fbpx

10 Tempat Menarik di Pekan

Mari lihat pula 10 Tempat Menarik di Pekan Pahang. Pahang ini satu negeri yang luas dan sudah pasti terdapat banyak tempat yang menarik di setiap daerahnya termasuk Pekan. Siti Nurhaliza berasal di Pekan Pahang tau. Hehe saja selit. Nak tahu dimana tempat yang best jom kita lihat. 

Muzium Masjid Sultan Abdullah

Muzium Masjid Sultan Abdullah

Masjid yang sangat cantik bahkan ia juga adalah satu muzium. Macam mana tu ? Disini anda boleh melihat pelbagai barangan antik sebelum masjid Sultan Abdullah ini didirikan. Asal usul masjid ini, sejarah tentang pembangunan masjid ini dan macam-macam lagi. Sangat tenang bila solat di masjid ini. Jadi , jika sudah ke Pekan, singgahlah di Masjid Sultan Abdullah ini. 

Tasik Chini

Tasik Chini

Tasik Chini yang terkenal dengan lagenda kemunculan naga ini sering dikunjungi orang kerana tasik yang besar dan cantik. Malah orang memancing disini sentiasa ada. Jika anda nak round sekitar tasik ini, anda boleh mengupah orang tempatan yang mempunyai bot untuk membawa anda melihat pemandangan sekitar. 

Pekan Riverfront

pekan riverfront

Pekan Riverfront pula adalah salah satu tempat bersantai melihat sungai disini. Kebiasaan tenpat ini juga dijadikan sebagai tempat riadah dan bersantai pada petang hari. Terdapat juga gerai jualan makanan ringan. Bolehlah anda bergambar sepuasnya disini untuk kenang kenangan.

Watercraft Gallery

2

Ingin melihat bagaimana sampan dan perahu dibuat ? Anda harus singgah ke Watercraft Gallery dimana  mereka mendedahkan anda asal usul sampan yang dibuat dan cara proses membuatnya. Pelancong asing sangat kagum dengan idea kreatif orang melayu yanh berhasil buat sampan dari saiz kecik hinggal kapal belayar yang besar. Bahkan mereka menjadikan kapal orang Melayu sebagai idea untuk membuat kapal mereka. 

Pantai Air Leleh

JAD_4932

Di Pekan jiga terdapat kawasan pantai yang membolehkan anda bersantai dan bermandi manda iaitu di Pantai Leleh. Kebiasaannya terdapat pengunjung yang bermain layang layang disini. 

Ancasa Royale

Ancasa Royale

Jika anda mencari hotel yang murah dan menjanjikan pengalaman yang best  amda harus check in di Ancasa Hotel. Hotel mereka menghadap sungai Pahang malah terdapat juga swimming pool yang disediakan. Terdapat pelbagai jenis bilik ynag disediakan seperti Deluxe Room, Family Suite,Junior, Executive dan Premier Suite. Sangat puas hati. 

Black Water Jewel

bw

Kelihatan seram namun ini adalah satu keunikan yang ada di Malaysia. Sungai ini sepanjang 40 km lebih kurang bahkan ia terletak di kawasan kompleks hutan paya gambut yang terbesar di Asia Tenggara. Kawasan ini jauh dari bandar bahkan terdapat perkampungan orang asli Jakun dan Jemelai di sekitar sungai ini. Mereka hidup seperti orang kita zaman dahulu seperti bercucuk tanam, menangkap ikan dan mencari hasil hutan. Anda boleh menyewa bot untuk melihat alam flora dan fauna di sekitar sini. Bahkan anda juga boleh berkayak !

Medan Ikan Bakar Kuala Pahang

medan ikan bakar kuala pahang

Sudah penat merantau di sekitar Pekan, rasa lapar dan terasa ingin makan ikan bakar ? Medan Ikan Bakar Kuala Pahang pasti memberikan kepuasan untuk anda dimana medan ikan bakar ini terletak di dlatas air dan ikan yang dimasak masih segar lagi yang baru diambil dari nelayan tempatan. Kesedapan ikan bakar ini menggunakan resipi asli oleh pengusaha tempatan. Disini juga terdapat kemudahan seperti tandas,surau, wakaf , taman permainan kanak-kanak dan parking yang luas. 

Silk Weaving Gallery

Silk Weaving Gallery

Tertanya bagaimana cara pembuatan kain sutera ? Anda harus melawat ke Silk Weaving Gallery dimana disini adalah salah satu muzium kain sutera yang asli dibuat dari orang tempatan. Mereka menunjukkan cara pembuatan, baan yang digunakan dan benang jenis apa yang dipakai. Penglibatan Tunku Azizah tentang pembuatan Tenun Pahang ini bermula pada 2005 bahkan fabric original dari Riau atau Sulawesi. Jika mahu informasi yang lebih menarik tentang sutera Pahang ini, anda harus datang melihat sendiri disini. 

  Taman Tasik Sultan Abu Bakar

  Taman Tasik Sultan Abu Bakar

Kebiasaan pengunjung tempatan yag datang ke Tasik Sultan Abu Bakar ini untuk beriadah seperti jogging,berbasikal dan melakukan aktiviti bersama anak anak. Ini kerana disini terdapat banayk kemudahan seperti surau, tandas dan taman permainan kanak-kanak. Suasana sekeliling juga cantik ditepi tasik yang bersih. 

Pekan merupakan salah satu destinasi pelancong asing untuk melihat keunikan Negara Malaysia. Jadi rugi jika anda rakyat tempatan namun belum pernah menjejaki 10 Tempat Menarik di Pekan Pahang ini. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.