Pulut Ayam Thai , Resepi Pulut Ayam Thai ini agak ringkas namun walaupun agak pelik makan pulut kosong dengan ayam sebegitu , namun ia menjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang sedap. Tak cuba tak tahu.
Thai
Pencuci Mulut
Your Rating
Nutrition
Ingredients
Directions
260 minit
60 minit
320 minit
- Basuh beras pulut, simpulkan daun pandan dan kukus hingga masak. Ketepikan seketika. Selalunya beras pulut direndam terlebih dahulu selama 3 hingga 4jam sebelum dikukus.
- Tips : untuk mempercepatkan proses tersebut, rendam beras pulut dengan air mendidih selama 15 ke 20minit toskan dan boleh terus dikukus.
- Gaul ayam dengan bahan tumbuk, rempah kari, serbuk kunyit, garam dan tepung beras. Perapkan dalam 10minit, panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing. Angkat dan toskan.
- Goreng bawang merah sehingga kekuningan dan angkat. Pulut ayam lebih enak dimakan bersama-sama bawang goreng yang dihasilkan sendiri.
- Hidangkan pulut kukus bersama ayam goreng, taburan bawang goreng serta sos cili Thai
Kebanyakan yang mencari Resepi Pulut Ayam Thai pasti akan suka kan resepi ini kerana agak ringkas untuk dibuat dan yang penting sedap. Jimatlah sikit jika dibandingkan untuk dibeli dikedai.
Ringkas je kan resepi Pulut Ayam Thai ni? Selamat Mencuba.