fbpx

10 Tempat Makan Best Di Damansara

Foodhunting di Damansara ? Jom kita lihat 10 Tempat Makan Best di Damansara. Damansara adalah salah satu tempat yang boleh dikatakan agak urban dan sudah pasti kita ingin makanan dengan harga yang berpatutan dan sedap kan ? 

Restoran Pak John Steamboat & BBQ

Restoran Pak John Steamboat & BBQ

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Sama konsep seperti restoran steamboat yang lain, makan sehingga kenyang namun apa yang membezakan adalah menu yang di tawarkan adalah lebih banyak pilihan. Makanan laut yang segar dan kuah tomyam yang sedap membuatkan pelanggan suka untuk datang ke sini. Bahkan mereka juga mempunyai menu seperti nasi goreng, bihun, kuey teow, dan macam-macam lagi. Sangat berbaloi untuk datag ke sini dan menikmati pelbagai hidangan. 

Makan Time

Makan Time

Makan Time pula menyediakan makanan yang klasik seperti nasi dagang, nasi kerabu, nasi berlauk dan macam-macam lagi. Restoran ini pula didekorasi ala retro dan sesuai dengan makanan ynagdihidangkan. Rata-rata pengunjung yang datang memberikan maklumbalas yang posiritif tentang makanan disini. Anda perlu datang untuk merasai nya sendiri. 

Nasi Arab Ta’if

Nasi Arab Ta’if

Bagi penggemar nasi arab pula,, ini adalah rstorang yang sesuai buat anda kerana mereka menyajikan pelbagai masakan arab yang rata-rata yang membuatnya adalah orang arab sendiri. Jadi anda boleh merasai sendiri air tangan  mereka. Antara menu kegemaran disini adalah kebab dan nasi arab kambing mereka. Daging kambing yang sangat lembut bersama perapan rempa yang cukup membuatkan tidak cukup sekadar sepinggan. 

Julio’s

Julio’s

Julio’s adalah restoran masakan Timur Tengah dengan tumpuan kepada masakan dari Syria dan turut memasukkan masakan Barat dalam menu mereka. Jadi, anda ada banyak pilihan makanan di sini. Ramai pelanggan bersetuju yang kualiti makanan mereka adalah sangat baik dengan kuantiti makanan yang banyak. Oleh itu, ia terkenal di kalangan peminat makanan timur tengah. Antara yang menerima pujian adalah Shawarma dan Kebab.

Nasi Lemak Ayam Berempah

Nasi Lemak Ayam Berempah

Nasi Lemak memang menjadi kegemaran rakyat Malaysia tidak mengira umur bangsa bahkan ada juga bangsa Cina dan India yang hari-hari makan nasi lemak. Nasi Lemak Ayam Berempah memang kena dengan selera kita kerana ayam berempah nya sangat cukup rasa dan kuah nasi lemak yang enak. Jadi tidak hairanlah orang sanggup beratur panjang demi dapatkan Nasi Lemak Ayam Berempah ini. 

Homst Restaurant

Homst Restaurant

Homst Restaurant pula menyediakan masakan cina yang halal untuk dimakan oleh Muslim. Antara menu yang terkenal disini adalah Lemon Steam Fish dan juga Yolk Butter Prawn. Bahkan rata-rata pengunjung juga memberikan komen yang positif tentang makanan dan servis disini. Patut lah setiap kali lalu depan restoran ini selalu dipenuhi pengunjung. 

Dalca Penang Restaurant by Masakan Warisan

Dalca Penang Restaurant by Masakan Warisan

Bagi penggemar masakan Penang pula, anda patut singgah di Dalca Penang Restaurant dimana disini terdapat pelbagai masakan asli dari Penang seperti Dalca Penang, Laksa Penang, Kari Kepala Ikan dan macam macam lagi. Terlepas lah mengidam. Malah, harga yang ditawarkan disini juga berpatutan. Rempah ratus yang cukup membuatkan dalca mereka terasa sempurna dengan selera. 

Mee Tarik Warisan Asli

mee tarik warisan asli

Siapa yang tidak tahu dengan Mee Warisan Asli yang mempunyai banyak cawangan di Malaysia dan Daman sara juga tidak ketinggalan. Mee yang unik dengan cara pembuatan nya kita boleh lihat. Jadi kita yakin dengan apa yang kita makan. Bahkan Mee Tarik Warisan Asli ini boleh didapati dengan grabfood juga. Ini bagi anda yang malas hendak keluar mencari makanan. 

Little Yum Yum

Little Yum Yum

Little Yum Yum adalah perusahaan warga Cina yang menawarkan pelbagai masakan tradisional seperti Ayam Cencalok, Gulai Tumis Ikan, Gulai Pucuk Paku, Sambal Tumis Petai dan macam-macam lagi. Jangan risau walaupun diusahakan oleh pengusaha bukan Islam namun status kedai ini adalah menyediakan makanan yang halal untuk dimakan. Jadi jika teringin makan makanan yang tradisional, bolehlah singgah ke sini. 

Rimba & Rusa

Rimba & Rusa

Berkonsepkan rimba, restoran ini didekoarasi mengikut nama kedai ini sendiri. Restoran ini menyediakan makanan western, dessert dan minuman kopi hipster. Jadi anda yang ingin merasa tenang sambil menikmati sepotong kek bersaama secawan kopi boleh singgah ek Rimba & Rusa ini. Antara menu yang digemari disini adalah spagetti carbonara dan fish and chip. Mungkin anda juga boleh cuba menu ini untuk penilaian anda sendiri.

Dengan 10 Tempat Makan Best Di Damansara ini dapat memberi manfaat untuk anda makan di mana pada hujung minggu nanti. Kadang makan menu yang sama pun bosan juga kan. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.