fbpx

9 Resepi Masakan Daging Yang Mudah Dan Lazat

Masih bingung daging mahu masak dengan resepi apa ?

Sebenarnya daging boleh dimasak dengan banyak cara kerana kelazatannya sangat luar biasa. 

Kalau musim raya haji lagi meriah, mesti banyak daging korban yang tersimpan didalam peti sampai tidak tahu nak masak dengan resepi apa.

Oleh itu, saya kongsikan 9 resepi masakan daging yang sangat mudah dan lazat untuk anda variasikan masakan anda kepada yang tersayang.

  1. Daging Masak Hitam

Resepi Daging

Bahan-bahan :

  • 600-800g daging, anggaran (dipotong nipis)
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • Sedikit gula
  • Sedikit garam jika perlu
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang

Bahan untuk perapan daging:

  • 6-7 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap manis

Bahan-bahan (untuk dikisar):

(*semua bahan-bahan yg ini perlu di goreng dahulu tanpa myk hingga layu sebelum dikisar)

  • Cili kering (anggaran segenggam-ikut kepedasan masing2)
  • 12-15 biji bawang merah
  • 5-7 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Cara Penyediaannya:

  1. Daging tadi dipotong nipis dan diperap dahulu selama 30 minit dengan bahan perapan daging.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan bahan-bahan yg telah dikisar tadi. Masak sehingga pecah minyak kemudian masukkan pula daging yang telah diperap tadi.
  4. Kacau sebentar kemudian masukkan air asam jawa dan sedikit air.
  5. Masakkan sehingga kuah agak pekat dan perasakannya dengan sedikit gula. Garam boleh ditambah jika perlu.

Kredit: Kholiff by bonda

2. Daging Masak Tomyam

Resepi Daging

Bahan-bahan :

  • 600-800g daging, anggaran (dipotong nipis)
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • Sedikit gula
  • Sedikit garam jika perlu
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang

Bahan (untuk perapan daging):

  • 6-7 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap manis
  • Bahan-bahan untuk dikisar halus:
  • (*semua bahan-bahan yg ini perlu di goreng dahulu tanpa myk hingga layu sebelum dikisar)
  • Cili kering (anggaran segenggam-ikut kepedasan masing2)
  • 12-15 biji bawang merah
  • 5-7 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Cara Penyediaannya:

  1. Daging tadi dipotong nipis dan diperap dahulu selama 30 minit dengan bahan perapan daging.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan bahan-bahan yg telah dikisar tadi. Masak sehingga pecah minyak kemudian masukkan pula daging yang telah diperap tadi.
  4. Kacau sebentar kemudian masukkan air asam jawa dan sedikit air.
  5. Masakkan sehingga kuah agak pekat dan perasakannya dengan sedikit gula. Garam boleh ditambah jika perlu.

Kredit: Kholiff by bonda

3. Daging Salai Masak Lemak Cili Padi

Resepi Daging

Bahan-Bahan:

  • 1 kg daging salai
  • 15 biji belimbing buluh
  • 4 batang serai dititik
  • Semangkuk santan segar
  • 3 keping asam gelugor
Bahan (untuk dikisar):
  • 4 ulas bawang merah
  • Segenggam cili padi kampung (lebih pun boleh)
  • 1 inci belacan
  • 1 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup

Cara Penyediaannya:

  1. Masukkan kesemua bahan kisar kedalam periuk berserta daging salai dan renih sebentar sambil digaul dengan sudip
  2. Tuangkan santan kedalam periuk bersama serai dan asam keping. Sentiasa kacau
  3. Bubuh garam dan serbuk perasa jika suka
  4. Apabila mendidih, masukkan pula belimbing dan kacau rata. Masak diatas api perlahan sehingga belimbing lembut

4. Daging Masak Merah ala Thai

Resepi Daging

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg daging lembu - rebus empuk dg pewarna merah
  • 2 ulas bawang putih - ketuk
  • 1 labu bawang besar - hiris
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan thai
  • 1/4 cawan sos tomato
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Kacang panjang - jika suka
  • Daun sup/daun bawang
  • 1 biji cili capsicum
  • 1 cili merah

Cara Penyediaannya:

  1. Rebus daging dengan sedikit pewarna merah hingga empuk. Di dalam kuali, panaskan minyak dan goreng dahulu daging hingga kuning sedikit. Ketepikan.
  2. Daging Masak Merah Ala Thai Yang Sedap
  3. Tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan cili giling. Kacau sehingga cili betul betul garing dan bolehlah di masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
  4. Masukkan pula daging tadi, cili capsicum, bawang besar serta cili merah yang di hiris dan kacau. Perasakan dengan garam dan gula. Tabur daun sup di atas dan hidangkan dengan nasi putih.

Oleh: Azie Kitchen

5. Daging Air Asam

Resepi Daging

Bahan-bahan:

  • 1/2 kilo daging (potong kpd beberapa bhgian dan rebus empuk-ambil air rebusan dlm 1/2 cawan)
  • *4 biji cili masak
  • *10 @15 tangkai cilipadi
  • *1 mangkuk kecik air asam jawa
  • *belacan 1/2 ibu jari
  • *garam,gula n perasa
  • 1 biji tomato-belah 4 & hiris
  • 1 biji bwng besar-belah 4'& hiris
  • 1 biji cili masak-hiris
  • 3@4 biji cilipadi-hiris
  • 3 biji limau kasturi-belah 2 buang biji
  • 2 sudu besar kerisik

Cara Penyediaanya:

  1. Hiris nipis daging yang siap dipotong
  2. Mesin bahan bertanda * dan air rebusan daging
  3. Masukkan dlm mangkuk dan campur semua bhn hiris, kerisik dan perahkan limau kasturi
  4. Masukkan kulit limau sekali n kacau rata
  5. Balancekan rasa masam manis n masinnya..

Selamat mencuba:)

credit : Mazliza Ahmad‎

6. Daging Bistik

Resepi Daging

Bahan-bahan:

  • 500 g daging batang pinang
  • 400 g ubi kentang, dikiub 2 cm (kurang lebih 4 biji, boleh kurangkan kalau suka)
  • 4 camca besar tepung gandum
  • 4 camca besar margerine
  • 3 camca besar minyak masak
  • 1 camca teh lada hitam biji, ditumbuk halus
  • 4 cm kulit kayu manis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Kacang pis, untuk hiasan-xletak gak..xde

Bahan (untuk kuah) :

  • 200 ml air (mat lebih kan sikit)
  • 120 ml sos tomato
  • 2 camca besar cili kisar
  • 1 camca besar tomato puree
  • 1 kiub stok daging (optional)

Bahan (untuk dikisar):

  • 1 biji bawang besar
  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih

Cara Penyediaannya:

  1. Daging dipotong kiub, cuci bersih, toskan dan lap dengan paper towel hingga kering. Gaul daging tadi bersama tepung, lada hitam tumbuk dan garam. Perap 30 minit dalam peti sejuk.
  2. Dalam kuali, panaskan minyak + margerine hingga cair. Goreng daging tadi hingga perang. Angkat dan ketepikan. Dalam kuali yang sama, masukkan kayu manis dan bahan kisar, tumis hingga harum. Masukkan kentang dan kacau rata. Tuang air dan masak hingga kentang 1/2 empuk.
  3. Masukkan daging dan semua bahan2 kuah. Kacau rata dan tutup kuali dan masak dengan api perlahan hingga kentang empuk (tambah sedikit lagi air jika perlu). Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  4. Hidangkan dengan menabur kacang pis sebagai hiasan. Sedap dimakan bersama roti dan nasi.

Selamat Mencuba:)

7. Asam Tumis Daging

Bahan-bahan:

  • 500 gram daging dihiris ikut suka
  • 20 tangkai cili kering dikisar
  • 5 biji bawang merah dikisar
  • 2 biji bawang putih dikisar
  • 1/2 halia dikisar
  • 1/2 kunyit hidup dikisar
  • sedikit belacan dikisar
  • 3 batang serai dititik
  • 1 cekak daun kesum dilurut dari tangkainya
  • 2 kuntum bunga kantan dibelah 2
  • 1 mangkuk kecil air asam jawa (jangan pekat sangat)
  • garam dan gula secukupnya

Cara Penyediaannya:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar bersama serai yang dititik hingga naik bau dan pecah minyak. Saya suka tumis lama dan sering dikacau supaya cantik tumisannya.

2. Masukkan garam dan gula secukupnya. Kacau sebati.

3. Tambahkan dengan hirisan daging. Gaulkan dengan bahan tumis tadi dan tutup periuk. Kacau sekejap-sekejap.

4. Bila air daging telah kering, tambahkan dengan air ikut suka banyak mana kuah yang kita mahu.

5. Bila kuah telah menggelegak, tambahkan dengan air asam pula. Masak lagi hingga daging empuk.

6. Tambahkan dengan daun kecum dan bunga kantan. Kalau suka boleh masukkan bunga kantan setelah menambahkan air asam ke dalam masakan.

7. Biar di atas api seketika dan boleh dihidangkan

8. Daging Palembang

Resepi Daging

Bahan-bahan:

  • 700 gram daging – potong lebar dan nipis
  • 2 batang serai – dititik
  • 500ml santan pekat
  • 1 cawan kicap lemak manis Cap Kipas Udang
  • 1 sudu besar sos tiram minyak

Bahan (untuk dikisar):

  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 3 cm lengkuas
  • 15 biji cili kering

Rempah untuk menumis:

  • 3 cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga

Cara Penyediaannya:

  1. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar, bahan penumis bersama serai sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga keluar air daging dan biarkan seketika.
  3. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Biarkan masak hingga daging mula empuk.
  4. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat. Sesuaikan rasa.
  5. Hidangkan.

9. Daging Masak Halia

Resepi Daging

Bahan-bahan:

  • daging yang di rebus lembut dan di potong nipis-nipis (1 mangkuk)
  • 4-5 biji bawang putih (potong kecil)
  • 4 inci halia (hiris kecil memanjang) - macam batang mancis
  • 1.5 biji bawang besar (hiris kasar)
  • 1/3 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2-3 sudu teh kicap manis
  • sedikit sos tiram
  • - sedikit minyak bijan
  • sedikit sos sotong thai
  • 3/4 cawan -1 cawan air
  • tepung jagung 1/2 sudu makan (bancuh tepung jagung nie dengan air di atas)
  • 2 pokok daun bawang potong kasar
  • kacang panjang (3-4 batang- potong panjang-panjang)
  • cili padi (3-5 biji)

Cara Penyediaannya:

  1. tumis bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan daging dan gaul sebati.
  2. masukkan semua bahan kecuali bawang besar, daun bawang, cili padi, kacang panjang
  3. sebatikan kuahnya, then masukkan bawang besar. rasakan garamnya.
  4. akhir sekali masukkan kacang panjang. Kemudiaan daun bawang, Terus matikan api.
  5. masak dengan api besar, dan masak dengan cepat
Leave A Reply

Your email address will not be published.