fbpx

10 Tempat Makan Menarik Di Ampang

Bagi warga Ampang yang sukakan foodhunt, anda boleh lihat 10 Tempat Makan Menarik Di Ampang ini untuk teruskan hobi anda itu. Di Ampang sahaja terdapat pelbagai tarikan lebih-lebih lagi makanan. Rata-rata pengunjung mengatakan semuanya sedap belaka. 

Zaini Satay

Zaini Satay

Terkenal dengan kelembutan daging sate nya, Zaini Satay terus menerus dikunjungi orang ramai untuk menikmati sate nya yang snagat enak. Bersama kuah kacang dan nasi impit, menambah lagi kelazatan yang sedia ada. Tidak hairanlah disini sering ramai orang setiap malam. Mereka menyediakan sate daging, ayam, kambing dan rusa.  

Alamat: tall No. 5, (Opposite 7, 11, Jalan Kerja Ayer Lama, Ampang Jaya, 68000 Ampang

Waktu Operasi: Setiap hari (6pm-11.30pm)

 Nasi Kak Wok Cikgu Sue

 Nasi Kak Wok Cikgu Sue

Sudah terbiasa dengar Nasi Kak Wok yang berasal dari Kelantan, makanan yang cukup ringkas dan mengenyangkan bagi sesiapa ke Nasi Kak Wok Cikgu Sue kerana mereka memberikan posyen yang agak banyak. Nasi Kak Wok ni kalau makan hari-hari pun tak apa. 

Alamat: Jalan Kolam Air Lama, Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang

Waktu Operasi: Setiap hari (7.30am-11pm)

Big Eat Kitchen

Big Eat Kitchen

Merupakan restoran yang menawarkan pelbagai menu seperti chicken chop, fish and chip, spagetti dan yang istimewa nya adalah nasi kerabu bersama daging bakar istimewa. Seperti kebanyakan restoran western yang lain, disini juga sering ramai orang lebih-lebih lagi pada waktu malam. 

Alamat: No. 8, Jalan Air Bukit, Taman Ampang Utama, 68000 Ampang

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin (8 am – 11.30pm)

Mainroad Jalan Ampang

Mainroad Jalan Ampang

Salah satu tarikan makanan yang pelbagai dan tempat makan yang besar. Malah disini juga terdapat skrin besar yang anda boleh nikmati dengan ramai orang. Kalau tengok bola ni memang lagi meriah la kan. Terdapat pelbagai menu disini seperti Western, Seafood, Tex Mex, BBQ, Pizza, Sizzling, Arabian, semuanya ada disini. Dengan kapasiti 90 tempat duduk, anda tidak perlu risau tiada tempat duduk kerana kapasiti ini boleh memuatkan sejumlah pengunjung yang besar pada satu-satu masa. Selain itu, anda juga disajikan dengan live band oleh artis jemputan yang akan menghiburkan suasana makan anda. 

Alamat: Lot 302, Jalan Ampang, Kampung Berembang, 50450 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari (5pm-3am)

Restoran Pegaga

Restoran Pegaga

Restoran Pegaga dinamakan sebegitu kerana makanan yang disediakan terdapat pucuk pegaga bersama. Kebanyakan makanan di sini adalah makanan masakan melayu tradisional seperti masak lemak cili api, gulai kuning ikan dan macam-macam lagi. Kebanyakan pengunjung disini berpuas hati dengan masakan disini walaupun sedikit mahal. 

Alamat: Jln Ulu Klang, Ukay Heights, 54200 Ampang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari (9am-10.30pm)

The Garage KL

The Garage KL

Ingin bersantai sambil menikmati live band ? Anda boleh ajak kawan-kawan anda untuk lepad di The Garage KL ini. Selain itu, terdapat juga makanan yang pelbagai seperti makanan western, pisang cheese, ayam cheese dan macam-macam lagi. Kebiasaan disini dipenuhi anak-anak muda yang datang untuk melepak dan layan game bersama-sama. 

Alamat: Lot 841 Jalan Hulu Kelang, Hillview, 68000 Ampang, Selangor.

Waktu Operasi: Setiap hari (12pm-12am) Jumaat (2.30pm-12am)

Kafe Sarawak

Kafe Sarawak

Kafe Sarawak pula menyajikan anda makanan yang berasal dari Sarawak seperti Mee Kolok, Mee Kari dan Laksa Sarawak. Kebanyakan pengunjung memuji tentang juadah yang disediakan. Harga juga berpatutan jadi rugilah jika anda tidak mencuba semua menu mereka. Nak pergi Sarawak jauh sangat jadi kita cuba makanan mereka dulu di Ampang. 

Alamat: 43, Jalan Sulaiman 1, Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari (9am-5pm)

Nasi Vanggey Ukay Perdana

Nasi Vanggey Ukay Perdana

Nasi Vanggey merupakan juadah yang berasaskan makanan seperti nasi kandar mamak namun Nasi Vanggey ini snagat terkenal dengan keenakan juadah mereka. Kari kaw memang sedap lah kan. Cawangan yang baru dibuka di Ampang yang berasal daripada Ipoh. Jika ke sini anda patut cuba kari kepala ikan mereka. Memang double thumbs up !

Alamat: 26, Jalan UP 1/2, Ukay Perdana, 68000 Ampang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari (Jumaat-Ahad- 7am-2am) (Isnin-Khamis-9am-2am)

Neighbor’s Café

Neighbor’s Café

Inginkan makan hipster dan berkhasiat ? Neighbor Cafe menyajikan anda menu yang sihat untuk breakfsat, lunch dan dinner. Jangan terkejut makanan berkhasiat mereka lazat kerana kombinasi yang sesuai. Mereka juga mempunyai makanan yang lain tapi kebiasaannya pengunjung akan memesan hot latte mereka. 

Alamat: 17G, Jalan Bukit Indah 5, Taman Bukit Indah, 68000 Ampang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin (3pm-11pm)

Mak Jah Café

Mak Jah Café

Mak Jah Cafe memberikan anda pengalaman makan masakan seperti di kedai kopi kampung dan air tangan ibu. Ringkas namun sedap ! Menu nya biasa sahaja seperti roti canai, bihun goreng, mee goreng, nasi lemak dan macam-macam lagi. Yang lagi menarik terdapat kuih tradisional yang mampu mengubat sedikit rindu anda pada kampung halaman. Antara yang menjadi rebutan pelanggan adalah kuih Tepung Pelita, Kuih Lapis, Kuih Gulung, Kuih Bakar, Kuih Talam, Kuih Koci dan banyak lagi. Nasi Lemak di sini juga antara buah mulut pelanggan tetap yang datang setiap hari.

Alamat: No. 26, Jalan Kolam Air Lama, Ukay Heights, 68000 Ampang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari (7am-6pm)

10 Tempat Makan Menarik di Kajang Ampang ini merupakan restoran-restoran yang sering dikunjungi orang lebih-lebih lagi warga Ampang selepas waktu kerja atau hujung minggu. Selamat mencuba !
Leave A Reply

Your email address will not be published.