Mengapakah pakar psikologi mengatakan gajet merbahaya untuk perkembangan anak-anak? Apakah kesan gajet kepada otak anak-anak kita? Kali ini kami mencari pendapat pakar-pakar mengenai kesan gajet kepada anak-anak.
1. Perkembangan Otak
Perkembangan otak anak akan menjadi lambat apabila terlalu terdedah kepada stimulasi gajet. Selain itu, ianya juga akan melambatkan koginitif, gangguan pembelajaran, tantrum, serta meningkatkan sifat impulsif.
Pada usia 0-2 tahun otak anak-anak akan berkembang dengan cepat. Jadi pada ketika ini mereka harus aktif. Bukan asyik bermain dengan gajet sahaja.
2. Kurang Proaktif Berusaha - Google Aja!
Apabila anak-anak terdedah kepada teknologi yang lebih mudah untuk mereka akses, jadi kurang usaha yang ditaburkan ke atas pembelajaran mereka. Mereka lebih suka mengakses google di internet berbanding melihat buku!
Jadi sebenarnya kemudahan sebegini bagus dan kadang-kadang tidak bagus kerana sumber internet tidak semua boleh dipercayai. Sedangkan buku adalah mendapat pengiktirafan tentang kesahihahan kandungannya. Otak mereka tidak akan terasah bila semua informasi yang mereka perlukan ada di hujung jari mereka sahaja.
3. Tidur Terganggu
Berdasarkan kajian, 75% anak yang berusia 9 ke 10 tahun mengalami kurang tidur kerana penggunaaan teknologi tanpa pengawasan ibubapa. Ini akan memberi kesan kepada tumpuan mereka di sekolah. Otak akan menjadi lembap dan sukar untuk menerima ilmu kerana kekurangan tidur. Jadi, pastikan ibubapa akan mengambil gajet mereka bila sudah tiba waktu tidur.
4. Pikun Digital
Apabila selalu menghadap skrin di gajet, attention span anak akan menjadi pendek kerana kandungan di media sangat cepat. Jadi ini akan memudaratkan konsentrasi dan memori anak anda. Anak akan menghadapi kesulitan dalam pembelajaran mereka kerana susah untuk fokus.
5. Tumbesaran Menjadi Lambat
Terlalu terdedah dengan gajet akan mengakibatkan perbatasan fizikal anak-anak yang akan membuatkan anak lambat membesar. Malah, kemampuan literasi dan prestasi anak juga akan cenderung kepada kesan negatif.
6. Sifat Agresif
Penggunaan gajet dengan cara yang salah akan membuatkan anak anda lebih agresif kerana terdapat banyak kekerasan fizikal dan seksual yang ditunjukkan di media sosial. Jadi ini akan mengakibatkan anak anda menjadi mudah marah dan menyerang kawan-kawannya yang lain. Lebih meniru kepada aksi yang ditontonnya.
7. Obesiti
Disamping itu, kesan buruk kepada anak tentang penggunaan gajet yang berlebihan adalah anak anda akan berisiko untuk menjadi obesiti. Ini kerana mereka tidak terdedah kepada kehidupan beriadah dan badan mereka tidak berpeluh. Otak mereka juga tidak cerdas.
8. Radiasi
Bahaya gajet ini adalah anak-anak akan terdedah kepada radiasi yang boleh menyebabkan kanser. Malah , anak-anak akan lebih sensitif terhadap radiasi berbanding orang dewasa. Lebih baik ambil langkah berjaga-jaga sebelum terlambat.
9. Ketagihan
Ketagihan kepada gajet juga kadang-kadang berpunca daripada ibubapa sendiri kerana terlalu sibuk bekerja dan memberikan anak gajet untuk mereka menghilangkan rasa bosan anak-anak. Jadi bila anak sudah ketagih dengan gajet maka dia sudah tidak mahu untuk meluangkan masa dengan ibubapa mereka lagi.
10. Bahaya Mental
Selain itu, penggunaan gajet pada anak ini dapat meningkatkan risiko tertekan, depresi, gangguan kecemasan, autisme, kelainan bipolar dan perilaku lain. Kesan buruk penggunaan gajet ini sangat berkadar lansung dengan jumlah masa menggunakan gajet. Semakin banyak masa yang dihabiskan bersama gajet, semakin tinggi risikonya.
11. Jadi Pelupa
Kebergantungan kepada gajet akan menyebabkan otak kurang berfungsi. Sebagai contoh, semua maklumat dicatat di gajet, tidak ada yang dihafal. Justeru daya mengingat akan menurun kerana bahagian otak itu kurang digunakan.
12. Withdrawal Syndrome
Anak anda akan cenderung untuk lebih bertindak kasar dan biadap jika anda mengambil gajet dari tangan mereka. Selagi itu dia akan bertindak kasar selagi anda tidak memulangkan gajet kepada mereka walhal anda berbuat demikian kerana ingin mengurangkan ketagihan gajet kepada mereka.
13. Kurang Berminat Dengan Aktiviti Lain
Anak anda akan menjadi kurang aktif dan tidak gemar bermain permainan yang mengeluarkan peluh. Hanya ingin menumpukan kepada gajet mereka. Malah hobi mereka pun akan ditinggalkan. Akan menjadi lebih teruk jika mereka juga enggan untuk makan, mandi dan tidur. Jika berlaku perkara ini, ibubapa harus melakukan sesuatu untuk mengatasi masalah ini daripada berlarutan.
14. Lebih Menguasai Visual
Anak anda tidak akan menumpukan sepenuh perhatian di sekolah jika asyik menghadap gajet, mereka akan lebih cenderung untuk melihat berbanding mendengar. Jadi, elakkan anak untuk selalu memegang gajet. 2 kali dalam seminggu sudah memadai.
15. Kurang Interaksi
Bila terlalu ketagih dengan gajet, anak anda akan menjadi kurang berinterkasi dengan ibubapa dan adik beradiknya sendiri. Bahkan mereka juga tidak akan menghiraukan panggilan atau pertolongan ibubapa. Kesannya nanti di kemudian hari. Anak-anak tidak pandai untuk bergaul dengan orang di sekeliling. Kemahiran sosial berkurang.
16. Risiko Rabun
Kebanyakannya akan terjadi astigmatism atau rabun silau jika terlalu terdedah dengan screen gajet. Kesan ini akan terjadi apabila kedudukan postur mata yang tidak betul contohnya bermain gajet dalam keadaan berbaring, mengiring dan meniarap dalam jangka masa yang lama.
17. Masalah Postur
Apabila kedudukan postur badan yang tidak betul dalam jangka masa yang lama, ini akan memberi masalah kepada perkembangan sendi dan tulang. Jadi, biarkan anak anda bermain dalam kedudukan yang betul dan elakkan anak bermain dalam jangka masa yang panjang.
18. Perkembangan Bahasa dan Pertuturan Lemah
Apabila kurang berinteraksi mahupun dengan ahli keluarga sendiri, anak akan menjadi lemah dalam pertuturan dan akan lebih mendiamkan diri. Keyakinan diri mereka juga akan berkurangan kerana mereka lebih suka hidup dalm dunia gajet mereka.
19. Perkembangan Saraf Motor Lembap
Pergerakan motor halus (fine motor) anak akan menjadi lambat berkembang kerana terlalu banyak menyentuh skrin gajet dimana akan memberi kesan buruk kepada pertumbuhan atau tumbesaran anak-anak.
20. Pengaruh Negatif
Anak anda akan cenderung menjadi lebih lebih ganas kerana meniru apa yang ditonton di gajetnya itu. Kanak-kanak akan mudah terikut dengan apa yang dilihat jadi ibubapa harus menapis atau memantau apa yang sering ditontonya di internet kerana zaman ini terdapat pelbagai perkara yang tidak sepatutnya dilihat dipertontonkan di internet.
21. Keselamatan Terancam
Anak anda akan merasa cemas dan suka membanding-bandingkan dirinya dengan orang lain yang mereka lihat di media sosial itu. Jadi, awasi dan ajarkan anak untuk tidak menunjukkan benda privasi ke media sosial kerana akan mengundang bahaya. Niat mereka hanya ingin berkongsi keseronokan namun kita tidak tahu niat orang jahat yang hanya tunggu masa. Jadi berhati-hatilah.
Adakah Gajet Tidak Bagus?
Gajet sebenarnya adalah alat teknologi yang bagus kerana memudahkan kerja manusia. Namun, ada juga sisi yang tidak elok jika tidak digunakan dengan pintar.
Semasa anak dalam meningkat dewasa , ibu bapa harus memainkan peranan penting mereka untuk mengawal anak-anak mereka supaya menjadi insan yang berguna kelak. Supaya anak mereka tidak terjebak dengan perkara yang tidak elok.