Bagi pengunjung Bazar Karat Best Di Malaysia, ini adalah artikel yang dapat membantu anda untuk melihat barang kesukaan anda di bazar karat. Seperti yang kita tahu, bazar karat adalah seperti pasar yang lain yang menjual pelbagai barangan baru mahupun terpakai. Namun di Malaysia tidak banyak yang menjual barangan klasik di pasar tapi jangan risau mari saya tunjukkan dimana anda boleh mencari Bazar Karat Yang Best Di Malaysia.
Market @ Jaya One
Terletak di Petaling Jaya dimana mereka menjual pelbagai barang seperti kasut, pakaian, pinggan mangku dan pelbagai lagi. Jangan anda tidak tahu walaupu barangan terpakai namun masih ramai yang sukakan kualiti lama ini. Bahkan jika lagi lama lagi bernilai seperti keris, batu permata cincin baju-baju berjenama dan sebagainya. Ini menjadikan kawasan ini sering dikunjungi pengunjung.
Fiesta Night, Mont Kiara
Selain itu, di Mont Kiara juga terdapat Bazar Karat di dalam pasar malam. Disini lagi besar dan banyak pilihan. Malah makanan juga banyak yang dijual jadi anda boleh menyelam ke bazar karat ini sampai kedai nak tutup pun boleh. Ada juga yang suka utntuk tengok-tengok sahaja.
The Curve Street Market
Terletak betul-betul depan The Curve, pelbagai barangan yang dijual seperti kasut, tali pinggan yang diperbuat daripada kulit. Malah bukan calang-calang jenama hanya pengumpul barangan sebegini sahaja yang tahu nilai barangan ini. Tempat ini sering dibanjiri orang yang mahu menjamu mata dan membeli. Jadi parking disini agak terhad.
Flea Market, Amcorp Mall
Yang ini pula terletak dalam Amcorp Mall dimana mereka menjual baku kraftangan buatan tempatan, buku buku terpakai, cd dan video lama-lama yang masih boleh digunakan. Jadi kebanyakannya masih setia menjual walaupun hanya segelintir sahaja yang berminat dengan barangan mereka. Kerana mereka tahu tinggi nilai barangan yang dijual. Malah disini juga ada menjual barangan elektronik yang terpakai dan masih elok berfungsi. Jadi jika anda yang baru hendak mulakan kerjaya dan memrlukan peralatan ini, anda boleh singgah ke sini.
Pasar Loken, Ipoh Perak
Di Perak juga terdapat bazar karat dimana mereka juga menjual barangan seperti yang lain seperti wallet, jam tangan, kasut pakaian dan sebagainya. Jangan terkejut kerana ada yang sanggup datang dari jauh untuk membeli barangan koleksi kesukaan mereka. Bahkan ada sanggup membayar dengan harga yang tinggi.
Lorong Kulit, Pulau Pinang
Lorong Kulit di Penang ini pula lagi banyak menjual baranagn rare seperti seterika zaman dahulu, pakaian yang dibuat daripada kulit dan macam-macam lagi yang menjadi tarikan pengunjung. Bahkan jika musim mereka lelong barang, pasti ramai yang akan membeli nya sehingga nak berjalan menyulusuri juga agak susah.
Pasar Rengit Johor
Manakala d Johor Bharu juga mempunyai Bazar Karat yang menjual pelbagai barangan antik. Dari tembaga, besi dan emas. Semua nya ada seperti kuali, sarang untuk membuat kuih, tali pinggan, topi keledar dan macam lagi. Semua nya barangan vintage.
Pastikan Bazar Karat yang anda kunjungi itu menjual barangan yang betul-betul berkualiti kerana zaman ini terdapat banyak penipuan melibatkan barangan terpakai.