Ada apa dengan 10 Tempat Menarik Di Hulu Langat ? Kan hulu tu apa je yang ada ? Jangan tak tahu Hulu Langat adalah tempat yang menarik di Selangor dari segi pelancongan kerana disini tedapat banyak air terjun dan sungai yang cantik dan bersih. Malah disini juga terdapat chalet dan resort yang and boleh diami.
Lubok Manggis
Sebuah lagi destinasi perkelahan dan percutian yang menarik di daerah Hulu Langat yang terbaik. Terdapat banyak pondok yang boleh disewa untuk meletak barang atau berihat dengan lebih privacy.
Suasana di sini lebih redup dan nyaman, sungai yang luas, air yang dingin. Pasti anda akan merasa lebih seronok melakukan aktiviti seperti ini bersama rakan-rakan dan keluarga. Lihat air sungai nya sudah merasa sejuk apatahlagi jika anda mengalami nya sendiri.
Lubok Manggis Camp & Resort menyediakan pelbagai kemudahan camping berkonsepkan eco-tourism. Banyak mendapat tempahan dari institusi pengajian tinggi dan syarikat-syarikat yang mengadakan kemp motivasi di sini.
Lubok Manggis Camp Resort -Lubuk Manggis
Lot 3583, Batu 21, Jalan Pangson 43100 Hulu Langat
Selangor Malaysia
Call +60178890001
Sungai Lopo
Pondok-pondok yang boleh disewa secara harian. Selain dari tempat berkelah korang juga boleh menjejaki air terjun Sungai Lopo yang terletak jauh di pedalaman, airnya lebih sejuk dan segar.
Terdapat padang yang luas untuk mengadakan aktiviti seperti sukaneka yang menyeronokkan. Selain itu, anda juga boleh membawa khemah anda sendiri untuk merasa lebih adventure dan best. Selain itu terdapat juga kemudahan lain disini seperti surau dan tandas.
Banyak river front homestay yang didirikan di sini untuk kemudahan pelancong, salah satunya ialah Lopoh Waterfront Chalets Pangsun, Bt 22 Hulu Langat, Selangor. Tel : 012-3667410
Sungai Tekala
Sangat sesuai untuk bawa anak-anak berkelah dan mandi kerana sungainya yang cetek dan luas. Air mengalir di celah-celah pokok sangat menyeronokkan untuk bermain air. Ada bahagian yang berjeram dan berbatu di bahagian atas. Ada bayaran masuk RM1 bagi setiap orang.
Tandas awam, tempat solat dan tempat salin pakaian disediakan. Keselesaan diutamakan kerana mempunyai laluan jalan kaki berbata, bahagian-bahagian tertentu mempunyai anak tangga dan terdapat juga pengawasan warden.
Terdapat juga gerai-gerai yang menjual makanan di sini.
Sungai Gabai
Setiap hujung minggu pasti penuh dengan pengunjung di tempat menarik Hulu Langat ni. Walaupun terletak jauh di pedalaman dan terpaksa melalui jalan kampung, namun ianya tetep menyeronokkan apabila korang sampai di sana. Bagi yang ingin kuruskan badan, korang boleh mancabar diri dengan mendaki 300 anak tangga yang disedikan khas untuk yang sukakan cabaran.
Kemudahan asas seperti tandas awam, tempat solat dan tempat letak kereta yang luas disediakan. Keadaan juga agak bersih, namun ada terdapat sedikit kecacatan apabila ada pengunjung yang membiarkan lampin pakai buang bersepah.
Sungai Chongkak
Destinasi perkelahan yang sangat menarik dan popular di Hulu Langat memang mendapat sambutan dari pengunjung terutama di hujung minggu dan musim cuti sekolah. Keadaan sungainya yang luas dan landai sangat seronok membawa anak-anak untuk mandi manda di sungai ini. Dilindungi oleh pokok-pokok besar menjadikan tempat ini sejuk dan nyaman.
Terdapat banyak pondok dan homestay di sini. Congkak Eco Resort antara kemudahan penginapan yang disediakan di sini. Congkak Eco Resort menyediakan beberapa buah chalet kayu dan batu. Kawasan sungai Congkak sangat luas, korang tak perlu bersesak-sesak berebut tempat mandi.
Aktiviti yang popular selain dari mandi manda korang boleh melakukan jungle tracking, river tracking, rever walk dan river cross.
Jika ingin menginap di sini bolehlah menghubungi Congkak Eco Resort:
CONGKAK ECO RESORT (002084285-A)
Batu 20 1/2 Kampung Padang,
Sg. Congkak, Hulu Langat,
43100 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
Pengurus Pusat Rekreasi : Puan Norre
Tel : 017-309 0190
Sungai Pangsun
Sebuah lagi tempat perkelahan menarik untuk anda dan keluarga. Destinasi percutian ini terletak di Lot 8944 Batu 22, Jalan Pangsoon, Hulu Langat, Selangor berhampiran dengan Gunung Nuang di mana kawasan ini telah bangunkan sebagai pusat rekreasi yang lengkap dengan pelbagai kemudahan asas.
Hanya mengambil masa 45 minit sahaja perjalanan daripada Kuala Lumpur. Terletak di dalam kawasan dusun buah-buahan seperti durian, tampoi, rambutan, duku langsat, kundang dan pulasan.
Bermacam-macam kemudahan asas disediakan untuk keselesaan pengunjung antaranya penginapan chalet, dewan, gazebo atau wakaf di tepi sungai, restoran, surau, bilik mandi dan tandas. Sangat seronok untuk mengadakan aktiviti seperti perkelahan keluarga, hari keluarga, seminar, kursus, team building, kem motivasi, majlis perkhawinan dan sebagainya.
IMPIAN RIMBA RESORT ENTERPRISE
Lot 8944, Batu 22, Jalan Pangsoon,
Hulu Langat, 43100 Selangor.
Tel : 03 – 90211221 Fax : 03 – 90211217
Haji Ishak : 019 – 223 5304
Fazli : 017 – 5391300
E-mail : impianrimba@yahoo.com
Chalet Terapung Ajlaa Village Resort
terletak di Batu 22 sungai Lepuh Hulu Langat, menyediakan tempat perkelahan yang lengkap dengan tempat penginapan. Yang seronoknya korang boleh pilih samana nak menginap di resot di atas bukit dengan pemandangan yang sangat menarik atau tidur di chalet terapung di atas air sungai yang mengalir jernih. Kedua-duanya best!
Bukan itu saja, korang boleh buat macam-macam aktiviti yang menyeronokkan seperti jungle tracking dan waterfall walk. Untuk jungle tracking ada 3 level yang boleh korang pilih, easy, medium dan hardcore. Bagi hardcore akan mengambil masa lebih dari 1 jam untuk sampai ke air terjun.
Untuk kemudahan korang, kami letakkan alamat dan contact untuk korang hubungi:
Address : Batu 22, Sungai Lepuh, Jalan Hulu Langat, 43100 Selangor.
Contact : 019-8154750, 017-2931955
Taman Mellenium Kuala Kubu Bharu
Dengan berlatarbelakangkan banjaran Titiwangsa dan tasik yang luas sangat seronok untuk berihat sambil beriadah. Dilengkapkan dengan kesemua kemudahan rekriasi, anda boleh berjoging atau bersiar-siar di sini.
Untuk menginap di Kuala Kubu Bharu anda boleh memilih antara Rumah Rahat Kuala Kubu Bharu, Seri Mawar Homestay, Kuala Kubu Bharu Homestay, D’Tanjak Homestay, Yana Homestay kuala Kubu Bharu, Huda Homestay Kuala Kubu Bharu, D’Qari Homestay Kuala Kubu Bharu, Hotel Sri Melati dan banyak lagi.
Kolam Air Panas Kerling
Kolam air panas semulajadi terletak bersebelahan dengan sungai yang dingin. Terletak hanya 15 minit dari Plaza Tol Tanjung Malim dan sangat mudah diekses dengan kenderaan anda.
Air Terjun Serendah
Dikenali juga dengan Air Terjun Kai, mendapat sambutan ramai terutama pada hujung minggu. Untuk sampai di Tempat Menarik Air Terjun Serendah, cuma perlu ke pekan Serendah, masuk ke simpang Dato’ Harun dan meneruskan perjalanan kira-kira 4 kilometer.
Air terjunnya jernih, sejuk dan menyegarkan. Kawasan rehat yang luas dan disediakan tempat berteduh yang selesa. Terdapat juga tempat air cetek yang sesuai untuk kanak-kanak
Dengan 10 Tempat Menarik di Hulu Langat itu membuatkan anda teringin ingin menginap disini dan bermandi-manda. Bahkan disini akan menghilangkan stress anda tentang kesibukan kerja dan merasa lebih tenang.