fbpx

10 Tempat Best di Lahad Datu

10 Tempat Best di Lahad Datu ? Biar betul ! Lahad Datu sudah selamat untuk dilawati dari pencerobohan warga asing pada suatu ketika dulu. Jangan anda tidak tahu Lahad Datu mempunyai banyak tempat yang cantik dan masih mengekalkan alam flora dan fauna sebagai tarikan pelancong. 

Danum Valley

Danum Valley

Credit : Amazing Borneo Tourism

Boleh dikatakan kawasan di Lahad Datu merupakan tarikan semula jadi buat pengunjung yang mahu lari dari kesibukan kota. Danum Valley merupakan kawasan Pemuliharaan Ekosistem yang berfungsi sebagai rumah bagi spesis hidupan liar seperti gajah asia, harimau akar, orang utan, monyet probascis serta flora dan fauna yang terancam. Menarik kan ? Selain itu, terdapat jambatan tali yang dihubungkan melalui pokok ke pokok yang lain. Pemandangan yang indah dan menyegarkan. 

Lembah ini terletak 83km ke barat daya Lahad Datu dan diliputi kawasan hutan simpan seluas 440 kaki persegi.  Di sini juga terdapat tanah perkuburan kaum Kadazandusun yang namun ia tetap menjdai tumpuan pengunjung biar sedikit kelihatan misteri. Disini juga anda boleh melihat pelbagai jenis pokok dan tumbuhan yang sukar ditemui ditempat lain. 

Borneo Rainforest Lodge

Borneo Rainforest Lodge

Terletak di Denum Valley, merupakan restoran buat pengunjung yang mahu menikmati hidangan sambil melihat pemandangan alam flora dan fauna yang memukau. Disini juga terdapat resort untuk anda menginap. Pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan disini seperti melihat pelbagai jenis burung(sekitar 300 jenis burung), haiwan liar dan mandi sungai yang sejuk. 

Gua Bukit Tulug

Gua Bukit Tulug
Gua Batu Tulug ini merupakan gua kapur yang mempunyai 3 gua utama. Agop bermaksud gua dalam bahasa kaum Sungai Kinabatangan.  Tempat ini adalah tapak pengkebumian keranda kayu balak dari 500 sehingga 900 tahun dahulu. Kelihatan misteri bukan namun bagi pengkaji dan peneroka gua, berhdapan dengan situasi menyeramkan adalah biasa bagi mereka. 


Terdapat pelbagai bentuk keranda di sini boleh anda lihat.   Semakin besar saiz keranda dan saiz tanduk kerbau, semakin besar pangkat orang yang di kebumikan di situ. Berhampiran dengan gua ini terdapat trek untuk menuju ke puncak untuk melihat keseluruhan daerah Kinabatangan.

Pantai Sahabat Resort

Pantai Sahabat Resort

Selain mempunyai hutan yang mempunyai pelbagai tarikan, lahad datu juga mempunyai pantai yang cantik untuk anda lawati. Bahkan Pantai Sahabat juga terdapat resort yang membenarkan pengunjung menikmati tepi laut yang indah ini. Lebih kurang 1 jam memandu dari Lahat Datu untuk sampai ke Pekan Kecik Tungku dan 40 minit memandu dari Pekan Kecil Tungku ke Pantai Sahabat Resort Felda Wilayah Sahabat.  Tempat menarik di Lahad Datu ini mempunyai sebuah Resort Pantai yang dikenali sebagai Felda Residence Sahabat. Sahabat Beach Resort.  Terdapat kolam mandi yang mengadap laut membuatkan resort ini sering dikunjungi pengunjung selain servis yang tiptop. 

Tabin Wildlife Reserved

Tabin Wildlife Reserved
Terletak dalam Hutan Simpan di Lahad Datu yang menjadu Hutan Hujan Tropika yang kaya dengan kepelbagaian biologi. Rezab ini berkeluasa 12051 hektar dan merupakan hutan yang baesar dilindungi di negeri Sabah ini. Disini anda boleh melakukan pelbagai aktiviti yang menarik seperti melihat gelagat haiwan-haiwan ketika waktu malam dengan pantauan pihak yang terlibat. Kewujudan rezab ini adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri Sabah untuk melindungi dan memelihara hidupan liar khususnya mamalia besar seperti Badak Sumatra. Bukan senang nak lihat badak ini di semanjung kan. 


Air Terjun Madai

Air Terjun Madai

Credit : Unnie Anje Blog

Selain hutan tropika yang cantik, sudah tentu Lahad Datu mempunyai air terjun yang menarik juga. Air Terjun Madai terletak di dalam Hutan Simpan Baturong dimana air terjun ini dibawah kawalan penjagaan Jabatan Perhutanan Sabah. Kawasan ini pada awalnya hanya merupakan tempat rekreasi bagi kakitangan Jabatan Perhutanan Sabah sebelum ia dibuka kepada orang ramai pada tahun 1999. Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati peluang untuk berjalan di Canopy walk dimana panjang nya 120 meter dan berketinggian 40 meter. Bolehlah anda merancang bersama keluarga mahupun rakan-rakan untuk beriadah disini sambil ber-bbq. 

Pantai Makuau

Pantai Makuau
Pantai Makuau merupakan salah satu Pantai yang terdapat di Lahad Datu. Sama seperti kepulauan yang lain, Pulau ini juga menarik kerana keindahan Pantai tersebut. Panorama yang cantik dengan wujudnya sebuah pokok di hadapan pulau ini menjadikan ia menarik dan sesuai untuk bergambar.

Sudah menjadi kebiasaan pengunjung datang untuk melakukan aktiviti riadah dan bersantai bersama yang tersayang. Persisiran pantainya yang cantik dan airnya yang biru jernih begitu indah sekali. Sayang sekali jika anda tidak singgah dan berehat di sini.

Tower Of Heaven

Tower Of Heaven

Dikenali sebagai Menara Kayangan di Lahad Datu sabah, merupakan menara yang terletak diatas Gunung Silam. Menara ini merupakan salah satu peluang yang baik untuk pengunjung yang gemar menikmati pemandangan alam flora dan fauna yang indah di Lahad Datu ini. Berketinggian 880m dan menghadap ke arah Teluk Darvel dan 11km dari bandar. Keindahan semulajadi disini membuatkan sesiapa yang datang merasa segar dan tenang. Terdapat juga trek untuk anda beriadah disini seperti mendaki atau berjogging. 

Gunung Silam

Gunung Silam

Gunung Silam merupakan saah satu tempat yang menjadi kegemaran para hikers kerana setelah berada di puncak, segala penat lelah anda ketika mendaki berbaloi. Pemandangan yang indah akan membuatkan anda terpukau dan merasa seronok. Berketinggian 883 meter dari paras laut dan merupakan gunung yang ke-3 tertinggi di Lahad Datu. 

SCCA

SCCA
Silam Coast Convention Area terletak di bahagian timur sabah dimana disini terdapat pulau yang cantik. Jadi pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti seperti snorkelling utnuk melihat pelbagai spesis hidupan laut dngan lebih dekat. Bahkan disini juga menyediakan aktiviti seperti menaiki bot mengelilingi pulau , menjelajah hutan dan macam-macam lagi. Saya jamin jika anda ke sini membuatkan anda tidak ingin pulang dan terus menetap disitu. Namun, disini tiada resort yang disediakan untuk anda menginap. Hanya aktiviti marin sahaja dibenarkan. 

Pantai Payang

Pantai Payang

Selain Pantai Sahabat, lahad datu juga mempunyai Pantai Payang yang tidak kurang menarik dan cantik. Air lut yang hijau kebiruan membuatkan Pantai Payang ini sering dikunjungi pelancong. Pelbagai aktiviti untuk bersantai boleh anda lakukan disini. 

Dengan 10 Tempat Menarik Di Lahad Datu itu membuatkan anda merasa kagum dan tertarik untuk ke sana. Jika anda sudah berada di Lahad Datu, agak rugi jika tidak singgah ke tempat-tempat ini. Selamat bercuti !

Leave A Reply

Your email address will not be published.