fbpx

11 Tempat Makan Best di Kota Kinabalu Bah !

Jadi selain Sarawak, Sabah juga punya Tempat Makan Best dan Viral. Sabah merupakan negeri yang besar jika dibandingkan negeri di Semenanjung jadi ambil masa untuk sampai ke destinasi. Jadi rancang lah perjalanan anda sebaik mungkin. 

Todak Waterfront Seafood Market

Todak Waterfront Seafood Market

Bagi penggemar makanan laut, disini memang syurga makanan buat kalian. Disini bukan juga murah malah banyak dan enak ! Tapi bagi orang Islam hati-hati dan berwaspada sebelum makan. Kerana disini bercampur sedikit dengan makanan orang bukan islam. Tapi kebanyakannya banyak sahja restoran halal. Lihat sajalah posyen makanan yang sediakan sangta banyak dan harga yang murah. Kemanisan udang, lobster, ketam dan macam macam lagi makanan laut mereka tidak boleh disangkal lagi. 

Alamat: Jalan Tun Fuad Stephen, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu

Waktu Operasi: Setiap hari  | Jumaat (12am- 12pm) | Ahad (12am- 12pm, 5pm-12am) | Selasa-Khamis (5pm- 12am)

Brunei Satay House

Brunei Satay House

Sate di Bruney Satay House ini sering dikunjungi ramai orang kerana disini selain sedap terdapat pelbagai pilihan sate seperti sate kijang, daging lembu, ayam, arnab dan kambing. Selain iu terdapat juga piilihan makanan yang lain disini seperti makanan barat. 

Alamat: Taman Indah Permai, Jalan Sepanggar – Menggatal, 88450 Kota Kinabalu

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (11am – 10pm), Jumaat (1.30pm – 10.30pm)

Kampung Nelayan (Floating Seafood Market Restaurant)

Kampung Nelayan (Floating Seafood Market Restaurant)

Nampak seronok ddan nyaman je suasana kampung nelayan ini. Dengan deko yang klasik seperti rumah warisan zaman zaman dulu membangkitkan lagi selera makan anda bersaa yang tersayang. Disini terdapat pelbagai hidangan masakan panas termasuk masakan sabah dan masakan thai. Bila malam anda boleh lihat suasana permai disini snagat menyamankan. 

Alamat: Taman Tun Fuad, Bukit Padang, P.O Box 23004, 88790 Luyang

Waktu Operasi: Setiap hari (730am – 2pm, 630pm – 11pm)

Kantin Bakut

Kantin Bakut

Orang Kota Kinabalu tidak perlu susah-susah ke Hatyai/Thailand untuk menikmati tomyam yang sedap sebab Kantin Bakut ini neydiakan Tomyam makanan laut yang snagat sedap. Setanding dengan masakan Thai yang asli. Antara yang digemari dan unik disini ialah seperti Sup ikan sayur masin, sup peria dan banyak lagi. Istimewanya lagi ialah, kopi yang dipesan dihidangkan di dalam botol kaca mengekalkan ciri tradisional masyarakat setempat.

Alamat: KM28.7, Jalan Tuaran, Kampung Bakut, 89208 Tuaran, Sabah

Waktu Operasi: Setiap hari (6.30am – 3pm) kecuali Ahad dan Isnin

A-Square Container Night Market

A-Square Container Night Market

Terasa nak bersantai dan makan makanan yang pelbagai pilihan ? Singgah lah ke A-Square Container Night Market. Disini menyajikan masakan melayu, thai western, bakso, dan makanan pencuci mulut seperti aiskrim kacang dan macam macam lagi. Kebiasaannya disini menjadi tumpuan anak muda bersama keluarga mahupun keluarga mereka kerana disini juga terdapat live band. Meriah bukan ?

Alamat: Api-api Centre, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi: Setiap hari (4pm-11pm)

D’Place Kinabalu

D’Place Kinabalu

D'Place Kinabalu ini pula merupakan sebuah restoran yang menyajikan makanan tradisi orang sabah seperti The Famous Ambuyat Set. Dalam set ini terdapat pelbagai masakan tradisi dan masakan masyarakat Kadazandusun. Disediakan beralas daun pisang dan buluh bahkan bukan itu sahaja, anda pasti teruja untuk menerokai hidangan esotik yang dihidangkan seperti ulat sago atau butud. Rare bukan ?

Alamat: Lot 2.01 & 2.02, Tingkat 2, Plaza Shell, Kota Kinabalu

Waktu Operasi: Isnin (6pm – 10pm),Selasa (11am – 4pm, 6pm – 10pm),Rabu – Jumaat (11am – 4pm, 6pm – 930pm), Sabtu – Ahad (1130am – 10pm)

 Warung Pokdi Kelate

 Warung Pokdi Kelate

Merupakan restoran yang diusahakan oleh orang Kelantan kerana disini terdapat pelbagai hidangan masakan ori dari Kelantan seperti nasi kerabu, nasi berlauk,laksam dan macam macam lagi. Jadi tidak khuatirlah perantau Kelantan yang tinggal di Sabah atau KK untuk mencari makana kegemaran mereka. Malah makanan Kelantan juga turut digemari oleh orang sabah juga. 

Alamat: Sulaman Sentral, Sepanggar, 88450 Kota Kinabalu

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (10am – 9pm)

 Restoran D’Soka

 Restoran D’Soka

Selain tradisi orang Sabah yang unik dan pelbagai makanan mereka juga begitu. Ingin menerokai makanan tradisi mereka boleh lah singgah ke D'Soka ini. Antara menu yang sering mendapat permintaan yang tinggi ialah seperti Ambuyat, Gulai Ikan, Kerabu Kerang, Sambal Ikan Masin, Sup Tulang, Daging Hitam Manis, disajikan bersama minuman terkenal Coconut Shake. Bahkan harga juga amat berpatutan dengan hidangan yang disediakan. 

Alamat: KM 17, Papar Highway, Kampung Laut Kinarut, 89600 Kota Kinabalu

Waktu Operasi: Setiap hari (1030am – 11pm)

Anjung Senja

Anjung Senja

Anjung Senja ini merupakan salah satu restoran masakan laut yang terkenal di Kota Kinabalu. Yelah dengan makanan laut yang baru sahaja di ambil dari laut sudah tentulah segar dan enak. Yang seronoknya disini ia nya sangat murah. Jadi anda boleh makan sepuas hati tanpa memkirkan kos. Kebiasaannya pengunjung memesan udang harimau masak butter. Memang ngam !

Alamat: Jalan Tun Fuad Stephen, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi: Setiap hari (3pm -12pm)  – Isnin (12am – 12pm, 3pm- 12am)

Mahshawi Grill Nasi Arab

Mahshawi Grill Nasi Arab

Warga KK yang teringin nak makan makanan Arab tapi tak tahu kat mana yang sedap ? Boleh singgah ke Mahshawi Grill Nasi Arab ini kerana restoran ini  terkenal dengan masakan arabnya yang kurang berminyak, sedap dengan kuantiti yang banyak pada harga yang berpatutan. Kebiasaannya yang biasa datang ke sini akan memesan  Lamb/Chicken Kabsah, Nasi Mandy ataupun kebab yang dihidangan panas. Rata-rata pengunjung memuji dengan hidangan di restoran ini. 

Alamat: Bandar Sepanggar 1, 88400 Kota Kinabalu

Waktu Operasi: Khamis – Selasa (11am – 1030pm), kecuali hari Rabu

The Warung Nasi Kuning Kepayan

The Warung Nasi Kuning Kepayan

Sumber : google

Kombinasi resipi masakan tradisional Sabah dan Indonesia ini menjadikan restoran ini cukup unik tetapi ringkas. Sesuai buat kunjungan anda sekeluarga yang mahukan sesuatu yang santai tetapi mengenyangkan dengan harga yang berpatutan. Walaupun restoran ini agak tersorok tapi masih dicari pengunjung kerana keenakan hidangan mereka. 

Alamat: Bangunan Koperasi Kepayan Berhad, Jalan Kepayan, 88200 Kota Kinabalu,

Waktu Operasi: Setiap hari (8am- 9pm) Sabtu (8am -2pm)

Dengan 11 Tempat Makan Best di Kota Kinablu ini semoga dapat membantu anda food hunting di sekitar Kota Kinabalu. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.