Kali ini kita lihat 7 Tempat Makan Best di Perlis 2020. Seperti yang kita tahu, Perlis adalah negeri yang paling kecil di Malaysia. Namun suasana di Perlis sangat menyamankan dan sesiapa yang mahu lari dari kesibukan kota, bolehlah rancang percutian ke Perlis. Disini juga mempunyai banyak tarikan mereka tersendiri.
1. Mona Ikan Bakar Kuala Perlis
Kak Mona Ikan Bakar amat terkenal di kalangan penggemar Ikan bakar di Perlis. Kedai deretan di tepi pantai sangat menyamankan sambil bersantai. Kedai ini sangat dekat dengan jeti Kuala Perlis. Maka tidak hairan lah sini sering menjadi tumpuan pelancong selain mempunyai juadah yang enak. Masjid Terapung Kuala Perlis juga sangat dekat dengan kedai Kak Mona.
2. Bihun Sup Cherry Corner Kuala Perlis
Bagi pelajar yang pernah bermastautin di Perlis selama 4 tahun, tempat ini menjadi kegemaran saya dan rakan-rakan yang lain. Bihun sup yang cukup terkenal di Kuala Perlis bahkan pelancong luar jga sering ke sini utuk menikmati Bihun Sup disini. Ada yang datang dari Perak , Penang dan Kedah kerana disni juga terdapat laksa versi Perlis dan cendol kuah santan yang sangat lemak berkrim. Memang rugi kalau tak cuba.
3. Restoran Kak Su Laksa Beras
Disni juga salah satu tempat favourite saya. Agak jauh dari tepi pantai namun sering dikunjungi pelanggan. Laksa beras ini mempunyai rasa yang berbeza dengan kedai lain. Kuah nya yang pekat dan enak amat membangkitkan selera. Tidak terlalu pedas dan laksa yang tidak begitu kenyal.
4. Nasi Kandar Yasmeen
Jangan tak tahu di Perlis juga ada nasi kandar bukan di Penang sahaja. Bagi yang susah ke Penang, cukup lah sekadar makan nasi kandar disini kerana ia sama sedap dengan nasi kandar Penang. Sama guarantee sebab saya pernah makan di sini. Terletak di Pekan Arau dan sering menjadi tumpuan pekerja dan pelajar UniMAP dan Uitm Arau.
5. Restoran Anjung Keli
Manakala jika hendak makan tengah hari yang mempunyai pelbagai juadah lauk pauk, harus lah ke Anjung Keli kerana disini mempunyai ramai pelanggan yang mempunyai pelbagai latar belakang. Terdapat pelbagai lauk seperti Ikan PAtin tempoyak, ikan keli goreng, sambal mangga , ulam ulaman, budu dan macam macam kerabu.
6. Mai Cafe Herbal Kopitiam
Mai Cafe pula adalah salah satu kafe yang menyediakan makanan barat. Disni terkenal dengan menu Chicken ChopCheezy Chicken, Grilled Beef Steak, Chichken Grilled, Mixed Grilled, Mushroom Soup, dan Fried Fish.Mereka juga ada memperkenalkan menu baru mereka iaitu Nasi Arab. Tempat yang sangat santai untuk makan dan disini juga salah satu kafe yang menyediakan menu yang sedap.
7. Hannah Cookies
Hannah Cookies pula adalah salah satu kafe yang menyediakan menu seperti Kek cheese, kek coklat , strwaberry dan bermacam jenis kek bersama air blend seperti air buah yang diblend dan air coklat. Malah bukan itu sahaja, Hannah Cookies juga menyediakan masakan barat sperti Cheesy Macaroni, Spagetti Carbonara dan Tomyam. Tempat ini saya jamin mempunyai makanan yang enak. Jangan lupa untuk singgah ke sini ye. Waktu operasi dari petang hingga ke malam.
8. Ana Burger D'Cafe
Ana Burger juga salah satu kae yang menyediakan makanan barat dimana ia terkenal degan burger keju yang mempunyai banyak lapisan seperti dalam gambar. Anda boleh pilih berapa lapisan yang anda mahu. Daging burger yang sangat lembut dan terdapat cheese dalam daging tersebut mungkin membuatkan kedai ini sering dikunjungi pengunjung. Setiap malam memang akan ramai disini. Jika kesini jangan lupa pesan bebola daging mereka. Aduhh taip sahaja boleh mengingatkan saya tentang keenakannya. Bebola daging ikea pun tak boleh lawan eh.
9. Restoran Suri Masakan Melayu Asli
Disini pengunjung boleh mendapati pelbagai masakan melayu seperti Gulai ikan tongkol, ikan patin tempoyak, asam pedas, dan macam macam lagi. Ulam ulaman juga disediakan bersama sambal belacan persis seperti makanan melayu zaman zaman dahulu. Bagi yang tekak melayu, kedai ini sesuai untuk anda singgah menjamu selera kerana lauk pauk yang disediakan sangat sedap belaka.
10. Warung Tepi Sawah
Dengan menikmati pemandangan yang sebegini indah, membuatkan anda terasa sangat nyaman dan tenang. Warung tepi sawah menyediakan makanan pagi seperti roti canai bersama kuah kari ikan, mee keuh teow goreng dan nasi lemak. Waktu pagi sering dikunjungi pelanggan sambil menikmati keindahan pagi. Sayang nya waktu saya belajar dulu kedai ini belum wujud lagi. Warung ini baru sahaja dibuka sebenarnya sekitar 2019.
Macam mana dengan 10 Tempat Makan Best di Perlis ? Lepas tengok artikel ini bolehlah lah rancang dengan keluarga ke Perlis. Bagi mak mak sila ke Padang Besar sebab kat sana macam yang anda boleh beli dengan harga yang murah. Jangan lupa singgah makan tomyam di deretan kedai di Padang Besar.