Bagi anda yang inginkan resepi ayam yang mudah, cepat dan lazat, anda harus melihat resepi ini kerana ia sangat mudah disediakan bahkan sedap. Mungkin anda seorang yang bekerjaya dan ingin mengejar masa untuk memasak. Kebanyakan resepi ini sudah viral dan menjadi kesukaan ramai. Nak tahu apa, mari kita lihat.
Sup Ayam
Bahan bahan:
1/2 ekor ayam - 600 gram
1 paket 24 gram Rempah Sup Adabi
2 biji ubi kentang
1/2 batang karot
2 batang saderi
1/2 sudu besar garam atau secukup rasa
6 gelas air
Sedikit minyak
Bahan Tumbuk:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan hias:
Daun sup
Bawang goreng
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi dan kekuningan.
Masukkan 6 gelas air atau secukupnya. Masukkan ubi kentang. Masakkan seketika sebelum dimasukkan karot. Masak sehingga ubi kentang empuk.
Masukkan ayam dan rempah sup yang dibancuh dengan segelas air. Nota: jika menggunakan daging, masukkan daging bersama ubi kentang kerana daging lambat empuk.
Setelah ayam hampir masak, masukkan batang saderi. Akhir sekali, masukkan garam dan sedikit daun sup.
Sebelum dihidangkan, tabur bawang goreng dan sedikit lagi daun sup. Selamat mencuba.
Credit : Resepi dari Azie Kitchen
Ayam Goreng Lemon
LEMON CHICKEN CHINESE STYLE
Bahan-bahan :
1 keping dada ayam
1 sudu kicap cair
garam
lada sulah
1 biji telur
3 sudu tepung jagung
Gaulkan semua bahan ni hingga sebati dan goreng. dah goreng ketepikan
Bahan Sos
1 sudu minyak
1 cawan stok ayam
1/4 cawan jus lemon
2 sudu gula
2 keping lemon
Bancuhan tepung (tepung jagung + air)
Panaskan minyak, masukkan stok ayam, jus lemon, gula dan hirisan lemon.Kalau dah cukup rasa keluarkan lemon masukkan bancuhan tepung tadi sikit2 sampai dapat kepekatan yang anda nak. Biarkan kuah memekat then masukkan ayam. Gaul sampai semua tersalut
Angkat dan taburkan hirisan daun bawang dan bijan yang dah disangai. Ayam yang dah dipotong dadu. Masukkan kicap kemudian gaul rata. Masukkan serbuk lada. Kemudian Masukkan garam dan gaul rata. masukkan telur pastikan semua sebati ye.
Masukkan tepung jagung. Gaul semua supaya ayam tersalut dengan tepung tadi.. Biarkan sekejap.
Sos :
Panaskan sedikit minyak, masukkan stok ayam. kemudian masukkan perahan jus lemon. Masukkan 2 keping hirisan lemon. Masukkan gula dan sedikit bancuhan air tepung jagung. Biarkan kuah pekat dan kemudian masukkan ayam tadi. Bila dah pekat masukkan ayam yang digoreng tadi... Gaul rata k.. Ada certain orang dia just tuang kuah atas ayam ni ja tapi aida suka masukkan ayam dlm kuah.. biar semua kuah tu tersalut sebati dengan ayam.
Taburkan daun bawang dan biji bijan yang telah disangai.
Ayam Goreng Cili Padi
8 biji bawang merah kecil (wajib)
4 ulas bawang putih
8 tangkai cili padi (nak pedas boleh tambah)
1 sudu kecil garam (untuk perap ayam)
2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam (untuk cilipadi)
Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
Cara-cara
Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga garing.
Hiris bawang merah kecil dan bawang putih.Tumbuk kasar cili padi bersama garam.
Panaskan sedikit minyak untuk menumis. Masukkan bawang merah dan putih. Masak hingga layu.
Masukkan cili padi tumbuk dan kacau goreng.
Bila dah garing sikit bawang cili, masukkan ayam goreng tadi. Besarkan api dan gaul rata ayam. Bawang cili tadi akan jadi kering dan garing. Boleh tutup api. Siap.
Tips 1 :Garam cukup dalam ayam dan cili padi tadi. Jadi tak perlu tambah lagi masa menumis.Credit : Nabila Razali
Ayam Goreng Rangup & Sedap
Bahan-bahan:
2 sudu serbuk cili atau chilli flakes
10 ulas bawang putih ditumbuk
1 sudu lada hitam
1 sudu lada sulah
1 sudu serbuk secukup rasa
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil soda bikarbonate
2 sudu sebuk kari ikan **kari ayam abis.bantai kari ikan pun ok
1 sùdu cuka ( utk ayam juicy di dalam rangup di luar)
gaul rata bahan perap
perap 30 minit
Tepung goreng :
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil garan
1 sudu kecil soda bikarbonat
*Gaul ayam pada tepung
Biarkan minyak panas terlebih dahulu. Goreng guna deep fry.
Ayam Goreng Berempah
Bahan-Bahan:
- 1 ekor ayam
- 3 sudu besar rempah kari daging
- 2 sudu besar serbuk cili
- 2 sudu besar serbuk kunyit
- 2 sudu besar serbuk ketumbar*
- 1 sudu besar jintan manis*
- 1 sudu besar serbuk jintan putih*
- 5 batang serai, potong panjang 1 inci dan tumbuk halus
- garam secukup rasa
- 5 tangkai daun kari
Bahan-bahan untuk kisar halus:
- 6 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
- 3 inci halia
Cara Penyediaan:
- Bersihkan ayam dan toskan.
- Untuk bahan bertanda (*), kalau tak ada serbuk boleh guna yang biji dan kisar halus bersama bahan-bahan lain.
- Gaul ayam bersama kesemua bahan termasuk bahan kisar halus. Perap selama minimum satu jam. Lagi lama diperap lagi sedap rasa ayam.
- Panaskan minyak dan goreng ayam di atas api sederhana sehingga masak.
Tips:
- Kalau nak pastikan ayam masak dengan sempurna, semasa menggoreng ayam tutup kuali dengan penutup seketika. sehingga masak.
- Goreng di atas api sederhana kerana jika api kuat nanti ayam masak hitam di luar tetapi di dalamnya masih mentah.
Credit : Resepi Che Nom
Mudah dan cepat bukan 5 Resepi Ayam yang Mudah, Cepat dan Lazat itu. Pasti dapat membangkitkan selera anda. Jangan risau nanti kami akan sajikan pelbagai resepi yang mudah untuk anda cuba. Stay tuned !