fbpx

10 Tempat Makan Tengahari TERSEDAP di Kota Bharu

0

Waktu tengahari selalunya waktu ramai orang akan cari kedai makan. 

Selalunya golongan yang bekerja, kaki jalan-jalan atau shopping juga akan cari kedai makan bila sudah seharian penat bekerja dan berjalan.

Haa di sini mulalah blur tak tahu nak makan kat mana. Tanya kawan tu, tanya kawan ini. Masing-Masing blur.

Haa cuba mengaku, siapa yang selalu macam ni?

Nak tak saya kongsikan restoran apa yang best untuk korang jadikan santapan waktu tengahari?

Jom tengok, di sini saya senarai 10 tempat makan tengahari tersedap di Kota Bharu.

1. KB Patin Haus

Sumber: Picuki.com

KB Patin Haus terkenal dengan restoran makanan melayu dan Ikan Patin Tempoyak no.1 di Kelantan

Antara menu ‘killer’ mereka adalah IKAN PATIN TEMPOYAK di datangkan khas dari TEMERLOH. Sebijik macam Temerloh! Memang resepinya ori dari Temerloh bak kataTuan kedai.

Haaa, yang dah lama mengidam Ikan Patin Tempoyak tak payah pergi jauh-jauh. 

Datang je di KB Patin Haus, confirm puas hati. Dari pengalaman saya, saya sangat puas hati dan semua masakan-masakan mereka padu!

Selain gulai Ikan Patin Tempoyak, Patin Pais pun ada. Yang ini sedap! gerenti sedap dan paling best tak ada bau hanyir langsung!

Kedai ini berkonsepkan layan diri dan suasana kedai sangat bersih dari sebarang gangguan lalat.

Tempat parking juga luas dan tiada alasan untuk anda mahu berkunjung ke sini.

Menunya juga punyalah banyak. Ada etok masak lemak, kerabu mangga, gulai siput kuning dan banyak lagi!

Sumber: Facebook KB Patin Haus

Fuhh, boleh rambang mata dipilihnya. Mulalah nak order semua.

Ni belum datang lagi, bila dah datang mahu kecur air liur tengok gulai patin tempoyak kuah kuning pekat likat tu.

Macam best! ehh, betul ke best?

Lihat terstimoni-testimoni diorang di link ini https://www.foodyas.com/MY/Kota-Bharu/1730687417030716/KB-PATIN-HAUS

Lokasi: Berhadapan Gate 3 aoen Mall, 15100 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: 11 Pagi - 5 Petang

No. Telefon: 019-911 7113

2. Nasi Ulam Cikgu

Sumber: mahamahu.com

Nasi Ulam Cikgu, siapalah tak kenal restoran ni. Restoran paling ‘legend’ di Kelantan. 

Sudah beroperasi selama bertahun-tahun dan kebanyakkannya restoran inilah selalu menjadi tumpuan pelancong bila sampai di Kelantan. 

Bukan sahaja pelancong yang singgah, juga menjadi restoran ‘favourite’ ramai rakyat tempatan kerana terkenal dengan makanan tradisional Kelantan.

Ulam-ulaman yang segar dan pilihan lauk-pauk sangat banyak di sini. Jika pertama kali korang mengunjung ke sini memang terkejut dan terus rambang mata melihat kepelbagaian ulam di restoran ini.

Hidangan yang wajib dan femes di sini adalah budu. Budu yang dibuat sendiri oleh pemilik restoran ini.

Kelainan pada budu di sini sangat luar biasa! Budunya sedikit pekat dan memang kaww!

Paling menarik, suasana restoran ini sangat unik! Bangunan di sekelilingnya begitu unik dan klasik. 

Ramai pelancong asing yang singgah dan jadikan destinasi utama pelancongan. 

Ada dua cawangan restoran nasi ulam cikgu. Yang pertama adalah di Kampung Kraftangan, Kota Bharu. Kedua adalah di Padang Tembak, Pengkalan Chepa Kelantan.

Lokasi: Kampung Kraftangan, Jalan Hilir Kota, Bandar Kota Bharu, 15300 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: 11 Pagi - 5 Petang

No. Telefon: 019-961 6665

3. Lido Corner

Sumber: twitter.com

Nasi Sup Ayam Bakar atau lebih dikenali Nasi Sup tepi sungai ini sudah beroperasi selama hampir 30 tahun.

Restoran ini cukup dikenali golongan veteran di Bandar Kota Bharu menikmati sup urat keting dan daging bakar bersama sos special.

Berkonsepkan layan diri dan anda akan berpuas hati menikmati sup dan daging bakar yang begitu enak!

Sumber: has2309.blogspot.com

Lokasi: 15200, Jalan Post Office Lama, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: 11.30 Pagi - 5 Petang

No. Telefon: 019-959 3622

3. Restoran Pohon Nako

Sumber: travelopy.com

Kat mana nak dapat nasi kukus yang sedap tapi berpatutan? Haaa di sinilah jawapannya! Nasi kukus Pohon Nako. 

Restoran ini tidak asing lagi terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu dan senang untuk berkunjung.

Tidak hairanlah jika waktu tengahari ramai pengunjung datang ke sini untuk menikmati hidangan nasi kukus dengan pelbagai jenis lauk pauk pada harga yang berpatutan.

Kadang-kadang orang terlalu ramai kena beratur dibuatnya.

Lokasi:  Lot 1057, Tingkat Bawah, Jalan Che Su, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: 11.15 Pagi - 4.30 Petang

No. Telefon: 013-977 8666

5. Nasi Jarah Jangok

Sumber: foursquare.com

Nasi Jarah Jangok atau dikenali oleh rakyat tempatan Kedai Nasi JJ. Kalau korang nak tahu, kedai nasi JJ inilah yang original kak wok.

Kedai ini memang femes dari dulu lagi menyediakan menu yang simple (nasi, ayam hancur dan kuah kari).

Pelengkap menu tengahari korang kalau tak tahu nak makan apa.

Lokasi:   299, Jalan Tengku Mohd Maasum, 15100 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: 7 Pagi - 2 Tengahari

Gle'wak Cafe

Sumber: Instagram Gle'wak Cafe

Gle’wak Cafe merupakan restoran yang menyediakan nasi ulam & lauk campur. Jika anda suka makanan kampung, inilah destinasinya!

Menu di sini tersangatlah banyak, semua menu rasa nak cuba dan boleh buat korang kecur air liur tau.

Sumber: Instagram Gle'wak Cafe

Selain itu, ada menu yang dikatakan paling power iaitu Nasi Ayam Lesung Pedas Berapi Tagih. Haa, itulah namanya! 

Memang kaww Ayam Lesung mereka. Ayam pun besar dan sambalnya ngam-ngam sedap just nice untuk makan. Cubalah!

Lokasi: PT 814 & 815, Jalan Seri Cemerlang, Bandar Kota Bharu, 15300 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: 8.00 Pagi - 6.00 Petang

No. Telefon: 09-738 4133

7. Warung Pak Mat Pulau Pisang

Sumber: missyblurkit.com

Warung Pak Mat Pulau Pisang juga merupakan lokasi kedai makan menarik yang wajib dikunjungi di Kelantan.

 Apa yang istimewa? Sudah tentu Sup Kepala Ikan dan Teh Beng Madu. Harga Sup Kepala Ikan memang mahal sedikit.

Apapun anda juga boleh makan sup ikan iaitu bahagian lain ikan dengan harga yang lebih murah.

Selain itu, anda mesti cuba Teh Tarik Madu! Warung Pak Mat Pulau Pisang ni senang je nak cari.

 Ia terletak di Medan Ikan Bakar Kedai Buloh menuju ke Pantai Cahaya Bulan.

Lokasi: Jalan Kuala Besar, 15350 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: 7.30 Pagi - 4.30 Petang

No. Telefon: 013-919 8131

8. Nasi Kak Wok Lundang

Sumber: my.openrice.com

Menu yang dihidangkan adalah nasi berlauk ayam goreng atau ayam gulai. 

Tetapi, yang membezakannya adalah pada rasa ayam goreng berempah dan juga rasa gulainya ditambah sambalnya yang sedap.

Lokasi: 213, Jalan Masjid Lundang, Kampung Lundang, 15150 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: 7.30 Pagi - 2.30 Petang

No. Telefon: 019-203 9114

9. Restoran Sri Kandar (786) Banggol

Sumber: fb maafsebut

Kalau rasa nak makan nasi ayam berempah & sedap, Sri Kandar Banggol adalah tempatnya.

Nama kedai Sri Kandar tapi jangan tertukar pula dengan nasi Kandar di Penang ya. 

Bila sekali dah rasa dan makan kat sini confirm repeat datang lagi.

Harganya sangat berpatutan. Ayam goreng, peparu goreng digandingkan dengan kuah campur banjir.

Memang terangkat terus!

Lokasi:  834, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kampung Banggol, 15350 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: 9.00 Pagi - 4.30 Petang

No. Telefon: 019-465 1826

10. Al-Khatiri Restaurant

Sumber: tripadvisor.in

Korang, kalau mahu cuba menu-menu dari Timur Tengah haa, di sinilah tempatnya! Al-Khatiri Resaturant. 

Al-Khatiri Restaurant terkenal dengan arabic dishes. Antara restoran nasi arab no.1 tersedap di Kelantan.

Kalau korang datang di restoran ini, boleh feeling2 macam kat Mekah tau. Dia punya 

suasana tuuu, dengan lampu merelip merelap woahhh! sebijik macam berada di arab.

Sumber: Facebook Al-Khatiri Restaurant

Mereka juga ada membuat pakej event2 seperti majlis perpisahan, dinner keluarga, sambutan hari jadi atau anniversary. Boleh request je nak macam mana, tema apa. Semuanya diorang boleh buat.

Layanan tak payah cakap laa, kalau korang datang kat sini buka je pintu terus ada orang sambut.

Rasa macam dihargai dan dihormati pun ada. Heheh

Memang terbaik! Sangat eksklusif, 10 bintang boleh bagi. Haaa! menarik?

Lokasi:  Lot PT 1764-1773, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: 12.00 Tengahari - 11.00 Malam

No. Telefon: 09-765 5888

Rate this post
Leave A Reply

Your email address will not be published.