fbpx

13 Tempat Makan Menarik di Kota Bharu

Kali ini kita cuba untuk mendedahkan anda tentang 13 tempat makan menarik di Kota Bharu. Yang mana kita tahu Kelantan memang lubuk makanan yang sedap-sedap. Jom saya cadangkan port makan yang best di Kota Bharu. Ini berdasarkan pengalaman saya sebab saya sendiri telah mencuba nya. Jom kita lihat. 

1. Nasi Kerabu Liniey

nasi kerabu

Kelantan dan nasi kerabu memang tak boleh berpisah sebab disini lah muncul nya nasi kerabu. Malah bukan sahaja digemari orang Kelantan sahaja, namun orang Malaysia malah pelancong dari luar negara sahaja. Disini menyediakan nasi kerabu tumis ayam bakar, daging bakar , ikan dan kambing. Selain itu ada juga menyediakan makanan makanan yang lain seperti nasi berlauk nasi dagang. Terletak di jalan berek 12 Kota Bharu berhampiran dengan HRPZ. Tempat ini sering ramai orang diwaktu pagi terutama nya. Boleh dikatakan nasi kerabu yang tersedap di Kelantan. Korang patut berkunjung disini. 

2. Kopitiam Kita

kopitiam kita

Disini pula adalah tempat sarapan paling sempoi di mana macam macam ada dan yang special nya dalah Roti Titab mereka yang mengandungi telur separuh masak dan kaya pandan di penjuru roti. Roti yang dibuat dengan ramuan mereka sendiri amat membangkitkan selera pengunjung nya. Kueh mueh tradisional yang lain juga ada disini. Memang port wajib untuk sesiapa yang berkunjung ke Kelantan. 

3. Nasi Ulam Cikgu

Nasi Ulam Cikgu

Nasi Ulam Cikgu juga merupakan salah satu tempat yang agak best di mana disini ada menyediakan lauk pauk bertemakan kampung. Disini terdapat ulam ulaman yang pelbagai dan ada yang susah didapati zaman sekarang. Gulai ikan tempoyak bersama ikan keli dan budu sewajib nya. Aduhhh menaip sahaja susah membuatkan saya lapar dan ingin segera ke sana. Yang pasti harga sangat lah murah. Jangan lupa ye jika ke Kota Bharu harus singgah ke sini.

4. Pasar Siti Khadijah

PasarSK

Port paling tersohor di Kelantan. Pasar Siti Khadijah terdapat pelbagai yang dijual seperti kueh mueh, makanan yang susah didapati, pakai pakaian dan macam macam lagi. Disini masih terdapat warga emas yang masih menjual untuk kelangsungan hidup dan ada yang anak anak sudah bejaya namun masih ingin menjual kerana bosan di rumah. Anda wajib datang ke sini untuk melihat kepelbagaian barang yang dijual. Benda rare pun ada. Nak tahu apa yang rare haaa kena lah datang sendiri. 

5. Yati Ayam Percik

Yati Ayam Percik

Yati ayam percik memang menjadi kegemaran saya. Berbaloi untuk setiap kali ingin membeli kena beratur panjang. Rasa yang sangat enak dan makan bersama nasi yang panas. Memang terangkat ! Waze sahaja Yatie Ayam Percik ini sudah pasti akan membawa anda ke destinasi. Ayam percik mereka ini memang akan cepat jika anda pergi terlalu lambat. 

6. Warung Pak Mat Pulau Pisang

Warung Pak Mat Pulau Pisang

Sesiapa yang sukakan makanan yang manis, boleh lag ke warung Pak Mat Pulau Pisang ini sebab disini ada menu istimewa merka iaitu Teh Ais Madu dan yang baru ialah aiskrim teh mereka. Saya sudah cuba. Sangat sedap. Malahan disini jug aterdapat makanan tengah hari seperti sup kepala ikan dan nasi berlauk. Recommended !  

7. Pantai Cahaya Bulan

Pantai Cahaya Bulan

Siapa yang tak kenal dengan Pantai Cahaya Bulan ? Tempat yang sering dkunjungi pelancong. Disini ada pelbagai makanan yang boleh disantap sambil menikmati keindahakan pantai. Anda boleh mencuba di deretan kedai di depan kedai tersebut seperti lokcing, ikan celup tepung maggi belut, air kelapa dan macam macam lagi. Namun, harus berhati hati juga ye sebab ada yang mengenakan caj yang tidak sepatut nya kepada pelancong luar. Harus tanya betul betul dulu harga kepada mereka. 

8. KST Ikan Bakar Wakaf Che Yeh

kst

Bagi penggemar ikan bakar, disini adalah tempat yang sesuai untuk anda menjamah selera dimana anda boleh memlilih ikan segar yang anda suka, cara bagaimana yang anda mahu dan memesan pelbagai lagi menu menarik seperti tomyam seafood. Sanagt sedap ya tuan tuan. Saya berani mengatakan sedemikian kerana saya sudah mencubanya. Pelbagai ulam ulaman juga disediakan. KST ikan bakar ini sebenarnya mempunyai banyak cawangan. Jadi anda boleh saja memilih dimana tempat yang anda suka. 

9. Alemy Maggi Ketam

maggi ketam

Nahhh ini juga kegemaran saya. Maggi Ketam yang disediakan sampai tertutup claypot nya dengan ketam yang besar dan segar. Harga memang murah. Disini kebiasaan nya memang ramai orang. Anda harus cuba sendiri untuk merasai kenikmatan dan kemanisan ketam mereka. Jangan lupa ye !

10. Pok Loh Milo Tunggeng

Pok Loh Milo Tunggeng

Kedai ini dinamakan Pok LOh Milo Tunggeng kerana disini menyediakan milo ais kemudian di diberi pula milo extra diatas minuman tersebut. Bukan milo ais sahaja ye disediakan disini. Sudah pasti nya ada menu yang lain seperti nasi berlauk ikan, nasi kerabu, kueh mueh dan macam macam lagi. Harga memang snagat murah. Sebab itu orang kata Kelantan mempunyai pelbagai makan yang sedap dan murah. Malahan pelancong juga terkejut melihat harga makanan di Kelantan. Adakah mereke mempunyai untung dengan harga sedemikian ? InsyaaAllah ada. 

11. Lido Corner

Lido Corner

Lido Corner menyediakan makanan tengahari seperti daging atau ayam bakar bersama pencicah istimewa dan sup daging bersama nasi putih. Terletak di sebelah Sungai Kelantan. Makanan disini juga mempunyai penggemarnya tersendiri. 

12. KB Burger Bakar

burger bakar

Ingin mengubah selera dan rasa ingin makan makanan barat pula ? KB Burger Bakar adalah tempat yang sesuai untuk anda dimana disini ada pelbagai menu barat yang istimewa.. Dan yang paling istimewa adalah daging burger yang dibuat sendiri dan mereka bakar daging tersebut. Sangat sedap dengan kombinasi cheese dan roti yang lembut. Harga sangat berpatutan dengan saiz burger mereka beri. 

13. Nasi Kukus Abe Mie

nasi kukus

Nasi Kukus Abe Mie adalah salah satu kegemaran orang Kota Bharu dan kawasan ynag berdekatan. Waktu peak ramai orang disini ialah waktu tengah hari dimana pengunjung kluar rehat. Harga dengan rm5.50 sebungkus sangat berpatutan. 

Macam mana dengan 13 tempat makan yang menarik di Kota Bharu ? Sebenarnya banyak lagi tempat makan yang best disekitar Kelantan ini. Nanti saya akan kongsikan lagi didala artikel yang lain. Selamat melancong !

Leave A Reply

Your email address will not be published.