Mari lihat pula di 10 Tempat Menarik di Taiping. Taiping adalah salah satu tumpuan pelancong kerana daerah ini merupakan daerah yang paling sejuk di Malaysia kerana purata hujan disini melebihi purata di tempat lain. Nak tahu dimana mari kita lihat.
Zoo Taiping
Bukit Larut (Maxwell Hill)
Bukit Larut menjadi tumpuan pengunjung kerana kecantikan bukit tersebut yang boleh dinaiki menggunakan kenderaan dan juga berjalan kaki. Disini anda boleh bergambar sepuasnya kerana pemandangan disini sangat indah dan mendung. Selain itu, terdaoat juga resort yang anda boleh diami disini. Murah dab berpatutan bersama servis yang bagus.
ATV Adventure Park Larut
Tahukah anda selain hiking di Bukit Larut, anda juga boleh menaiki ATV di sekitar nya kerana terdapat pakej yang menyediakan anda melakukan aktiviti menarik ini. Kesemua alat keselamatan diberikan bahkan anda juga boleh memilih trek yang anda mahu. Terdapat trek untuk beginner, middle dan adventure. Jadi, jika anda baru hendak belajar naik ATV , anda disarankan mengambil pakej biasa sahaja.
Ansari Famous Cendol
Setelah penat seharian bermain ATV dan hiking di Bukit Larut, anda boleh singgah basahkan tekak di Ansari Famous Cendol dimana tempat ini menyediakan cendol yang sangat lemak berkrim. Cendolnya cukup rasa bahkan disini juga mempunyai rojak buah, mee kari dan menu yang lain.
Air Terjun Pecah Batu
Selain itu, di Taiping juga mempunyai air terjun yang sangat cantik dan kebiasaannya disini akan dipenuhi pengunjung menjelang hujung minggu. Ada juga datang bercamping bersama rakan-rakan dan ada juga membawa anak-anak bermandi manda.
Matang Mangrove Forest Reserve
Anda juga boleh melakukan aktiviti mangrove di hutan simpan Matang dimana hutan ini mempunyai pelbagai tumbuh-tumbuhan hijau dan beratus spesis burung yang terbang berkeliaran. Jika anda bertuah anda boleh melihat monyet yang bermata putih disekeliling matanya. Kebiasaan tempat ini menjadi kegemaran pelancong asing kerana mereka tertarik akan hutan simpan di Malaysia.
Burmese Pool Taiping (Kolam Renang Batu Besar)
Jika anda mencari tempat perkelahan, Kolam Renang Batu Besar merupakan temoat yang sesuai untuk berkelah, mandi manda bahkan camping. Air disini juga bersih cantik dan tidak terlalu dalam. Anda juga di wajibkan untuk menjaga kebersihan setempat. Terletak 12km dari Pekan Taiping melalui hutan membuatkan anda merasa tenang melihat tumbuhan hijau sekitar.
Bukit Merah Laketown Resort
Bukit Merah Laketown Resort menawarkan anda penginapan didalam tasik yang sangat cantik dan besar. Terdapat beberapa pakej resort dan kesemuanya menghadap tasik malah anda boleh memancing dari tingkap bilik anda. Resort ini juga berdekatab dengan Bukit Merah Waterpark. Jadi anda boleh lah menginao disini selepas penat seharian mandi-manda di taman tema air.
Rumah Rehat Bandar
Kuala Sepetang
Rasa nak menghilangkan stress dan ingin mengelilingi kawasan sungai atau muara boleh datang ke Kuala Sepetang. Disini anda boleh mengupah bot orang tempatan untuk melihat sendiri kehidupan mereka yang berada di tebing sungai. Bahkan anda juga akan daoat melihat kanak kanak mandi manda di sungai. Kelihatan berbeza dengan sesetengah kanak kanak di bandar yang hanya tahu bermain gajet sahaja. Memori seperti ini tidak boleh dibeli dan pasti membuatkan anda teringat ingat di masa hadapan.
Semoga 10 Tempat Menarik di Taiping ini akan memudahkan perjalanan atau perancangan anda ke Taiping nanti.