fbpx

15 Tempat Menarik Mekah Yang Mesti Dilawati

Musim haji telah tiba, jadi pasti para jemaah mencari tempat-tempat yang menarik di Madinah dan Mekah. Disini terdapat 15 tempat menarik yang kami cadangkan yang wajib anda lawati jika berkunjung ke Mekah. Memang rugi lah kalau tak pergi alang-alang dah sampai sana. Mari kita lihat.  

Panduan Haji & Umrah -  Klik sini

1. Masjidil Haram

1. Masjidil Haram

sumber : http://www.insanitravel.com

Tempat utama yang wajib anda pergi bila sampai di Mekah adalah di Masjidil Haram. Kebanyakan para jemaah yang pertama kali menjadi jemaah umrah atau haji akan menangis ketika melihat masjidil haram/Kaabah. Masjid ini dikenali sebagai masjid yang paling suci dimana masjid ini mengelilingi Kaabah yang menjadi kiblat bagi umat Islam.

Masjid ini juga dikenal sebagai masjid terbesar di dunia. Berjuta-juta umat muslim datang ke masjid ini untuk beribadah setiap tahunnya. Menurut sebuah hadits, apabila seorang Muslim melakukan satu kali salat di masjid ini, maka pahalanya setara dengan melakukan 100.000 salat di masjid lain sungguh luar biasa. Semoga kita dipanjangkan umur untuk menjejaki ke sini. 

2. Kota Mekah

Kota Mekah
Iklan

Kota Mekah yang sangat terkenal dengan tempat kelahiran Islam dan para nabi. Struktur dan kawasan yang sangat cantik dimana kota ini dahulunya kecil sahaja tidak sebesar seperti sekarang namun sudah ditambah kemajuan nya oleh kerajaan Arab Saudi kerana para jemaah haji atau umrah semakin meningkat setiap tahun. Selain itu anda perlu berkunjung ke Mecca Royal Hotel Clock Tower, salah satu jam terbesar di dunia. Sangat cantik yang pasti. 

3. Jabal Nur 

Jabal Nur

sumber : http://www.caramudahkebaitullah.com

Iklan

Bukit yang bersejarah penting dalam sejarah Islam dimana tempat ini menjadi saksi perjuangan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat. Tempat ini masih menjadi kunjungan para jemaah haji dan unmrah ketika berkunjung ke Mekah. 

4. Pasar Bab Mekah

Pasar Bab Mekah
IklanIklan

Pasar Bab Mekah memang sering dijadikan tempat untuk membeli belah para pengunjung untuk dibawa pulang ke tanah air sebagai buah tangan. Harga disini juga agak murah. Pasar tradisional ini berlokasi di Suhaifa dan dibuka setiap pagi kemudian tutup saat menjelang Dzuhur. Namun seperti kedai-kedai lain , bila azan berkumandang , para peniaga akan menutup kedai-kedai mereka untuk berhenti solat fardhu dimasjid. 

5. Padang Arafah

Padang Arafah

sumber : http://palembang.tribunnews.com

Padang Arafah ini adalah salah satu tempat yang suci bagi umat Islam ini kerana bila kita ke sana ia seakan-akan menggambarkan keadaan kita di Padang Masyar kelak. Tempat ini menjadi sangat sesak apabila musim haji kerana disini ada pelaksanaan hukum wajib sah haji iaitu wukuf. Akan hadir satu keinsafan kepada kita untuk terus melakukan amalan yang baik agar di permudahkan hitungan pahala kita di akhirat kelak. 

6. Souk Jaafariyah/Aziziyah

Souk Jaafariyah

Pasar Jaafariyah ini dikenali dengan pasar yang menjual dengan harga yang murah jika dibanding dengan Madinah. Anda akan pasti rambang mata jika datang ke sini. Barang-barang yang dijual pun banyak dengan harga borong. Pastikan bawa duit banyak sikit namun jangan berlebihan kerana niat ke Mekah untuk beribadat. Jangan terlalu asyik membeli-belah sampai ketinggalan untuk beribadat.

7. Gua Hira'

Gua Hira'

Gua Hira' yang terletak di Jabal Nur dimana tempat ini bersejarah kepada agama Islam. Nabi Muhammad SAW menerima wahyu yang pertama dari Allah melalui Malaikat Jibril AS. Berjarak 2km dari Kota Mekah dan gua ini agak curam namun sentiasa mempunyai pengunjung kerana ingin melihat sendiri tempat Nabi Muhammad SAW menerima wahyu. 

8. Kaabah 

Kaabah

sumber : http://tasbihfatimahh.blogspot.com

Kaabah sememangnya tempat yang akan para jemaah pergi untuk tawaf disekelilingnya. Pembinaan pertama kaabah dilakukan oleh Nabi Adam a.s Allah s.w.t menyatakan dalam Al-Quran,Kaabah merupakan rumah Allah yang pertama dibina. Selepas itu,Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s membina semula Kaabah.

Lebar ukuran Kaabah diasaskan oleh Nabi Ibrahim a.s. adalah seperti berikut: ‘dinding Timur adakah 48 kaki dan 6 inci’ Dinding Hitam adalah 33 kaki’ Dinding antara Hajar Aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki’ Dinding Barat adalah 46.5 kaki. Selepas satu banjir kilat,Kaabah mengalami kerosakan dan dindingnya retak. Ia perlu dibina semula. Tugas ini dibahagikan antara antara empat puak Quraisy. Nabi Muhammad s.a.w turut membantu dalam usaha pembinaan semula ini. Peristiwa ini berlaku sebelum baginda diangkat menjadi Rasul.

9. Al Baik

Al Baik

sumber : https://travel.detik.com

Di Mekah, bertentangan dengan Luggage Locker 4, ada pusat membeli-belah. Di sini letaknya Al-Baik, makanan fast food yang khabarnya sangat popular tu. Kata orang , ayam goreng mereka lebih sedap berbanding KFC. Cuba lah sendiri kalau nak tahu. 

10. Kedai 2 Riyal ( Cenderamata)

Kedai 2 Riyal (

smber : https://msaadhamid.blogspot.com

Dalam 300m dari Masjidil Haram pintu King Fahd. Di kawasan belakang Clock Tower. Tempat lain pun ada juga tapi jauh sikit dari situ. Disini terdapat kedai 2 Riyal seperti di Malaysia kedai Eco RM2. Memang rugilah kalau tak datang ke sini kerana pelbagai cenderamata yang cantik dan menarik terdapat disini dengan harga 2 riyal sahaja. Selain cenderamata , tasbih ,minyak wangi dan pelbagai lagi ada disini. Anda pun boleh berjimat banyak. 

11. Menara Abraj Al-Bait

 Menara Abraj Al-Bait

Di Mekah juga terdapat bangunan yang tinggi dan gah setanding dengan bangunan-bangunan pencakar langit di negara barat. Dari jauh lagi anda akan melihat kemegahan gedung dan keindahan senibina bangunan ini yang sangat cantik. Bangunan ini terletak di Kota Mekah. 

12. Jamarat Bridge 

Jamarat Bridge

sumber : http://www.kapl-hajj.org

Jamarat Bridge di Arab Saudi adalah tempat yang harus dilihat tidak hanya untuk umat Islam tetapi juga bagi mereka yang termasuk agama lain karena memiliki tempat yang sangat signifikan dalam di antara tempat-tempat kunjungan menarik di Arab Saudi. Lihat gambar sahaja membuatkan kita teruja untuk ke sana. 

13. Thaif 

Thaif

Kota pegunungan sangat terkenal untuk mawar dan air mawar dan di musim semi bunga dan seluruh daerah ini mekar penuh. Taif adalah tempat yang sangat baik untuk trekking dan mendaki gunung. Jangan lepaskan peluang untuk melihat gunung-ganang dan pemandangan yang sangat cantik ini. 

14. Al-Lith 

 Al-Lith

sumber : Youtube

Al Lith adalah sebuah kota kecil sekitar 275km selatan dari Jeddah. Ini adalah pelabuhan keberangkatan untuk mengemudi Bank Farasan. Ini adalah tempat terbaik Arab Saudi, dengan bangkai kapal menakjubkan, air sangat jelas, dan kehidupan laut yang melimpah. Rugilah jika tidak berkunjung ke sini. 

15. Masjid Namira

Masjid ini cukup unik karena area depan masjid bukan wilayah Arafah. Sementara area tengah hingga belakang masjid merupakan wilayah Arafah. Masjid Namirah memiliki tiga kubah besar dan mampu menampung 350 ribu jamaah. Dahulu Nabi Muhammad SAW menunaikan ibadah salat zuhur dan ashar dalam kondisi jamak qasar di masjid ini pada waktu Haji Wada’. Masjid ini juga dijadikan tempat istirahat bagi jamaah ketika mereka melakukan perjalanan dari Mekkah menuju Arafah.

Masjid ini cukup unik karena area depan masjid bukan wilayah Arafah. Sementara area tengah hingga belakang masjid merupakan wilayah Arafah. Masjid Namirah memiliki tiga kubah besar dan mampu menampung 350 ribu jamaah. Dahulu Nabi Muhammad SAW menunaikan ibadah salat zuhur dan ashar dalam kondisi jamak qasar di masjid ini pada waktu Haji Wada’. Masjid ini juga dijadikan tempat istirahat bagi jamaah ketika mereka melakukan perjalanan dari Mekkah menuju Arafah.

Moga amal ibadat kita ketika menunaikan haji dan umrah akan diterima oleh Allah SWT. Kebanyakan tempat mempunyai keistimewaan masing-masing yang menceritakan tentang kentalnya Nabi Muhammad untuk berjuang memberi dakwah kepada manusia tentang Islam. Jadi , tugas kita sebagai umatnya untuk menjaga agama Islam dengan baik. 

Tempat menarik di sekitar madinah - Klik sini

1 Comment
  1. mr.globe says

    terima kasih untuk info yang diberikan

Leave A Reply

Your email address will not be published.