Kali ini kita lihat pula 10 Tempat Best Di Rompin Pahang pula. Mungkin Rompin tidak terkenal seperti Cameron Highland namun Rompin juga mempunyai tempat yang menarik untuk dilawati. Nak tahu dimana jom kita lihat.
Pulau Tioman
Siapa yang tidak kenal dengan Pulau Tioman yang terkenal dengan pulau yag cabtik dan pemandangan yang sangat indah. Bahkan sesiapa yang pernah ke sana pasti tidak ingin pulang. Rancang percutian anda untuk bermalam disini dan melihat matahari terbenam. Sangat menakjubkan. Anda boleh melakukan aktiviti menyelam dan snorkelling sekitar pulau ini. Melihat terumbu karang dan hidupan marin yang sukar dilihat akan memberi pengalaman baru buat anda.
Aktiviti Mencari Kepah (Sungai Pahang)
Ingin mencuba bagaimana cara mengutip kepah ? Anda patut datang ke Sungai Pahang, anda boleh kutip dengan tangan sahaja. Bawa bakul anda sendiri kerana disini rata rata penduduk tempatan sahaja. Snagat berbaloi dan balik buat masakan kepah gulai kuning pula. Wah sedapnya !
Restoran Udang Galah LC
Ingin mencuba kemanisan udang galah ? Anda harus cuba menu ini di Restoran Udang Galah LC. Mereka menjanjikan kemanisan udang yang sukar didapati di tempat lain. Bahkan udang mereka juga segar dan besar tau.
Taman Negara Endau-Rompin
Ini adalah part kesukaan saya iaitu meneroka alam semulajadi. Hilang rasa nya semua yang terbeban di dalam kepala setelah melihat pokok besar yang menghijau, air sungai yang mengalir dan binatang liar sekitar. Taman Negara Endau-Rompin memberi pengalaman yang menyeronokkan buat anda. Pelbagai tumbuhan dan binatang yang sukar anda lihat jika di tempat lain kerana habitat nya memang tinggal di hutan tebal disini. Jika hendak ke sini pastikan anda mendapatkan kebenaran pihak berkuasa kerana disini juga terdapat binatang buas.
Lanjut Beach and Golf Resort
Terdapat resort yang best di sekitar Rompin iaitu Lanjut Beach dan Golf Resort. Anda boleh melihat Pantai yang sangat cantik melalui resort ini. Sangat menyamankan. Harga untuk resort ini juga sangat berpatutan dan berbaloi dengan servis dan pemandangan yang disediakan.
Rompin Beach Resort
Selain itu, terdapat juga Rompin Beach Resort yang menyediakan penginapan yang sangat selesa dan murah. Bahkan mereka juga menyediakan kolam renang yang snagat besar dan cantik. Jadi jika anda tidak mahu mandi air masin, anda boleh mandi di kolam renang yang disediakan. Kata orang pakej breakfast di sini sangat menarik jadi rugi jika anda tidak pernah cuba.
Ikan Layaran Rompin
Manakala ini pula berita gembira buat pemancing, Rompin terkenal dengan mempunyai pantai yang cantik anda berpotensi untuk mendapatkan ikan layaran disini. Kebiasaan pemancing yang datang ke sini raya rata mendapatkan ikan layaran yang besar. Sangat berbaloi kan.
Restoran Udang Galah King
Antara restoran yang terkenal di Rompin ini adalah Restoran Udang Galah King dimana udang galah mereka sangat besar. Masakan mereka juga sedap kena dengan manis udang galah ini. Rata rata pengunjung yang datang memberikan komen positif tentang menu mereka ini.
Aktiviti Memancing (Sungai Rompin)
Masjid Tengku Mahkota Abdullah
Akhir sekali, sudah penat berjalan sekitar Rompin, anda boleh singgah solat di Masjid Tengku Mahkota Abdullah dimana masjid ini besar dan cantik. Selepas solat boleh lah bergambar di sekitar masjid ini untuk buat kenang-kenangan.
Semoga 10 Tempat Best di Rompin ini dapat memberi manfaat buat anda. Di musim Covid-19 ini anda disarankan untuk melancong di dalam negara sahaja jadi anda boleh jadikan Rompin sàlah satu destinasi pelancongan anda.