Kali ini kita menyajikan 10 Tempat Makan Best di Johor Bharu pula. Setahu kita, Johor Bharu satu bandar yang maju dan semestinya akan ada port makan yang menarik untuk anda nikmati bersama kawan-kawan dan keluarga. Jom kita lihat.
1. Al Mizan Satay House
Al-Mizan Satay House memang dikenali bagi penggemar satay di JB ini. Yelah manakan tidak, kuah kacang yang pekat dan enak tambahan pula dengan satay yang mempunyai perapan yang cukup rasa. Bukan itu sahaja, daging ayam dan lembu yang digunakan juga sangat lembut. Bagi kanak-kanak dan orang tua yang ingin makan tidak menjadi masalah yang besar rasa nya.
Kalau sudah bosan dengan daging ayam dan lembu, bolehlah cuba menu baharu mereka iaitu daging arnab.
Alamat: 1, Jalan Kenangan, Kampung Melayu Majidee, 81100 Johor Bahru, Johor
2. Restoran Anisofea Asam Pedas Johor Asli
Biasanya asam pedas hanya terkenal di Melaka dan Negeri Sembilan je tapi ramai yang tidak tahu Johor juga mempunyai asam pedas versi mereka. Haa siapa yang nak cuba asam pedas johor yang ori bolehlah berkunjung ke sini. Kebiasaan disini pada waktu peak seperti waktu tengah hari dan hari minggu memang ramai. Pandai pandai lah rancang untuk elakkan bersesak di waktu sebegini ye.
Alamat: No. G07 Block 4 Jln Mutiara Emas 9/3, Taman Austin Boulevaed, 81100 Johor Bahru
3. Shells N Fins
Haa disini pula juadah bagi penggemar makanan laut yang segar. Shell n Fins menyajikan makanan shell out denga pelbagai masakan seperti udang butter, lala masak sambal, masak blackpepper dan cili padi.
Jadi anda boleh pilih anda ingin lauk tersebut dimasak bagaimana. Manakala ada juga disediakan pencuci mulut seperti trifle sundae, aiskrim goreng dan koktel aiskrim. Jangan lupa singgah ke sini ye.
Waktu Operasi: Isnin & Jumaat (3.00 pm – 11.00 pm) | Selasa – Ahad Kecuali Jumaat (12.00 pm – 11.00 pm)
Alamat: Lot 9, Jalan Padi Emas 1/8 (Trigon) Uda Business Centre, Bandar Baru Uda, Johor Bahru
4. Bigdaddy’s Family Cafe
Disini pula ada menyediakan pelbagai menu seperti western, masakan panas thai dan macam macam lagi. Mereka menyediakan makanan berdulang seperti nasi goreng dulang, chicken chop,gril berdulang, dulang shell out dan macam macam lagi. Boleh dimakan dengan 3-5 orang. Malah ada juga masakan sperti ikan talapia, siakap ,ikan patin tempoyak, sotong bakar bersama sos istimewa dan ikan keli.
Selain itu, pencuci mulut disini juga kelihatan sangat menarik. Jangan lupa singgah ke sini jika ingin makan bersantai.
Waktu Operasi: Isnin – Khamis (12.00 am – 12.00 pm) | Jumaat – Ahad (2.00 pm – 2.00 am)
Alamat: No 28 Jln Padi Emas 6/1 Bandar Baru uda Johor Bahru
5. Meletop Steamboat & Grill
Meletop Stemaboat pula adalah port untuk penggemar seafood dan steamboat. Agak susah sebenarnya nak cari tempat makan steamboat yang murah di JB. Disini dah la banyak jenis lauk pauk dan hidangan makanan yang disediakan. Memang puas hati lah.
Alamat: 2, Jalan Enau 11, Taman Teratai, 81110 Johor Bahru, Johor
6. Selera Senibong Seafood
Wah disini ada pemandangan yang indah ye tuan-tuan. Menikmati makanan laut yang segar bersama keluarga sambil ditiup angin pantai sangatlah membahagiakan. Selera senibing ini bukan sahaja menyediakan makanan ynag enak, malah berpatutan. Anda boleh memilih lauk yang anda mahu dan disediakan dengan masakan apa. Syok gaiss.
Alamat: Permas Jaya, 81750 Masai, Johor
7. Smokey Kuey Teow
Ingin ubah citarasa ? Bosan juga asyik makan nasi je kan. Meh cuba Smokey Kuey Teow pula dimana mereka menyediakan Char Kuey Teow basah dan kering. Jadi anda boleh pilih yang mana kesukaan anda. Selain itu, mereka menyediakan 3 jenis lauk iaitu kerang, ayam dan udang. Nak lagi sedap order Char Kuey Teow Special. Pehh sedap tak tipu !
Alamat: no, 12, Lorong Mutiara, Kampung Melayu Majidee, 81100 Johor Bahru, Johor
8. The Dreamliner Airways Café
Terasa ingin makan dalam flight ? Haa d Dreamliner Airways ini menyediakan tempat makan berkonsep seperti di awan awangan. Disini ada menyediakan makanan barat dan masakan timur. Jadi tunggu apa lagi gais jom lerr. Jangan risau disini harga amat berpatutan walaupun konsep kelihatan rare dan mewah.
Alamat: 7, Jalan Harmonium 35/1, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor
9. Roslin Beriani House
Bagi penggemar nasi beriani pula, saya cadangkan datang ke Roslin Beriani House ni. Mereka menyediakan nasi beriani dengan pelbagai lauk seperti kari ayam, daging dan kambing. Daging lauk mereka sangat lah lembut dan cukup rasa.
Alamat: 14, Jalan Rebana, Taman Perbadanan Islam, 80250 Johor Bahru, Johor
10. Murtabak Majid Special Cheese
Haa disini merupakan salah satu port yang terkenal di JB dimana disini menyediakan pelbagai juadah salah satu nya murtabak cheese. Sangat sedap dan besar. Satu murtabak boleh dinikmati sehingga 4 orang makan. Selain itu terdapat mee bandung, air kelapa, abc dan macam macam lagi. Memang tak sah kalau datang ke JB tapi tak singgah ke sini.
Alamat: No. 38, Lot 5581, Jln Kurniawan, Kampung Kurnia, 80250 Johor Bahru
Jika anda merancang untuk ke JB, jangan pening pening lagi nak singgah makan kat mana. Cari sahaja di Google Maps alamat 10 Tempat Makan best Di Johor Bharu.