka bersenam.

Selain mengisi masa mereka yang terluang, aktiviti ini menyeronokkan dan mampu mengeratkan ikatan kekeluargaan.

Ramai-ramai lagi menyeronokkan !

1. Menghafal Al-Quran

Aktiviti Menarik Cuti Sekolah

Mengisi ruang waktu anak-anak dengan menghafal Quran adalah aktiviti yang bagus. 

Aktiviti sebegini boleh membawa kepada keinsafan kepada anak-anak.

Mereka boleh menilai sendiri kehidupan mereka dengan kehidupan anak-anak yatim.

Disamping itu, aktiviti ini juga boleh mengajar anak-anak skill baru seperti skill leadership dan juga toleransi.

Hafal surah pendek sudah memadai.

3. Waterpark

Aktiviti Menarik Sewaktu Cuti Sekolah

Kanak-kanak dengan air memang tidak dapat dipisahkan.

Air sinonim begitu kanak-kanak sebab itu kanak-kanak memang suka bermain air.

Cuba perhati sewaktu mereka bermandi-manda di bilik air di rumah, mainan simbah menyimbah menjadi keseronokan kepada mereka.

Tahukah anda, bermain air membantu pembelajaran anak-anak dari segenap segi. Bahkan dapat merangsang perkembangan anak-anak.

Bermain air adalah gabungan pembelajaran yang berkesan dan menghiburkan.

Sebab itu kalau mereka bermain air, biarkan mereka bermain kerana banyak kebaikan yang mereka akan perolehi.

Jika kelapangan sewaktu cuti sekolah, bawa anak-anak ke taman tema air atau kolam renang berdekatan.

Jika kesempitan masa pula, boleh ajak anak-anak basuh kereta sambil mereka bermain air. Basah baju tak apa, asalkan mereka seronok beraktiviti.

4. Bersiar-siar di taman

Bawa anak-anak untuk bersiar-siar di sama ada di taman permainan, pusat rekreasi atau lakukan aktiviti perkelahan bersama keluarga.

Biarkan anak-anak berjalan dan bermain di taman permainan sementara itu anda boleh berehat atau membaca buku.

Aktiviti ini memberi kekuatan dan kecergasan fizikal kepada anak-anak di samping mengeratkan hubungan silaturrahim antara ibu dan anak.

5.Memasak

Aktiviti Menarik Sewaktu Cuti Sekolah

Ramai si ibu takut untuk melibatkan anak-anak dalam kegiatan dapur.

Manfaatkan cuti sekolah anak-anak dengan melibatkan mereka dengan aktiviti di dapur.

Aktiviti yang senang seperti memotong, membersihkan, menumis bahan masakan sudah memadai untuk pastikan anak-anak terlibat.

Masak bersama anak-anak mempunyai banyak kelebihan seperti menjadikan si anak lebih kreatif, melatih emosi, memperatkan hubunga silaturrahim, berdikari dan banyak lagi.

6. Berkhemah di luar rumah

Aktiviti Menarik Cuti Sekolah

Kanak-kanak memang sukakan aktiviti bebas di luar rumah.

Satu aktiviti yang sangat ringkas, mudah tetapi amat menarik serta boleh mengeratkan hubungan anda sekeluarga.

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan sepanjang perkhemahan seperti BBQ ayam sambil berbual-bual atau bergurau senda dengan anak-anak

Lagi menarik kalau pasang unggun api. Anak-anak pasti teruja !.

8. Melawat Sekitar Bandar

Anda sudah boleh merancang aktiviti lawatan sambil belajar untuk anak-anak anda tidak kira di mana tempat.

Banyak tempat menarik yang boleh dilawati seperti seperti Aquaria KLCC, Taman Burung dan Muzium Negara, Petrosains dan banyak lagi.

Aktiviti sebegini dapat membuka pemikiran anak-anak serta menambahkan lagi pengetahuam mereka.

9. Melawat Saudara Mara

Aktiviti Menarik Sewaktu Cuti Sekolah

Cuti sekolah boleh di manfaatkan dengan melawat saudara mara di kampung atau lakukan aktiviti kekelurgaan.

Sudah menjadi kewajipan ibu bapa untuk memperkenalkan anak kepada ahli keluarga dan saudara mara yang lain supaya ikatan kekeluargaan terus terbina.

Secara tidak langsung, anak-anak juga dapat mengenal saudara mara yang ada sekali gus dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama keluarga.

Leave A Reply

Your email address will not be published.