fbpx

10 Tempat Menarik di Kuala Krai Kelantan

Mari kita lihat 10 Tempat Menarik di Kuala Krai Kelantan. Kebanyakan disini mempunyai tarikan dari segi alam semula jadi seperti hutan dan air terjun.

Lata Rek

Lata Rek
Sering menjadi tempat perkelahan orang Kelantan terutamanya pada hujung minggu kerana anda boleh berbbq dan bermandi manda dalam masa yang sama. Air terjun yang sejum menbuatkan anda teruja untuk mandi. Bahkan air terjun disini juga sangat cantik kerana katanya mepunyai sehingga 7 tingkat. Namun harus diingatkan jika keadaan sudah gelap. Segeralah beredar kerana takut dikhuatiri hujan lebat dibahagian atas dan membuatkan kepala air turun tanpa kita sedari. Sudah banyak kali kemalangan seperti ini berlaku. Jadi jagalah keselamatan anda semua. 

Lata Berangin

Lata Berangin
Lata Berangin juga mempunyai ramai pengunjung untuk berkelah dan bermandi manda. Lata ini sesuai untuk anak anak anda mandi kerana tidak terlalu dalam. Selain air terjun yang cantik, air juga sangat bersih jadi bagi pengunjung yang datang di wajibkan juga untuk menjaga kebersihan bersama. Kerana tempat ini tempat awam. 

Istana Sangkut

Istana Sangkut

Credit : Facebook Senok Perut

Istana Sangkut merupakan salah satu destinasi baru buat pengunjung kerana tempat ini baru sahaja dibuka dan diubah suai menjadi cantik. Pengunjung boleh bermandi manda dan melalukan aktiviti camping dan bbq disini. Asalkan anda menjaga kebersihan dan keselamatan anda. Pada waktu hujung minggu, Istana Sangkut ini akan sering dipenuhi orang ramai yang juga datang untuk bersantai bersama anak anak mereka. 

Gua Ikan

Gua Ikan
Di namakan Gua Ikan kerana struktur gunung ini dari luar kelihatan seperti ikan. Banyak struktur didalam gua ini kelihatan berubah akibat struktur bumi yang berubah ubah. Anda dibenarkan melawat di dalam gua ini namun hati hati kerana terdapat banyak kelawar disini. Didalam gua ini agak sejuk kerana terdapat air sungai yang mengalir melaluinya. 

Krai Park And Training Centre

Krai Park And Training Centre

Ini pula merupakan tempat latihan bagi kem kecemerlangan, kem motivasi juga diadadakan disini dan menjadi tempat rekreasi bagu penduduk sekitar untuk mandi di kolam yang disediakan. Kebanyakan kawasan ini penuh menjelang hujung minggu. 

Air Terjun Jelawang

Air Terjun Jelawang

Menjadi air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara.  Air Terjun Jelawang boleh dilihat dari jauh kerana terletak tinggi dan sangat cantik. Anda akan terpukau melihat kecantikan air terjun ini bahkan namun ia tidak berapa sesuai untuk aktiviti manda kerana sudah banyak kes kemalangan disini berlaku. 

Gunung Stong

Gunung Stong

Para hikers yang menggemarkan aktiviti mendaki gunung sudah pasti biasa mendengar Gunung Stong yang terletak di Dabong. Trek yang mencabar untuk sampai ke Kem Baha membuatkan para pendaki berminat untuk mendaki di Gunung ini. Bila anda sudah sampai ke puncak sudah pasti anda akan berpuas hati  lebih lebih lagi jika berpeluang melihat awan karpet. 

Kolam Air Panas Tok Bok

Kolam Air Panas Tok Bok

Kolam Air Panas Tok Bok menjadi pusat rekreasi bagi penduduk di Kuala Krai dan sekitarnya. Anda sudah penat bekerja dan datang untuk melepaskan stress disini sangat sesuai kerana air disini tidak lah terlalu panas sehingga anda tidak boleh mandi. Celup kaki sahaja anda sudah akan merasa lega. 

Shima Selera Kampung

sup urat ketingshima selera kampung

Credit : ProfHariz.com

Sudah penat seharian beriadah, anda harus singgah ke Shima Selera Kampung yang menghidangkan pelbagai lauk pauk kampung. Dan yang istimewa adalah sup keting beliau yang sanagt lembut dan sedap. Makan pula bersama nasi yang panas pasti akan membangkitkan selera anda. Harga juga berpatutan.

Abam Jeben

sup urat ketingshima selera kampung

Credit : kalifahmedianetworks.com

Jika anda mahukan makanan barat yang sedap dan murah, saya cadangkan anda singgah di Abam Jeben kerana katanya lamb grill mereka sangat sedap. Daging yang lembut bersama perapan yang cukup, ditambah pula dengan sos blackpepper mereka yang sedap. Sangat membangkitkan selera bukan. Disini juga terdapat menu yang lain seperti burger cheese leleh, spagetti carbonara dan bolognese, chicken chop, meatball dan macam-macam lagi yang anda harus cuba. 

Anda jika singgah ke Kuala Krai, harus ke 10 Tempat Menarik di Kuala Krai ini kerana disini juga sudah pesat membangun. Malah perantau juga boleh singgah ke tempat ini sambil dalam perjalanan pulang ke kampung anda. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.