fbpx

Gadis Ini Berjaya Turun Berat Sebanyak 25kg Hanya Mengamalkan 6 Tip Sahaja.

Cik Syazwani

Perkongsian tip diet daripada Cik Syazwani Solehuddin yang telah berjaya turun berat sebanyak 25 kg dalam masa 8 bulan. 

Nak tahu apa tip yang cik Syazwani amalkan ? Jom lihat 6 tip diet daripadanya.

1. Amalkan teknik pemakanan yang sihat

Makanan Sihat

Makan makanan yang selalu di grill atau rebus sahaja.

Menu:

  • Wrap telur
  1. goreng telur tanpa menggunakan minyak
  2. letak sedikit lada

*@boleh digantikan dengan ayam grill dengan menggunakan teknik yang sama.

  • Roti Wholemeal

  1. telur yang di grill tanpa menggunakan minyak
  2. salad

*jadikan bahan tersebut seperti sandwich.

  • Lempeng Oat

  1. lenyek pisang
  2. masukkan oat telur dengan fresh milk 
  3. goreng tanpa menggunakan minyak
  • Sup Ayam Sayur

  1. tumis bawang putih tanpa minyak
  2. masukkan air
  3. masukkan ayam
  4. masukkan sayur pilihan
  • Pakchoy dengan ayam rebus

  1. celur pakchoy
  2. rebus ayam
  3. kemudian tumis bawang putih tanpa minyak
  4. masukkan sedikit kicap
  5. kemudian letak pakchoy dengan ayam rebus tadi
  6. siap dihidangkan

2. Snacking

  • Badam

Badam

Tahukah anda, kacang badam mampu menurunkan berat badan. 

Asid lemak tidak tepu yang terdapat dalam badam mampu membantu mengurangkan selera dan mencegah makan berlebihan.

Badam bukan sahaja mampu menyekat selera tetapi mampu memberi tenaga kepada tubuh badan. 

Apa yang Cik Syazwani amalkan, dengan menjadikan badam sebagai snek harian ketika lapar. 

  • Pisang

Pisang

Cik Syazwani menjadikan pisang sebagai makanan yang pertama diambil setelah bangun dari tidur. 

Pisang yang dimaksudkan di sini ialah buah pisang, bukan pisang yang telah diolah seperti kerepek pisang atau pisang goreng.

Anda juga boleh ambil lebih daripada satu buah sesuai dengan keinginan dan keperluan anda.

  • Susu

Susu

Kebaikan susu memang tidak dinafikan lagi. 

Dengan pengambilan susu, mampu mengenyangkan perut. Ujar Cik Syazwani.

Selain itu, ia memberi tenaga sepanjang hari semasa beliau perkuliahan.

Disarankan ambil pada waktu pagi dan malam.

  • Kacang Kuda Rebus

Kacang Kuda

Kacang kuda mampu membuatkan kita berasa kenyang lebih lama. 

Selain itu, mengelakkan makan berlebihan dan mengurangkan ketagihan kepada makanan ringan.

  • Ubi Rebus

Sweet Potato

Rebus ubi keledek dengan memasukkan sedikit garam dan air.

Ubi keledek mampu menurunkan berat badan kerana mempunyai kandungan air banyak dikatakan mampu membuatkan anda berasa cepat kenyang dan tahan lama.

Cik Syazwani mengambil pemakanan ini sewaktu gap antara breakfast dengan lunch sebagai snacking ringan.

3. Tips Makan di Kedai

Aneka Lauk

Makan nasi dengan kadar yang sedikit tanpa ambil kuah.

Sebagai contoh ambil ayam gulai tanpa kuah/ tempe bakar/ sweet potato rebus/ ikan bakar. 

Yang pasti semua makanan yang dibakar atau direbus sahaja.

4. Workout

Workout

Start workout setiap petang. 

Kalau ada masa pergi ke taman, jalan-jalan pusing taman. 

Buat senamrobik dengan tengok video di youtube.

Atau download aplikasi workout di Playstore.

Bila dah biasa dengan workout untuk beginner workout, boleh cuba start workout yang plank pula kemudian ikuti step seterusnya.

Workout Application

Contoh aplikasi workout Cik Syazwani

5. Intermittent Fasting

intermittent fasting

Intermittent fasting adalah puasa yang diamalkan selama beberapa jam.

Jangan tertukar dengan puasa sunat pulak ye. 

Ia merupakan puasa yang mana anda tidak makan dalam tempoh beberapa jam, dan akan makan pula dalam tempoh beberapa jam.

Untuk beginner, Cik Syazwani nasihatkan untuk 16 jam puasa dan 8 jam makan.

Time 16 jam tu flexible kita boleh arrange masa ikut kesesuaian kita.

Dan 16 jam puasa juga tu termasuk waktu tidur. Jadi tempoh berpuasa itu tidak lama sangat pun sebenarnya.

6. Air Kosong

Air Kosong

Minum air masak secukupnya. Ini kerana air masak mampu mengurangkan rasa lapar sekaligus selera makan akan berkurang.

Air kosong juga mampu membakar gumpalan lemak pada tubuh badan disebabkan dapat bekalan air yang cukup.

Selain itu, dapat mengatasi sembelit dan melancarkan sistem pencernaan.

*Walau bagaimanapun, BMI Cik Syazwani masih lagi tidak normal. Tinggi Cik Syazwani ialah 169 manakala berat sekarang 75 kg.

Beliau mengamalkan gaya hidup yang sihat sepanjang masa. Kadar penurunan berat Cik Syazwani juga adalah normal (perlahan-lahan) dari hari ke hari.

Jika mengamalkan cara diet yang terlalu drastik dalam tempoh sebulan atau dua bulan, berat badan seseorang itu mungkin akan naik secara mendadak.

Dan sekarang ini, beliau masih berusaha untuk menurunkan berat badan dengan mengikuti tip di atas demi menstabilkan BMI.

Leave A Reply

Your email address will not be published.