fbpx

10 Tempat Menarik di Sungai Petani

Jelajah Kedah pula ? Mari kita lihat 10 Tempat Menarik di Sungai Petani dimana ia adalah salah satu bandar yang agak besar dan mempunyai pelbagai tarikan seperti Alor Setar. Makanan disini juga tidak kurang hebatnya. Nak tahu dimana tempat menarik di Sungai Petani ? Baca artikel ini sampai habis. 

1. Pantai Merdeka

Pantai Merdeka

Orang Sungai Petani mungkin dah biasa ke Pantai Merdeka untuk beriadah dan bersantai sambil menikmati coconut shake dibawah pokok kelapa. Pantai Merdeka sangat popular dikalangan rakyat Kedah kerana angin nya yang sepoi-sepoi dan sesuai untuk kanak-kanak mandi. Maka tidak hairanlah jika setiap hujung minggu, pantai ini dipenuhi pengunjung. Bab makanan jangan risau kerana disini akan ada banyak orang yang menjual di tepi jalan. 

2. Damai Park Resort

Damai Park Resort

Anda ingin melepaskan stress selepas penat bekerja. Sememangnya dengan melihat tumbuhan hijau akan sedikit sebanyak membuatkan anda merasa tenang. Damai Park Resort adalag tempat yang sesuai untuk anda menikmati alam flora dan fauna sambil bermandi manda dengan air sungai yang sejuk. Bunyi saja sudah menyeronokkan. Harga resort ini juga berpatutan. Terletak lebih kurang 20km dari Bandar Sungai Petani.  

3. Muzium Paya Bakau

Muzium Paya Bakau

Ingin menambah pengetahuan ? Berminat tentang pokok paya bakau? Sungai Petani memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat sendiri asal-usul pokok paya bakau ini dan yang lebih menarik adalah muzium ini terletak di antara pokok paya bakau. Menarik bukan. 

4. Sungai Merbok

Sungai Merbok

Kebanyakan pengunjung boleh menaiki bot menyusuri sepanjang Sungai Merbok untuk melihat sendiri keunikan tumbuh-tumbuhan disini. Kebiasaan nya anda juga akan berjumpa dengan bermacam jenis burung, monyet, memerang dan macam-macam lagi. Jika dijadikan port untuk memancing udang pun best juga ni. 

5. Air Terjun Tupah

Air Terjun Tupah

Mencari temoat bersantai di hujung minggu ? Anda boleh singgah ke Air Terjun Tupah dimana disini mempunyai air yang sangat jernih dan bersih. Malah, anda juga boleh berkhemah disini sambil berbbq bersama rakan-rakan mahupun keluarga. Bagi sesiapa yang sukakan alam semulajadi. Ini adalah tempat yang sesuai untuk anda. Namun, ia terletak jauh sedikit dari Bandar Sungai Petani. 

6. The Carnivall Waterpark

The Carnivall Waterpark

Nak ke Sunway Lagoon jauh pula. Eh di Sungai Petani juga ada taman tema air lah ! Dengan harga yang murah, anda boleh membawa anak-anak anda ke sini untuk bermandi manda dan berseronok. Namun, disini mungkin sesuai untuk aktiviti kanak-kanak sahaja kerana permainan disini mungkin tidak se-ekstrem seperti Lost World of Tambun dan Sunway Lagoon.

7. Semeling Street Art

Semeling Street Art

Bagi sesiapa yang sukakan bergambar pula, anda tidak perlu ke Penang untuk bergambar di street art. Di Semeling Street Art juga anda boleh ber OOTD bersama rakan-rakan. Lukisan disnin juga agak unik dan nampak hidup. 

8. Tanjung Dawai

Tanjung Dawai

Anda suka lepak di tepi pantai sambil menikmati ikan bakar ? Saya cadangkan anda singgah ke Tanjung Dawai kerana disini mempunyai deretan kedai yang menjual di tepi pantai. Memang ngam la makan sambil layan angin pantai. 

9. Gunung Jerai

Gunung Jerai

Kepada sesiapa yang sukakan cuaca yang sejuk tapi malas untuk drive ke Cameron ? Anda boleh mencuba untuk singgah di Gunung Jerai dimana disini anda boleh menikmati angin yang sejuk dan pemandangan yang indah. Di sini juga terdapat resort yang anda boleh menginap dan cafe di dalam taman bunga yang sangat indah. Rugi rasanya jika tidak pernah singgah ke sini. 

10. Chalet Terapung  Segantang Garam

Chalet Terapung  Segantang Garam

Chalet Terapung Segantang Garam ini juga sering mnejadi buah mulut rakyat Malaysia yang pernah melancong di Sungai Petani. Ini kerana keunikan chalet ini sendiri dan harga yang ditawarkan amat berpatutan. Anda boleh merasai tidur di atas air sambil menikmati angin pantai mrmbuatkan anda lupa tentang kesibukan kota.  

Dengan 10 Tempat Menarik di Sungai Petani itu dapat memberi manfaat kepada anda untuk melancong di Sungai Petani. Jadi lepas ini jika ke Sungai Petani, tidak perlulah pening nak ke mana kan. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.