1. Nasi Lemak Saleha
Nasi Lemak Saleha bukanlah asing lagi bagi orang KL sebab nasi lemak nya sangat terkenal dengan keenakan sambal dan kelembutan nasi nya. Rugi rasa nya jika sesiapa yang tidak pernah mencuba. Harga juga murah dan kebiasaannya kedai ini akan sering ramai orang bila waktu pagi untuk bersarapan. Yelah orang kita ni asal breakast je nasi lemak.
Alamat: No. 8, Jln Seri Rejang 5, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap Hari (6.30 am – 12.00 am)
2. The Khan Mongolian Restaurant Halal Buffet BBQ Steamboat
Inginkan makanan steamboat dan grill di KL dengan harga yang murah ? Singgahlah ke Khan Mongolian Restaurant. Terdapat pelbagai lauk pauk yang segar dan sayur-sayuran disediakan. Seronok rasa nya jika boleh nikmati bersama yang tersayang kan.
Alamat: 1-36-PV 128, Off Jalan Genting Klang, Setapak, 53300 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap Hari (5.00 pm – 12.00 am)
3. Muhibbah Seafood
Muhibbah Seafood pula merupakan kedai masakan panas yang berasaskan makanan thai. Warga KL nak makan makanan pior thai, kunjung lah ke sini. Paling favourite adalah tomyam mereka. Sekali makan terasa berada di Bangkok.
Alamat: Jalan Seri Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 12.00 pm – 10.00 pm
4. Roti John Titiwangsa
Siapa tidak kenal dengan Roti John Titiwangsa yang tidak kedekut daging dan cheese ini. Memang kebiasaannya roti john ini akan dipenuhi orang dengan kelazatan dan harga yang murah yang ditawarkan. Terdapat 3 menu iaitu daging ayam dan tuna. Yang tuna tu anda harus cuba kerana mereka menawarkan rasa yang tiada di tempat lain .
Alamat: 199, Jalan Datuk Keramat, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap Hari (4.00 pm – 12.00 am)
5. Shell Out
Bagi pnggemar makanan shell out dan makanan laut, restoran Shell Out ini menawarkan anda pelbagai makanan laut yangs segar dan enak untuk dirasai. Harga mereka juga murah sampaikan makan tamabh berpinggan juga tidak sedar. Menu yang ditawarkan adalah blacpepper, garlic butter, kari dan lemon butter. Rugi rasanya jika anda tidak pernah mencuba makanan disini.
Alamat: Lot G-12, ground floor, G, 35, Jalan Desa Pandan, Desa Pandan, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 10.00 pm)
6. Restoran Golek-Golek
Merupakan salah satu restorang yang menawarkan masakan melayu tradisonal yang agak susah untuk didapati di Kuala Lumpur. Yang menariknya adalah rekabentuk restoran ini yang bertemakan rumah melayu asli/tradisional yang membuatkan pengunjung yang datang tidak terasa berada di Kuala Lumpur. Makan pula makanan melayu terasa berada di kampung. Menarik kan !
Alamat: Golek Golek Restaurant, Jalan Lingkaran Tengah 2, 53100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin (7.00 pm – 12.00 am) | Isnin (Tutup)
7. Sup Tulang Janda Baik
Bagi penggemar sup tulang pula, tidak lengkap rasa nya jika anda tidak pernah mencuba Sup Tulang Janda Baik ini kerana sup mereka sangat kaw ! Daging juga snagat lembut makan panas-panas dengan nasi memang umphhh ! Siapa je yang tak suka makan kan. Disini sering dipenuhi pengunjung jika tiba waktu lunch.
Alamat: Pudu, 50460 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
8. Restoran Patatimo
Tidak susah rasanya nak cari makanan Kelantan di Kuala Lumpur namun susah nak cari yang sedap dan ori dari Kelantan. Ini lah tempatnya dimana Restoran Patatimo ini menawarkan plebagai masakan dari patatimo iaitu nasi kerabu, nasi dagang, nasi berlauk dan macam-macam lagi. Bukan sahaja digemari perantau pantai timur bahkan orang KL dan negeri lain.
Alamat: D’Wangsa, 11, Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 7.30 am – 4.00 am
9. Kari Kepala Ikan Annuar
Melayu kita memang tak lari dari masakan mamak tapi Kari Kepala Ikan Annuar ini memang susah untuk dijumpai di restoran mamak yang lain. KAri kepala ikan mereka sangat kaw ! Sedap sangat, terasa seperti berada di Pulau Pinang pula. Anda harus cuba.
Alamat: Bangsar At the corner of Lorong Ara Kiri 3, Lucky Garden, Bangsar, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.30 am – 5.30 pm)
10. Mat Rock Ayam Goreng Kunyit
Ringkas dan sedap ! Ini saya boleh simpulkan dengan Mat Rock Ayam Goreng Kunyit. Dengan menu sebegini mendapat sambutan hanagt pengunjung dengan kesedapan makanan mereka.
Alamat: Ayam Goreng Kunyit Mat Rock Special, Jalan Kampung Pandan, Maluri, 55100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap Hari (11.00 am – 11.00 pm)
11. Go’Bang Maju Patin Tempoyak Sri Rampai
Nak masak ikan patin tempoyak sama dengan Temerloh ? Tak payah pergi jauh jika tiada masa memadai jika singgah ke Go'Bang Maju Tempoyak Sri Rampai ini. Pehh sedap gila jika dimakan dengan nasi panas. Ada budu dan ulam pula memang kaww !
Alamat: Setapak Jaya, 53300 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Selasa – Khamis (11.00 am – 7.00 pm) | Jumaat (10.30 am – 7.00 pm) | Sabtu, Ahad (11.00 am – 10.00 pm) | Isnin (Tutup)
12. Restoran Kaw’d (Kawd Ampang Waterfront)
Sekali-sekala bila sudah gaji terasa ingin makan steak daging yang lembut dan juciy ? Anda harus cuba makanan di Restoran Kaw'd ini dimana mereka menawarkan pelbagai masakan barat berasaskandaging seperti steak ,burger dan macam macam lagi ! Lihat gambar sahaja sudah melelh air liur.
Alamat: 46, Jalan Awf 3, Ampang Waterfront, 68000 Ampang, Selangor
Waktu Operasi: 5.00 pm – 1.30 am
13. RSMY Cheese Naan
Jika anda bukan penggemar Naan Cheese namun jika anda sudah try RSMY Naan Cheese ini membuatkan anda jatuh cinta dengannya. Ini kerana keenakan naan dan cheese yang bnayak bersama kuah daging atau ayam atau kambing nya membuatkan ia lebih menarik dari segi rasa. Satu rasa nya tidak cukup jadi kenapa tidak tambah lagi satu !
Alamat: 11&13, Jalan Medan Tuanku, Medan Tuanku, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (3.00 pm – 2.00 am) | Sabtu, Ahad (12.00 pm – 2.00 am)
14. Restoran Rebung Dato Chef Ismail
Siapa yang tidak kenal dengan Chef Ismail ? Satu Malaysia kenal chef ini dengan keenakan masakan nya sehingga menerbitkan buku masakan. Jika anda ke restoran beliau, memang berpinar mata nak makan apa sebab semua nya kelihatan enak dan lazat. Walaupun beliau cheff terkenal namun harga yang dikenakan ntuk makanan mereka tidak lah terlalu mahal bahkan berpatutan.
Alamat: 5-2 Cascade Parking, Jalan Bukit Aman, 1, Jalan Tanglin, Taman Botani Perdana, 50480 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap Hari (7.00 am – 10.00 pm)
15. Restoran Rosdet Tomyam
Terasa ingin makan makanan Thailand ? Singgah la ke Restoran Rosdet Tomyan dimana disini memberikan anda rasa yang membuatkan anda akan datang lagi. Sebenarnya kebanyakan rakyat Malaysia sudah terbiasa dengan makanan Thai, namun di Rosdet Tomyam ini menjanjikan anda makanan yang begitu lazat dan tomyam yang kaw !
Alamat: 5, 160, Jalan Abdul Rahman Idris, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap Hari (2.00 pm – 5.00 am)
Bagaimana dengan 15 Tempat Makan Syok di Kuala Lumpur itu ? Jangan ingat ke KL sahaja kena makan makanan mahal. Ada yang murah tapi kena pandai cari dan berani mencuba.