Jom lihat 10 Tempat Makan Menarik di Ara Damansara pula. Siapa orang Damansara disini namun buntu tiap kali nak makan, pasti tertanya nak makan kat mana. Itu soalan yang agak susah pada zaman 2020 ni. Jom kita lihat makanan yang best sekitar Ara Damansara.
Gamelan
Gamelan merupakan restoran yang menyediakan masakan tradisional seperti nasi dagang, nasi kerabu, nasi minyak, laksam dan macam macam lagi. Jadi tidak lah terasa rindu sangat dengan kampung halaman kan. Yang pasti rata rata pengunjung yang datang memberikan maklumbalas yang positif dari segi rasa, servis dan posyen makanan ini. Kalau tak percaya kena datang cuba sendiri.
Restoran D Lesung Bonda
Teringin asam pedas tapi jauh sangat nak ke Melaka ? Anda patut cuba asam pedas D Lesung kerana asam pedas nya sama dengan Asam Pedas Poko Besar di Melaka. Cukup serba serbi rasanya. Kalau tambah sampai 2 kali itu biasa.
Nasi Lemak Lobster
Lihat gambar sahaja sudah kecur air liur. Nasi Lemak Lobster yang terkenal di tanah Asia. Seperti sedia maklum nasi lemak mereka memang power dicampur pula dengan lauk Lobster bersama kuah cheese. Wah memang terangkat teruks ! Rugi jika anda tidak pernah mencuba kerana posyen besar ini hanya bernila RM25 sahaja.
Restoran Thaqwa
Thaqwa Corner pula adalah restoran masakan mamak yang sering dikunjungi oenduduk disini. Kebiasaan menu yang diorder adalah nasi kandar, naan cheese , mee goreng mamak dan roti tisu. Memang ngam lah dengan citarasa rakyat Malaysia. Bahkan disini juga menyediakan makanan barat seperti Chicken Chop, Spagetti Bolognese dan Lamb Grill.
Onde Onde
Onde Onde Cafe merupakan kafe yang menyediakan makanan tradisional zaman dahulu. Dalam nama lain onde onde adalah buah melaka. Disini terdapat menu seperti pulut panggang, pisang goreng, keropok lekor, kuih lopis dan cucur udang. Jadi jika anda menhidam kuoh tradisional boleh mencuba di Onde Onde. Namun terdapat juga menu yang lain seperti masakan thai, nasi ayam dan macam macam lagi.
Blokke Cafe
Berkonsepkan jalan raya yang dipenuhi warna warni, Blokke Cafe menawarkan anda pelbagai menu seperti makann buffet, masakan thai, dan juga western. Tunggu pilih je dan yang pasti harga sangat murah. Boleh la bersantai dengan ofismate anda disini sementara masuk kembali bekerja selepas waktu lunch.
Restoran Jai Nasi Kukus
Anda pening nak makan lunch kat mana ? Nasi kukus adalah cadangan yang terbaik sebab biasa lunch kita rasa nak makan makanan ynag berat dan sudah pasti mengenyangkan perut. Yelah kita nak pakai banyak lagi tenaga untuk menjelang ke malam. Nasi kukus restoran Jai, kalau tak beratur makna nya bukan nasi kukus beliau. Bukan servis yang lambat namun ia menjadi kegemaran ramai pengunjung. Bahkan ada yang mengatakan mereka sanggup makan Nasi Kukus Jai ini hari hari. Banyak, enak dan murah ! Mungkin Restoran Jai harus mempertimbangkan tagline ini.
Nate’ Bistro
Nate Bistor merupakan restoran yang menyediakan makanan barat seperti kedai western yang lain juga. Namun apa yang membezakan nya adalah posyen dan rasa yabg jauh lebih sedap dan banyak. Dengan mencuba lamb grill dan chicken margiana nya cukup membuatkan hari anda gembira seharian. Manakan tidak daging kambing nya yang lembut dan enak pasti membangkitkan selera sesiapa sahaja yang mencuba nya.
Thai Nyonya Express
Bagi sesiapa penggemar masakan Cina atau Baba Nyonya, saya cadangkan anda cuba juadah makanan disini. Ini kerana selain makanan yang sedap dan posyen yang banyak, harga juga sangat berpatutan. Betul ke harga sebegini di Kuala Lumpur. Saya cadangkan anda untuk memesan Udang Butter bersama nasi kukus dan menu yang terkenal disini adalah Pad Thai dan tomyam seafood. Sangat sedap dan rata-rata pengunjung disini juga memberikan feedback yang positif.
Semoga 10 Tempat Makan Menarik di Ara Damansara itu dapat memberi manfaat buat anda.