Siapa suka makan pedas wajib lihat 9 Tempat Makan Best di Seremban ini. Memang siapa yang tak makan pedas takleh makan makanan orang negeri sembilan sebab pedas gilerr. Tapi mereka bukan ada makanan pedas je, makanan lain pun ada laa. Nak tahu mari kita lihat.
99 KEBAB Seremban
Bagi penggemar shawarma atau dikenali kebab dalam kalangan kita, disini memang akan menjadi tumpuan kerana kebab nya yang enak dan harga yang berpatutan. Bukan itu sahaja, posyen nya yang banyak dan daging yang lembut bersama sos yang dibuat sendiri memang akan membangkitkan selera.
Lokasi: Lavender Height Business Square, 70400 Seremban
Waktu Operasi: Setiap hari (5.00 petang-11.00 malam)
Restoran Selera Nogori
Bagi orang negeri Sembilan atau penggemar masakan Negeri Sembilan,, Selera Nogori menjadi tempat kegemaran mereka untuk menjamu selera kerana memang kena dengan tekak dan citarasa mereka. pelbagai masakan yang ada seperti masak lemak cili api yang swajibnya dan masakan yang lain. Kalau taktahan pedas elakkan ambil makanan yang pedas sebab pedas masakan mereka ni bukan biasa biasa taw.
Lokasi: 602 & 603 Jalan Haruan 4/8 Oakland, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Setiap hari Isnin- Sabtu
Haji Shariff’s Cendol, Seremban
Rasa nak basahkan tekak dengan cendol dan ais ? Meh singgah ke Haji Sharif's Cendol ni. Cendol mereka pekat bersama ais kacang yang menepati selera semua pengunjung. Mungkn waktu petang anda ingin bersantai bersama keluarga dan ingin makan makanan yang tidak terlalu berat.
Lokasi: 44 Jalan Yam Tuan, Seremban
Waktu Operasi: Setiap Ahad-Jumaat (10 pagi-6petang)
Restoran DPantai
Restorang D'Pantai pula menyajikan ikan bakar bersama sos istimewa mereka membuatkan ramai yang singgah makan. Tambahan pula restoran ini berdekatan dengan pantai. Malahan, disini juga bukan sahaja dapat nikmati ikan bakar atau makanan laut sahaja taw, malah ada juga makanan barat. Jadi anda tidak perlu ke banyak tempat sebab restoran ini asal nya diusahakan oleh penduduk kampung ini sendiri.
Lokasi: Lot 1, Batu 6, Jalan Jelebu, 71770 Seremban
Waktu Operasi: Ahad-Khamis (4.30 petang-11.30 malam), Jumaat-Sabtu (4.30 petang-12.30 tengah malam)
Rumah Makan Cibiuk Seremban Gateway
Kalau rasa nak makan makanan yang rare sikit, boleh lah singgah ke Rumah Makan Cibiuk Seremban Gateway ini kerana disini menyajikan makanan asli Sunda Indonesia. Haa mesti jarang kita dengar kan. Boleh singgah kesini jika mahu tahu rasa makanan mereka. Susah unutuk dapat makanan yang rare sebegini di Malaysia.
Lokasi: No 3-G Gerbang Seremban, Off Jalan Sungai Ujong, Seremban, 70200 Seremban
Waktu Operasi: Setiap hari (11.00 pagi-11.00 malam)
Mr Manshor Kopitiam Power
Bagi penggemar kopi tegar atau penggemar kopi tongkat ali, disini adalah tempat yang sesuai untuk anda nikmati kerana disini ada menyajikan kopi yang masih classic dan asli. Biasa nya pelanggan memesan Kopi tongkat ali,Kopi burung walit dan kopi kacip fatimah. Selain itu, ramai yang datang kesini untuk breakast tau ! Kerana keenakan nasi lemak dan roti bakar mereka membangkitkan selera pengunjung.
Lokasi: Lot 717, Jalan Kuala Pilah – Seremban, 70400 Seremban
Waktu Operasi: Setiap hari Selasa-Ahad (8.00 pagi-3.00 petang, 4.00 petang-1.00pagi)
Bayu Village Restaurant
Manakala Bayu Village Restaurant ni pula menyajikan pelbagai masakan berasaskan makanan laut. Pengunjung boleh memilih makanan laut yang mereka suka dan spesiikasikan masakan bagaimana yang anda suka. Rata-rata pengunjung disini memberikan komen positif dengan masakan disini. Jadi rugi lah kalau tak cuba kan ?
Lokasi: No.23385, Jalan Paroi, Senawang, Tmn Kiambang Indah, 70450 Seremban, Negeri Sembilan
Nelayan Seafood & Catering Sdn Bhd
Restoran Nelayan Seafood & Catering ini mentajikan pelbagai masakan dan lauk pauk untuk tengah hari. Memang rakyat Malaysia kita ini tak lari dengan ulam ulaman dan sambal. Jadi disini menyajikan pelbagai lauk pauk kegemaran rakyat Malaysia dan yang pasti nya semuanya enak enak belaka.
Lokasi: Wisma PBNS, P/3, 102, Jalan Zaaba, Rahang Kechil, 70100 Seremban, Negeri Sembilan
Mee Udang Pakar Paroi Kak Zaty
Jika anda rasa dah tak nak makan nasi, saya cadangkan anda singgah ke Mee Udang Pakar Paroi Kak Zaty ini. Memang power ! Dengan udang yang banyak membuatkan kuah Mee Udang Kak zaty ini maning dengan air udang itu sendiri. Memang sedap gais ! Tak hairanlah disini sering ramai pengunjung nya.
Lokasi: KM12 Seremban Kuala Pilah Paroi, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Waktu Operasi: Setiap hari Seasa-Ahad (12.00 tengahari-11.00 malam)
Dengan 9 Port Makan Menarik di Seremban ini, anda takperlu pening dah nak makan breakfast kat mana, nak lunch dan dinner kat mana sebab dalam artikel ini sudah pakej menccadangkan anda tempat makan yang best di sekitar Seremban.